Dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Negeri Sembilan di Allson Klana, Seremban, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ada menyetakan pendirian dan memberikan penerangan lanjut mengenai pengumuman pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya sempat mencatatkan beberapa perkara, iaitu:
1. Dua akta yang akan menggantikan ISA nanti adalah untuk kes-kes yang benar-benar menjejaskan keselamatan dalam negara dan dalam konteks ini kita akan menggunakan pendekatan pencegahan.
2. Pembangkang tidak akan berpuas hati dengan apa-apapun kerana pertimbangan mereka hanyalah untuk memenangi pilihan raya, jadi mereka akan sentiasa mengalihkan tiang gol (change the goal post)
3. Draf untuk kedua-dua akta ini akan dilakukan oleh Peguam Negara tetapi Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian telah menyatakan semalam yang mereka akan berhubung rapat dengan Peguam Negara untuk memastikan hal-hal berkaitan keselamatan tidak diabaikan.
4. Pelan Transformasi Politik (PTP) yang ingin dilaksanakan oleh Perdana Menteri bukan suatu perkara yang baru, tetapi selepas melaksanakan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), sekarang masanya untuk melaksanakan PTP. UMNO telah melaksanakan PTP ini lebih awal, iaitu 2 tahun yang lalu melalui pindaan perlembagaan.
5. Datuk Seri Najib akan laksanakan apa yang dia perkatakan. Apa yang diumumkan hanyalah sebhagaian kecil berkaitan PTP. Masih banyak lagi yang belum diumumkan.
6. Datuk Seri Hishammuddin memberi jaminan, biar apapun perubahan yang dibuat, keselamatan negara dan perpaduan rakyat akan diutamakan.
7. Dapatan dan hasil siasatan polis mengenai perhimpunan haram Bersih akan dibentangkan kepada kabinet pada hari Rabu depan dan Datuk Seri Hishammuddin berharap agar kes-kes yang jelas, seperti laporan palsu akan diambil tindakan segera dan didakwa oleh Peguam Negara.
4 comments:
harap sgt pengumuman akta baru dibuat secepat mungkin.
x kan akta tu hanya utk kes2 berat je???.....mcm mana pulak dgn kes yg MENGHINA AGAMA????....MENGHINA NEGARA????....samada secara perseorangan/berkumpulan/parti dan dilakukan menggunakan mcm2 medium spt video/tulisan/lagu/kartun/ceramah etc????....itu termasuk kes berat atau bagaimana??
PM dah bg jaminan x kan mengenakan tindakan pd sesiapa yg mmpunyai ideologi politik berbeza.....ttp bagaimana pula dgn ahli/parti politik yg menggunakan badan NGO dlm/luar negara utk kepentingan parti dgn menganggu gugat keselamatan rakyat cthnya BERSIH 2.0
saya harap kerajaan akan memberi penjelasan mengenai perkara ini secepat mungkin.
Pandangan & pertanyaan sama seperti Otak Geliga di atas...
Kalau ISA dan undang-undang pencegahan yang sedia adalah zalim maka undang-undang baru ini akan lebih mesra penjenayah. Memandangkan ianya hanya untuk kes-kes ganas dan berat maka orang-orang politik yang terlibat untuk menggugat keselamatan dan yang terlibat ketua sindiket haram tidak akan ditangkap kerana tidak terlibat dengan keganasan. Oleh itu penjenayah tidak akan berasa gerun dan sindikit kegiatan haram akan berleluasa. Tahniah Malaysia.
tak betul tu, jika yang melibatkan kaum dan agama, ia tertakluk kepada kecenderungan menghasut - semak semula posting saya mengenai ISA & Akta Hasuta, sila cek tag di ruangan bawah blog :)
Post a Comment