Thursday, August 16, 2012

[Video] [Gambar] @TunFaisal - kita bina pergerakan belia Putrajaya dari kosong







Majlis Belia Putrajaya Komited Lahirkan Lebih Ramai Pemimpin Muda.

Pengerusi majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal bergambar bersama belia Putrajaya ketika majlis Iftar di Alamanda semalam.

PUTRAJAYA, 15 Ogos, - Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) semalam telah menganjurkan iftar berbuka puasa bertempat di Alamanda, Putrajaya.

Program iftar yang dianjurkan dalam keadaan santai bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli belia dan mengiktiraf sumbangan ahli belia selama ini dalam penganjuran aktiviti melibatkan belia di sini.

Pengerusi MBKPj, Tun Faisal berkata, "Majlis Belia Putrajaya merupakan platfom terbaik untuk belia menyampaikan suara mereka kepada agensi dan pihak kerajaan. Penganjuran Iftar ini bagi mengiktiraf sumbangan ahli belia kawasan Putrajaya yang menjadi tulang belakang dalam apa jua aktiviti melibatkan belia selama ini".

"Disebabkan prestasi yang meyakinkan ini, ramai pimpinan muda telah dilahirkan dari Majlis Belia Putrajaya ke peringkat nasional. Diharapkan prestasi ahli belia ini mampu dikekalkan dan diharapkan dapat manjadi pemimpin yang berkalibel pada masa hadapaan,"katanya lagi.

MBKPj amat mengalu-alukan penglibatan lebih ramai belia untuk terlibat dalam aktiviti sosial di kawasan Putrajaya ini. -KalamPena/PjO


Iftar Majlis Belia Kawasan Putajaya
http://lensaloka.blogspot.com/2012/08/iftar-majlis-belia-kawasan-putrajaya.html




Program: Iftar Majlis Belia Kawasan Putrajaya
Lokasi: Alamanda, Putrajaya
Tarikh: 15 Ogos 2012































































No comments:

Popular Posts