Monday, October 31, 2011

PPSMI: Mana musang berjanggut dan budak-budak anti-PPSMI sekarang?



[Nota: Apabila dengan tidak semena-mena akhbar Cina, Sinchew Daily pada 23 Ogos 2011, bertukar pendirian menyokong PPSMI, saya sudah mengagak ada yang tidak kena - baca "PPSMI: Wah! Sinchew sokong PPSMI? Tidak pernah berlaku dalam sejarah." Pada waktu yang sama, secara tiba-tiba, pihak yang menentang PPSMI dulu sudah menjadi sebegitu bacul untuk bersuara. Manakah si Musang Berjanggut? Manakah Ainon Mohd? Mana Ishak Haron? Mana pulak budak-budak PKPIM? Tengok video di bawah, mana Mahfuz Bean Omar? Sudah masuk KERANDAkah semuanya?]




Ainon Mohd sudah `meninggal'kah?




ppsmi





Budak-budak yang angkat keranda ni dah `mati' ke?


PPSMI: HADAPI RISIKO PRU JIKA TERUS NAFI KAMI, PAGE BERI NAJIB AMARAN

Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE semalam.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

“Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap … jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

“Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

“Kami mahukan satu penjelasan,” katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/page-warns-bn-of-polls-backlash-from-ppsmi-snub/


DAP pushes for optional PPSMI
NEWS/COMMENTARIES
Sunday, 30 October 2011 Aurora

by Debra Chong, The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Oct 30 — The Education Ministry must be more flexible and give students the option to learn maths and science in English, the DAP urged today, saying such a policy can help the country retain its best talents.

The party threw its weight today behind a pro-English group in the tug-of-war over Putrajaya’s decision to abandon the 10-year-old policy of teaching science and maths in English at national schools — better known by its Malay abbreviation, PPSMI.

The growing row over the education policy has split the country along racial, political lines ahead of national polls likely to be called early next year.

Vocal fundamental groups are using the issue to champion their version of nationalism.

Several non-partisan civil societies have recently banded together to counter this tide but the powerful Malay-dominant political parties appear to be reluctant to commit to this hot potato issue ahead of the 13th general election.

“The important principle that the Ministry of Education (MoE) must adopt is that advanced students should not be held back because of students who lagged behind academically,” DAP publicity chief Tony Pua said today in a statement.

“Secondly, and more importantly, every effort should be made to ensure that our schools are able to produce the best human capital for Malaysia as we seek to be part of the knowledge economy, to become a high-income nation,” the Petaling Jaya Utara MP said.

He was replying to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s insistence yesterday to replace PPSMI with a new policy designed to raise the position of Bahasa Malaysia, to be implemented in January next year with the start of the new school term.

Muhyiddin, who is also education minister, said yesterday the education system will turn chaotic if parents were allowed to freely choose the medium of instruction for their children.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau yang kerajaan buat semuanya dipersalahkan.Kerajaan Buat PPSMI dibantah oleh Puak-puak Pembangkang termasuk Pemimpin Pas,Ahli NGO,Sasterawan negara dan Mahasiswa/siswi pro pembangkang,Dimana PAGE ketika itu?Kenapa PAGE tidak melawan Puak Penentang PPSMI..Apabila kerajaan mansuhkan PPSMI PAGE bantah dan dimana pulak Puak pembangkang terutamanya PAS,ahli NGO,Sasterawan Negara dan mahasiwa/siswi untuk bangun menentang PAGE..Allah telah memberi pertunjuk siapakah yang sebenarnya memertabatkan Bahasa melayu..Bangunlah wahai Mahfuz Omar,Sasterawan janggut Negara,puak mamasiswa/siswi yang dok menentang PPSMI untuk menentang PAGE..itupun kalau mereka berani..puak puak depa bukannya ada telor....berani sama-sama melayu saja...Dengan DAP terus senyap dok sembunyi dalam kain...

Anonymous said...

semua dah jadi bacul!

Bosan said...

Betul ke mereka yang menyokong PPSMI ini akan memangkah BN nanti. Pada saya itu semua karut.

Bagaimana pula mereka yang secara diam menolak PPSMI.. golongan ini cukup ramai cuma mereka tidak aktif dalam memberi pendapat atau membuat kecoh dalam blog.

raphel_nazar said...

pangkah je la PR n see if dapat option for PPSMI..duhh!!

imran ahmad said...

Tak faham betul la. Dulu time mula2 nak jlnkan PPSMI bantah. Nk batalkan pun bantah. Saya tak la sokong mana2 tapi kalau fikir secara rasional pembatalan PPSMI mestilah dah dikaji baik dan buruknya. Bukannya suka2 dihapuskan.

Anonymous said...

perangai budak-budak pembangkang. saja nak buat kacau dan merosakkan keamanan negara. siapa percaya mereka ni akan undi BN? silaplah.... mereka ni xakan undi BN, so buat bodoh je la

Popular Posts