Thursday, August 4, 2011

Biometrik Pendatang Asing - sekarang mana mau lari?


Pendaftaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menggunakan sistem biometrik sudah bermula. Selain PATI, exercise ini juga melibatkan hampir 2 juta pekerja asing yang bekerja di dalam negara ini secara sah. Jika kita mengambil nisbah, bagi setiap pekerja asing yang sah, ada dua lagi PATI, maka kemungkinan besar ada sekitar 6 juta warganegara asing yang perlu didaftarkan melalui sistem biometrik ini.

Ini adalah satu exercise yang besar dan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam satu malam. Ia adalah suatu yang sukar dilaksanakan tetapi perlu dilaksanakan demi memastikan keselamatan negara terjamin dan membantu industri melalui penempatan pekerja asing yang sah selepas mereka didaftarkan.

Selama ini ada di kalangan PATI yang keluar masuk negara ini menggunakan pasport pelbagai identiti. Mungkin ini boleh terjadi disebabkan sistem imigrasi dan pendaftaran di negara mereka terdapat kelemahan dan akibat amalan rasuah. Namun kelemahan ini telah menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa menanggung pelbagai masalah berkaitan warganegara asing.

Saya adalah antara mangsa kepada kemasukan pekerja asing tanpa dokumen pengenalan diri yang betul. Mereka masuk bekerja, kita yang bayar, kemudian mereka lari bekerja dengan majikan lain. Di Jalan TAR, ramai warga asing yang berniaga dan bekerja tanpa sebarang tindakan. Selepas ini diharapkan bukan sahaja kita dapat membendung kemasukan warganegara asing dengan efektif malah dapat mengenakan hukuman yang sangat berat terhadap majikan yang mengupah mereka sewenang-wenangnya tanpa proses yang sah.

Blogger Double-Y, sempat merakamkan kenyataan akhbar TKSU Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai usaha pendaftaran biometrik PATI di blognya yang saya petik di bawah:

Peringkat Pertama PROGRAM 6P Sukses - Satu Kejayaan KDN & Imigresen

No.2 dari kiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen Dato' Alwi Ibrahim

**Laporan artikel yang ditunda waktu siaran gara-gara isu Mismah.

Pada 2 Ogos 2011 yang lalu, saya mengikuti satu sidang media yang diadakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Sidang media yang diketuai oleh Dato' Alwi Ibrahim iaitu Timb. Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen bertujuan untuk memaklumkan kepada media mengenai 'Hari Pertama Program 6P'.

Program 6P merupakan satu program yang besar dan penting serta berhubung kait dengan soal keselamatan negara serta perjalanan ekonomi negara. Program yang dirancang lebih setahun yang lalu dilakukan dengan melibatkan perbincangan dengan pelbagai kementerian.

Proses pendaftaran biometrik hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dilantik oleh Imigresen sahaja

Jadi program 6P bukanlah satu program bidang terjun atau program melepaskan batuk di tangga. Ketika sidang media tempoh hari, saya dimaklumkan bahawa program ini bermula dengan agak perlahan namun akhirnya setelah dinyatakan tujuan sebenar, program 6P ini mendapat respon positif daripada pihak majikan yang menggunakan pekerja/pendatang tanpa izin (PATI).

Program ini dilaksanakan di semua pejabat Imigresen dan syarikat pengurus yang dilantik oleh pihak kementerian, malah setiap kaunter Imigresen akan beroperasi 24 jam bermula pada 1 Ogos dan berakhir pada 14 Ogos 2011.

Program yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI keluar dan mendaftarkan diri kerana daripada kes kebanjiran PATI ke dalam negara ini menyebabkan pihak kementerian terbabit tiada 'figure' yang tepat mengenai jumlah sebenar golongan ini.


Golongan pekerja asing/PATI yang hadir mendaftar pada hari pertama Program 6P di salah sebuah syarikat pengurus

Jadi peringkat yang sedang berjalan sekarang merupakan fasa pertama iaitu melengkapkan proses pendaftaran di kalangan PATI sebelum program pemutihan dilakukan.

Jika PATI hadir sendiri ke pejabat Imigresen untuk proses pendaftaran dimaklumkan tiada sebarang caj dikenakan terhadap mereka. Tetapi jika ianya diuruskan oleh syarikat pengurusan yang dilantik bayaran sebanyak RM35 dikenakan.

Kaunter di Jabatan Imigresen memperuntukkan hampir 90% operasi kaunter mereka untuk menjayakan Program 6P.

Menurut sumber KDN jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengenakan bayaran lebih daripada kadar yang ditetapkan kementerian perkara begini wajar diadukan kepada KDN untuk tindakan kerana syarikat pengurus yang dilantik oleh KDN sudah termaktub pada akur janji.

Pada hari pertama perlaksanaan Program 6P ini seramai 14,801 pekerja/(PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan 336 buah syarikat pengurus. Setiap syarikat pengurus ini dibekalkan dengan 10 buah pengimbas biometrik untuk melancarkan proses mendaftarkan PATI.

laporan selanjutnya, sila layari
- http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/08/peringkat-pertama-program-6p-sukses.html


No comments:

Popular Posts