Tuesday, August 14, 2012

[Gambar] Program Reach-out Gelandangan SHEB, #MajlisBeliaPutrajaya, @AADKMalaysia di Chow Kit. @TengkuAzman





Nasib Gelandangan Chow Kit Dapat Perhatian 4 Agensi.

Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal dan Pengerusi SHEB, Tengku Azman mengedarkan sumbangan kepada gelandangan di Chow Kit malam tadi.
KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dengan kerjasama Majlis Belia Putrajaya, Yayasan Salam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah memberi bantuan kepada gelandangan di sekitar Chow Kit Road malam tadi.

Seramai 30 orang sukarelawan daripada 4 buah agensi telah terlibat dalam program tersebut. Turut hadir dalam program bersama gelandangan malam tadi, Pengerusi SHEB, Tengku Azman dan Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Gelandangan di Chow Kit mendapat perhatian 4 agensi
malam tadi
Gabungan 4 buah agensi ini telah memberi sumbangan berupa makanan, kain batik, kain pelikat dan duit raya kepada kira-kira 100 orang gelandangan di sini malam tadi. Sejurus selepas itu, para sukarelawan telah ke rumah Puan Norisah Abu Bakar di Kampung Periuk, Dang Wangi untuk memberi sumbangan keperluan asas.

Puan Norisah, 59 tahun sekarang ini sedang mengasuh 9 orang cucu angkat di Kg Periuk, Dang Wangi. 8 orang daripada anak yang dijaga merupakan anak kepada Zarina Zainal (anak buah) yang sekarang ini berada di Pusat Serenti Bachok. Melihat akan kesengsaraan anak-anak Zarina, Puan Norisah dengan rela hati mengambil anaknya untuk dijaga yang mana 3 daripadanya tidak bersekolah berikutan kesusahan hidup.

Setakat hari ini, Puan Norisah hanya menerima bantuan daripada baitulmal sebanyak RM 200 sebulan untuk menyara hidup mereka. Kesengsaraan Puan Norisah telah mendapat perhatian SHEB untuk memberi bantuan berupa keperluan asas. Melihat akan perkara itu, Pengerusi SHEB, Tengku Azman telah bersetuju untuk memberi sumbangan peribadi sebanyak 30 kg beras setiap bulan. Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal turut memberi sumbangan duit raya kepada 9 orang kanak-kanak yang dijaga Puan Norisah.

Ketika ditemubual Putrajaya Online, "Tengku Azman berkata dahulu pihak SHEB memberi bantuan kepada gelandangan sekitar ibu kota sebanyak 500 orang seminggu pada hari biasa tetapi sekarang ini sudah menurun kepada 150 orang seminggu pada bulan puasa. Perkara ini berlaku berikutan kesedaran daripada beberapa pihak yang peka untuk membantu golongan ini di bulan yang mulia ini".

"Saya mencadangkan agar mana-mana pihak bekerjasama dengan SHEB supaya tidak berlaku pembaziran. Melalui perkara ini juga struktur pengedaran bantuan kepada golongan ini akan lebih tersusun dan teratur. Kita berterima kasih kepada Datuk Seri Shahrizat atas inisiatif beliau untuk membantu golongan ini", katanya lagi kepada pemberita.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal berkata, "kerajaan sekarang ini sudah mewujudkan gelombang kesukarelawan belia melalui inisiatif "1 Malaysia For Youth" (1M4U). Jika sebelum ini SHEB telah menganjurkan program seumpama ini selama 130 minggu mungkin dengan penglibatan lebih ramai sukarelawan program seumpama ini dapat diperluaskan ke bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu".

"Program kebajikan pada hari ini telah dianjurkan oleh AADK, SHEB,Yayasan Salam dan Majlis Belia Putrajaya. Jika sukarelawan daripada 1M4U terlibat dalam program kebajikan ini, mereka bukan sahaja mampu menyumbang tenaga malah lebih besar dari itu yang mana dapat menyumbang sesuatu kepada golongan seperti ini", ujarnya lagi.
Tun Faisal menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada
Puan Norisah sambil diperhatikan Tengku Azman

"Sistem bantuan kebajikan seperti ini perlu distruktur semula agar lebih tersusun. Inisiatif Perdana Menteri mewujudkan gelombang kesukarelaan melalui 1M4U dilihat mampu mewujudkan semangat kesukarelaan dalam kalangan belia. Kita lihat tadi ada 3 orang kanak-kanak tidak bersekolah, mereka perlu dibantu agar mereka tidak terperangkap dalam arus pembangunan negara", katanya lagi kepada pemberita.-KalamPena/PjO


SHEB, Majlis Belia Kawasan Putrajaya, AADK Prihatin Bantu Gelandangan Di Chow Kit



on Monday, August 13, 2012 
http://lensaloka.blogspot.com/2012/08/sheb-majlis-belia-kawasan-putrajaya.html

 Program: Edar Barangan Dan Bantu Gelandangan
Lokasi: Chow Kit, Kuala Lumpur
Tarikh: 13 Ogos 2012














No comments:

Popular Posts