Monday, January 2, 2012

Blog pro-PR menipu, pelajar cedera langgar cermin masa larikan diri



Video pihak ketiga yang menunjukkan 30 orang mahasiswa 
dipukul dengan ganas oleh polis


Foto terkini mahasiswa yang sedang nazak sedang dilawati `malaikatul maut'


TIADA FRU MELERAIKAN DEMONSTRASI DI TANJUNG MALIM (UPDATED)

Sebaik balik menjalankan tinjauan bersama kru 666 di Bukit Malawati, Kuala Selangor pagi tadi, saya dimaklumkan berhubung demonstrasi pelajar di pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Sebilangan mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU, terbabit sewaktu meleraikan demonstrasi terbabit.

'Situation in front of the Main Gate of UPSI, students faced with the FRU. Apparently, arrests were made' 

klik di sini.

Gambar di bawah disebarkan.


Malangnya berita itu kurang tepat.

Kumpulan berseragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF,  dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim. 

Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.

Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Pinang.

"Dia orang hanya ada 7 orang, naik satu Land Rover, kalau FRU satu troop membabitkan pegawai dan anggota seramai 30 orang," ujar sumber.

"Nampak seperti lebih kurang sama macam FRU?," soal saya.

"Memang, tetapi mereka dari LSF, topi dan pungkis sama tetapi seragam mereka berbeza berbanding seragam FRU," jelasnya.




Dilaporkan 15 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk proses dokumentasi di Balai Polis Tanjung Malim manakala 2 peserta dirawat di hospital. Pihak polis terpaksa bertindak kerana sebilangan daripada peserta demonstrasi cuba merempuh pagar universiti perguruan terbabit.

Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI juga dikatakan pecah.

Adam Adli dilaporkan ditahan, klik di sini.

Polis masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

KEMASKINI

"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi  sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.

Kini, kira-kira 50 orang masih lagi berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Tanjung Malim.



3 comments:

Drakulla said...

Mangsa terkena sawan babi lalu merempuh cermin klinik.

Anonymous said...

ape la bodo sgt bdk2 ni.. student dh mcm ni? buang je dorg ni dpd UPSI.. cmni ke bakal2 guru? Mak bapak anta msuk UPSI utk blaja, jd setan lak dorg ni.. Time g interview berlakon mcm malaikat.. rupa2nye setan.. Setakat rmai2 bleh la nk tnjuk hero.. mai sorg2 tgk.. aku pancung bersih je nnt..

Anonymous said...

plajar UPsi yg wt demonstarasi ni.. smua nya da otak.. tp xde pikiran.. mcm anjing jak melalak.. bru jd mahasiswa da mcm sial.. klu da jd pemimpin xtau la.. dpt pimpin atau x.. sendiri mw igt la bro

Popular Posts