Dipetik dari blog MIM untuk tujuan rekod di dalam blog ini. Terima kasih blogger Dr Novandri Hassan Basri.
Edisi Bongkar ! Mat Sabu & DAP Seleweng Wang Rakyat ?!!
PANAS ! Guan Eng DAP Kantoikan Mat Sabu!
Akhirnya, isu kos perubatan Mat Sabu telah diakui dibiayai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Dan bukannya didedahkan oleh Mat Sabu tetapi pengurus besar PBAPP sendiri, Jaseni Maidinsa dan Lim Guan Eng DAP! Di antara laporan berita tersebut :-
PBAPP general manager Jaseni Maidinsa confirmed he had personally verified Mohamad’s claims with the hospital, adding that it was not unusual for company directors to enjoy such health benefits.
“The health of the director is very important because he must attend board meetings. So we see it that way,” he said, adding that Mohamad’s board meeting attendance was 100 per cent.
Ramai yang menanyakan MiM sama ada Lim Guan Eng DAP berjaya diperangkap untuk mengakui sendiri tindakan PBAPP yang membiayai kos perubatan Mat Sabu yang tercedera semasa terlibat di dalam perhimpunan haram Bersih yang disahkan melanggar undang-undang.
Tidak pernah lagi kita terdengar satu perbadanan korporat yang membiayai perubatan pegawai mereka yang terlibat di dalam aktiviti haram yang melanggar undang-undang. Kumpulan mafia atau gangster.....mungkin ada peruntukannya!
Ada juga yang mengatakan bahawa dengan pengakuan Lim Guan Eng itu akan memudahkan ramai pihak mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung DAP yang dilihat gagal mengemudi PBAPP sehebat kerajaan BN Pulau Pinang sebelum beliau.
Ada yang menganggap Lim Guan Eng sekarang adalah 'the living target' yang berjaya diperangkap untuk membuka pekung di dada sendiri setelah begitu lama berjaya menutup segala ketidakefesienan beliau sebagai KM Pulau Pinang.
Terpulang kepada analisa masing-masing tetapi pengakuan Jaseni Maidinsa dan Lim Guan Eng DAP bakal menimbulkan satu lagi persoalan besar yang pasti membuatkan mereka terkial-kial mencipta alasan untuk mempertahan justifikasi mereka membenarkan wang rakyat digunakan untuk kecederaan Mat Sabu.
Lim Guan Eng dan Jaseni Maidinsa akan berhujah kononnya Mat Sabu cedera bukan ketika melakukan aktiviti haram yang melanggar undang-undang. Tetapi seluruh rakyat Malaysia tahu Mat Sabu tercedera ketika terlibat di dalam perhimpunan haram Beersih 2.0.
Beliau melarikan diri daripada sekatan polis di Jalan Mahameru ketika dalam perjalanan ke Masjid Negara, satu tempat berkumpulnya juak-juak pro-Ambiga pro-murtad sebelum berarak ke jalanan.
Mat Sabu cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejar beliau dan sebelum terjatuh di Sri Bukit Persekutuan.
Tidak pernah kita saksikan pihak polis mengejar seseorang kecuali seseorang itu didapati melakukan kesalahan. Dan tidak pernah pula kita lihat seseorang itu melarikan diri daripada pihak pokis jika tidak melakukan sebarang kesalahan! Tidak seperti Mat Sabu!
Dan dalam isu Mat Sabu, ianya sangat jelas.
Mat Sabu adalah di antara 66 orang yang telah disenarai hitamkan dan diperintahkan oleh Mahkamah agar tidak berada di Kuaka Lumpur pada 9hb Julai 2011.
Adalah satu kesalahah jika Mat Sabu berada di lokasi yang diharamkan oleh pihak mahkamah.
Satu lagi perkara penting yang perlu MiM katakan, perintah mahkamah berkuatkuasa daripada jam 8 pagi hingga 6 petang pada 9hb Julai 2011. Mat Sabu tergolek tercedera di sekitar jam 12 tengahari.
Apakah waktu itu bukan di antara 8 pagi hingga 6 petang?
Oohhh....mana mungkin Lim Guan Eng tahu kerana beliau bukan berada di Kuala Lumpur ketika itu!
2 comments:
lepas ni bro Mat sabu boleh merempit sesuka hati kalu patah riok PBAPP akan tanggung kos perubatan
diaorg ni bila dapat kuasa semua pun diaorg balun bro. tengok kelantan cukupla. balak dah la sampai tunggul pun tak tinggal, tapi sapa kaya? siapa buat harta? siapa pergi haji sponsor? siapa bayar blogger sampai rm 4 juta? rakyat menderita minum air kotor dan berkeladak. Masjid? baru buat 1 selepas 21 tahun? duit semua ke mana ya? masuk poket siapa?
Post a Comment