Saturday, June 18, 2011

Nanyang - Pembohongan Pas tentang Negara Berkebajikan

Negara berkebajikan rasuah?


Syukur, ada juga penulis di kalangan kaum Cina yang dapat bezakan antara kaca dan permata, yang palsu dan yang asli ....

(m/s A 12)
11 Jun 2011

Negara Berkebajikan Impian Semua Rakyat?
Chang Long Yan
Penyelidik kanan institusi media Malaysia

Pada minggu lepas Pas telah adakan perhimpunan perwakilan Pas, pengerusi Pas Datuk Seri Hadi Awang berkata Pas tidak lagi meneruskan untuk pertahankan konsep Negara islam, Pas akan gantikannya dengan konsep Negara berkebajikan, beliau anggap itu lebih menepati cara dan ajaran Islam.

Pengerusi DAP Karpal Singh agak kurang bersuara namun beliau ucapkan tahniah kepada Hadi Awang kerana secara praktikalnya dapat merasai perasaan orang-orang bukan Islam, kerana Hadi Awang telah menjelaskan bahawa Pas tidak akan wujudkan konsep Negara Islam, ia dapat lenyapkan ketakutan dan keresahan orang-orang bukan Islam.

Dalam kenyataan Karpal Singh itu berkata, menwujudkan Negara berkebajikan bukan sahaja menjadi satu matlamat kepada pembangkang, ini juga sebuah impian semua rakyat, Negara berkebajikan yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ini, sebagai dasar dan asas kepada penyokong Pakatan Rakyat untuk PRU akan datang ini.

Pemikiran beliau juga sama dengan semua orang, karpal Singh anggap konsep Negara berkebajikan itu seperti beliau sudah benar-benar memahami konsep dan sistem yang akan dilaksanakan itu, ataupun sekadar mahu menyambut PRU untuk mendapatkan sokongan rakyat, bukankah cara sebegitu agak tidak jujur, menggunakan konsep Negara berkebajikan semata-mata mahu jadikan matlamat parti pembangkang dan dianggap itu sebuah impian semua rakyat, mahu memintas usaha kerajaan BN. Kerana sejak zaman kerajaan Perikatan sehingga ke zaman kerajaan BN, walaupun Malaysia bukan seperti Negara berkebajikan di Eropah Utara, tetapi Malaysia selama ini memang laksanakan dan terus berusaha kearah polisi-polisi berkaitan berkebajikan.

Melemahkan Kesanggupan Dan Kesungguhan Rakyat Bekerja

Makna sebenar Negara berkebajikan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah masyarkat, ia dilakukan kerana mahu memberi kepuasan kepada masyarkat dan rakyat. Dalam perlaksanaan kebajikan dalam masyarakat dan menjadi Negara berkebajikan yang sudah menjadi kebiasaan di negraini, sebenarnya penglibatan kerajaan tentang isu berkebajikan ini amat luas. Tetapi apa yang kita lebih tumpukan sekarang ini hanya di sektor pendidikan sahaja, yang yang lebih dari itu seperti pemberian dari kerajaan dari segi perubatan dan kesihatan, jaminan dalam masyarakat,wang-wang kebajikan dan lain-lain lagi.

Negara berkebajikan ini telah menular sejak di Abad ke-19 lagi di kawasan Eropah, pada Abad ke-20 menjadi matlamat kepada Negara-negara yang berasaskan kapitalisma, setiap Negara punyai perbezaan dari segi ilmiah, masyarakat, ekonomi dan politiknya, sebab itu isu-isu yang ditangani juga agak berlainan.

Walau bagaimana pun, konsep Negara berkebajikan ini ada juga berlaku banyak penyelewengan, punca sebenar adalah kerana rakyat terlalu bergantung terhadap wang kebajikan dan perkhidmatan dari pihak kerajaan, sebab itu kesanggupan rakyat untuk bekerja bersungguh-sungguh agak lemah, mereka lemah dari segi berusaha gigih dan berdikari; dimana politikus dan kumpulan yang ada kuasa hanya mahu meraih jiwa pengundi, sebab itu kebajikan semakin dibuka luas dan beri janji-janji yang tidak munasabah, akhirnya pihak kerajaan tidak mampu menanggung hutang dan beban itu, menyebabkan pihak kerajaan dibebani dengan hutang yang besar, ia boleh menyebabkan kepincangan dalam kewangan Negara, ia juga menyebabkan beban JPA semakin meluas, bazirkan sumber kewangan masyarakat, ia tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi negara, dan akan melemahkan daya saing Negara.

Malaysia “Bakal” Negara Berkebajikan

Malaysia bukan sebuah Negara berkebajikan, tetapi apa yang dikatakan seperti Negara berkabjikan itu ada banyak penyelewengannya, ini adalah apa yang kita semua “masak” tentang perkara ini. Dengan itu jika benar Malaysia bukan dikira sebagai Negara berkebajikan, sebaliknya masih boleh digelar sebagai sebuah Negara bakal Negara berkebajikan.

Bukankah ia begitu? Baru-baru ini boleh dikatakan setiap tahun berlaku isu hangat dalam JPA berkaitan pembahagian biasiswa, bukankah itu sebagai satu kebajikan yang diberi oleh pihak kerajaan! Termasuk kebajikan Hospital dan perubatan, IPTA dan lain-lain, itu semuanya dikategorikan “Kebajikan”.

Polisi-polisi kebajikan yang banyak di Negara kita, Pas cuba memutar belit keadaan, Pas bermula dengan konsep Negara Islam sehingga mahu laksanakan hukum Hudud sebagai perjuangan mereka, kini melompat teralik mahu menjadi Negara berkebajikan, lompat bohong yang begitu besar jurangnya, sudah tentu mereka tidak fikirkan pada zaman Tun Mahathir, Tun Mahathir telah melancarkan perubahan bersiri, salah satunya mengubah pengstrukturan di sektor perkhidmatan awam, akhirnya pihak kerajaan dapat atasinya dengan baik segala yang tidak tersusun selama ini, dapat mengurangkan beban pihak kerajaan, dapat tingkatkan keberkesanan pihak kerajaan.

Jika kita ringkaskan isu ini, kita jangan sampai pihak kerajaan terlalu terbeban, latih rakyat supaya dapat berdikari dan punya semangat berdikari yang tinggi dan sebagainya, ini adalah cara yang terbaik untuk melangkah kepada Negara berkebajikan, tetapi kesannya kini agak bercampur aduk.

Hari ini Pas mahu “berbohong” mahu melangkah ke jalan yang Tun Mahathir sendiri tidak lalui jalan itu, dan karpal Singh pula secara tergesa-gesa mengucapkan taniah kepada Pas, dan Karpal menyatakan Negara berkebajikan itu adalah asas kepada sokongan rakyat pada PRU akan datang.

Jika begitu, apabila semua rakyat sokong konsep Negara berkebajikan Pakatan Rakyat nanti, tiba masanya nanti kita boleh bekerja kurang dan dapat banyak kebajikan, selama ini tradisi dan budaya orang-orang Cina yang indah yang bersemangat gigih dan kuat kerja itu, tidak akan menjadi budaya dan tradisi yang indah-indah lagi selepas ini.

No comments:

Popular Posts