Ikut suka-suka saja mereka ni. Siapa yang beri mereka kuasa untuk tahan orang, minta IC dan belasah orang. Tapi itu lah penyokong PR yang suka bertindak di luar batasan dan mengatasi undang-undang. Memang cara pembangkang untuk wujudkan prejudis dan selepas itu membiarkan penyokong mereka bertindak sesuka hati. Ini berlaku selepas Amanat Hadi, yang mencetuskan peristiwa Sauk dan kekacauan akibat himpunan Bersih. Lebih mereka suka adalah apabila ada reaksi balas daripada pihak pro-kerajaan sehingga menyebabkan kecederaan dan kemusnahan harta benda. Ini akan jadi modal menunjukkan bahawa kerajaan tidak mampu mengawal keadaan dan bila pelabur hilang keyakinan tentang kestabilan negara, mereka juga yang menangguk di air kerus apabila tiada pertumbuhan ekonomi dan tiada pekerjaan baru diwujudkan. Sehingga bila rakyat Malaysia hendak membenarkan pemimpin pembangkang yang memanipulasikan emosi rakyat dan suka mencetuskan huru hara di dalam negara demi untuk berkuasa terus memanipulasikan mereka. Bagi mereka yang seusia dengan saya, kita pernah mengalami keamanan dan keharmonian sebelum tahun 1998, sepanjang tahun 80-an dan 90-an. Sama-samalah kita tolak pemimpin yang sering mencetuskan kekacauan kerana sejak tahun 1998 sehinggalah hari ini, pemimpin-pemmpin ini jugalah yang merencana kekacauan demi kekacauan kerana gila kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
Akibat selalu cakap bod-doh kat orang lain, akhirnya buat komen yang tak cerdik...
-
1. SELINGKUH Kenyataan Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad Hasan menyebut dalam ucapannya, "begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama de...
-
Penjelasan ADUN KOMTAR selepas perlakuan samsengnya menzalimi peniaga. Cuba bandingkan dengan video di bawah yang jelas menunjukkan sikap bo...
-
13 JAWAPAN Najib Razak Isnin, 18 Mei 2015 Saya telah mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu-isu yang tela...
-
1. Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb s...
-
Dipetik dari http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/02/pas-double-standart-ustaz-hafiz-nordin.html#ixzz1Etv5ajfE Mohamed Hafiz Nordin, ...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
Klout score semasa menjelang PRU13 Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begit...

No comments:
Post a Comment