Wednesday, May 8, 2013

Siapa rasis? - BN permuafakatan sebenar, PR hanya `timebomb' #tolakPR


Nota: Seperti yang saya pernah sebutkan, Najib Razak dan Gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta agenda trasformasi yang datang bersamanya membuatkan Datuk Seri Najib Razak diyakini oleh majoriti rakyat Malaysia yang rasional merentasi kaum dan agama. Cuma ia akan mengambil sedikit masa untuk menyingkirkan prejudis perkauman dan keagamaan yang dimainkan sekian lama oleh pihak tertentu di dalam negara kita. Matlamat akhirnya mereka - KUASA. Kesan sampingan akibat permainan ini tidak dipedulikan sama sekali dan rakyat akan membayar harganya jika mereka berkuasa.

UMNO, BN bukan parti rasis. Ia mungkin berasaskan kaum, tetapi matlamat permuafakatan parti-parti yang bergabung di dalam BN adalah untuk `keamanan, kestabilan dan kemakmuran' rakyat negara ini merentasi kaum dan agama. Disebabkan itu, gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bermatlamat untuk membawa seluruh rakyat Malaysia untuk berfikir dan bekerja sebagai satu pasukan, pasukan 1Malaysia dalam menghadapi cabaran masa depan; dan semua itu dilaksanakan dengan mendahulukan rakyat dan melalui pencapaian yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Bagi menjayakan pasukan ini, selain budaya prestasi tinggi, setiap ahli dalam pasukan ini juga perlu mempunyai sifat toleransi dan sifat penerimaan yang tinggi terhadap kekuatan dan kekurangan setiap anggota dalam pasukan.

Disebabkan itu BN mengutamakan `vibes' positif dalam pendekatannya dan berusaha memanfaatkan agenda keamanan dan keharmonian di kalangan rakyat. Ini tercermin jelas dalam kempen `We want Peace' dan `My Beautiful Malaysia'. Sedangkan pembangkang berulang kali mewujudkan `vibes' negatif kerana mereka memanfaatkan kebencian dan emosi rakyat. Ini jelas dalam gerakan menyalahkan, membenci, membangkitkan perbezaan dan keresahan di kalangan rakyat melalui pelbagai bentuk provokasi, termasuk menggunakan kaedah Revolusi Tanpa Kekerasan yang bermatlamat untuk menggerakkan pergolakan.

Tsunami Orang Cina adalah istilah yang menggambarkan peralihan sokongan besar-besaran orang Cina daripada BN kepada PR. Antara puncanya adalah permainan politik kebencian, prejudis dan perbezaan yang ditanam puluhan tahun. Terkini, sentimen keagamaan turut dimainkan, selain permainan emosi kononnya pembangkang menjadi mangsa penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pilihan raya yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

Biarpun Tsunami Orang Cina merupakan realiti, tetapi masih ada sejumlah rakyat Malaysia berketurunan Cina yang mempercayai Najib Razak lebih daripada Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mereka juga yakin dengan keikhlasan Najib dan kesungguhan beliau melaksanakan agenda transformasi.

Oleh kerana BN bukan parti yang rasis. Ruang sentiasa diberi kepada parti komponen untuk mempunyai wakil yang cukup dalam pembentukan kerajaan, termasuklah dengan menempatkan mereka di kawasan majoriti Melayu berdasarkan prinsip permuafakatan.

Ruang dan sokongan terus diberikan kepada calon bukan Melayu yang bertanding di kawasan majoriti Melayu bagi membolehkan mereka mempunyai tempat di dalam kerajaan.  Sokongan terus diberi walaupun pembangkang sengaja meletakkan calon Melayu/Islam dan di kawasan tertentu memainkan retorik Melayu sepatutnya undi Melayu atau orang Islam sepatutnya undi orang Islam. 

Bukan satu yang aneh jika terdengar petugas-petugas mereka menyebut - "bila mengundi jangan lupa Islam ya" atau "buat apa bagi pada Cina, ini kawasan Melayu" ketika merayu undi di kawasan-kawasan ini. Ini sifat rasis dan prejudis agama yang dikipas oleh pembangkang di akar umbi, walaupun di luar mereka cuba menggambarkan seolah-olah mereka tidak bersikap rasis.

Hasil sokongan bukan perkauman ini, parti yang berasaskan kaum Cina, MCA dan yang berasaskan kaum India MIC boleh menang di kawasan-kawasan berikut.

1. PARLIMEN Simpang Renggam - Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tanjung Piai - Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3. PARLIMEN Batu Sapi - Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun - Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka - Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir - Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Pemanis - Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 
8. DUN Kahang - Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
9. DUN Pulai Sebatang - Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
10. DUN Tg Aru - Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
11. DUN Merotai - Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Sedangkan DAP sehingga kini terus bergantung harap kepada undi di kawasan majoriti orang Cina seperti Gelang Patah, Seputeh dan Bukit Bintang. DAP akan kalah walaupun cuba menggunakan orang Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana majoriti orang Melayu menolak retorik cauvinisme DAP.

Siapa sebenarnya rasis dan cauvinis? 

Politik muafakat yang sebenar adalah di dalam BN. Adakah kerjasama dalam PR tulen? Telahan saya PKR + DAP + Pas = timebomb. 

Di bawah adalah tulisan blogger Just Read untuk renungan kita semua..

We need MCA

Barisan Nasional must remain intact. The new Cabinet under PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak will see a composition of Umno, MCA, MIC, Gerakan and all parties, including from Sabah and Sarawak.

No discount, not haggling... and no blame game!

Malaysians would still want to see that same and old Cabinet structure that had led the nation to what it is today. Umno alone cannot rule the country.

MCA 'poor showing' in the 12th and 13th general election is not for the party to ponder alone. Barisan Nasional is responsible in mending it within the scope of cooperation that has been established since before and after Independence.

The decision by MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek not to defend his post in the party election later this year is his personal decision but MCA has to stay put with BN, just like other component parties.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar has urged the MCA to reconsider the decision to withdraw its participation in the government following the party’s disastrous performance in the general election.

The Rembau MP also cautioned certain voices within the party to stop echoing calls for BN to form a government without representatives from the community since the voters have ceased supporting the party.

He said Prime Minister Najib Abdul Razak should also persuade them to remain in the government administration as part of his reconciliation plan to nurse the wound caused by the voters’ decision to shun the party.

MCA has to remain relevant. In the next general election, four or five years from now, BN will need all the strength and push to retain power and MCA must be there to take on the opposition onslaught together.

I don't care what other journalists, bloggers and Malaysians think about it but the country must be managed by the moderates in Umno, MCA, MIC and others if stability and progress are to be fully-attained.

Veteran journo Azman Ujang wrote in The Sun Daily:

The question now is, should Najib be bound by this MCA's internal electoral strategy that had gone awry when he assembles his new cabinet, expected over the next few days?

What kind of a cabinet is it if it does not have a minister from MCA for the first time ever, and a 1Malaysia Cabinet at that? All the six Chinese candidates who contested under the Sarawak United Peoples Party (SUPP) ticket, the other Chinese-based party in BN, also lost to their DAP opponents.

The cabinet would also be quite un-Malaysian without a Chinese minister. Now the MCA is still left with seven winning MPs, including incumbent Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai and Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong, among others, who could fill up the MCA's usual quota of four ministers.

I can't agree more, bro Azman. It will be an 'un-Malaysian' Cabinet with only one Chinese minister from MCA and another from MIC. It will also not reflect the true spirit of BN composition.

To Dr Chua and members of MCA, the result of the 13th GE is for the entire BN to accept as a team, and not for any individual party to blame. We win some, we lose some but such a cooperation must go on as agreed upon by the founding fathers of Merdeka.



No comments:

Popular Posts