Kepada Anwar – Pilih Nak Jadi PM Atau Jadi Gay – Yang Benar: Raja Petra
http://mynewshub.my/2012/01/01/kepada-anwar-pilih-nak-jadi-pm-atau-jadi-gay-yang-benar-raja-petra/
KUALA LUMPUR – Bekas sahabat karib dan sekutu rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni Raja Petra Kamarudin meminta Ketua Pembangkang itu memilih sama ada mahu kekal menjadi gay atau mahu menjadi perdana menteri negara ini.
Katanya, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang konservatif dan gaya hidup Anwar serta cita-cita politik beliau tidak boleh disatukan.
Jelas Raja Petra, beliau sendiri sebagai seorang yang berfikiran terbuka tidak kisah jika Anwar gay, tetapi pemimpin pembangkang itu perlu memilih hanya satu sahaja cabang dalam hidupnya di Malaysia.
“Soalnya, jika anda hendak jadi gay, teruskanlah. Anda tidak boleh jadi gay dan pemimpin sekali gus. Di Australia anda boleh.
“Di Malaysia anda kena pilihlah, kalau hendak jadi perdana menteri dan gay sekali gus sudah tentu di Malaysia tidak boleh,” katanya seperti yang disiarkan dalam ruangan wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Tambah beliau, Anwar hanya mampu menjadi seorang gay dan Perdana Menteri di negara-negara seperti Australia dan United Kingdom.
“Adakah Anwar seorang gay?, saya kata mungkin tapi tidak boleh menjadi perdana menteri, itu realitinya,” katanya.
Keputusan Anwar meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diumumkan pada 9 Januari ini.
Kebanyakkan bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan mencerminkan bahawa liwat berlaku.
Sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama beberapa tahun, barisan peguam Anwar sendiri dilihat menumpukan kes itu ke arah kemungkinan liwat berlaku secara sukarela dan bukannya paksaan seperti mana kes itu diadili dan didakwa oleh Saiful.
Malah, pihak pendakwa raya pun menegaskan bahawa Anwar mempertahankan diri sekadar dengan penafian yang lemah tanpa mengemukakan sebarang bukti yang benar-benar kukuh.
Dalam wawancara itu, Raja Petra juga berkata, beliau telah bertanya kepada beberapa rakannya mengenai pendakwa raya kes Anwar, Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden dan maklumat yang beliau dapat ialah pendakwa raya itu bukan seorang yang sanggup menginaya orang lain.
“Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: “Pet (nama mesra Raja Petra), dia (pendakwa raya) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tidak akan fix up (kenakan) Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya,” katanya.
No comments:
Post a Comment