Thursday, August 4, 2011

#BersihStories - Azmin dan Mismah, kedua-duanya pengundi Pemastautin Tetap #bersih



Kantoi! Penipuan PR (Penipu Rakyat), portal berita Malaysiakini (Meloyakini) dan blogger-blogger mereka menyebabkan sebahagian besar penyokong mereka mula menyedari bahawa Bersih, bukan suatu gerakan yang tulus seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya layak diklasifikasikan sebagai satu penipuan politik (political scam) yang dipenuhi adegan-adegan pembohongan.

Tidak cukup dengan lakonan Suhardi, Mat Sabu dan Anuwar, hari ini, kewujudan political scam Bersih cuba disahkan dan diberi justifikasi melalui penipuan kisah pengundi PR bernama Mismah di dalam daftar pemilih.

Namun Allah Maha Kuasa, tidak berapa lama selepas penipuan ini dibuat, ia telah dipatahkan oleh blogger MyMassa dan Double-Y. Saya suka merekodkan hujah blogger MyMassa yang menangkis pembohongan portal Meloyakini dan blogger pembangkang di dalam blog ini sebagai rujukan di masa depan.

Tidak habis-habis mereka menipu - bermula dengan melanggar perintah DYMM Yang Di Pertuan Agong, diikuti dengan kematian Suhardi dan kecederaan parah Mat Sabu dan Anwar, disusuli laporan keputusan Pilihan Raya Olok-olok BN yang tidak pernah diadakan seterusnya kewujudan Mismah yang kononnya menjadi pengundi selepas hanya 4 jam menjadi warganegara.

Memang tugas mereka untuk menipu rakyat Malaysia. Jika tidak mereka tidak akan mendapat upah untuk menyara keluarga, isteri dan anak-anak. Cuma kita sebagai rakyat Malaysia, setelah mengetahui cara mereka menyara hidup, perlu menjadi lebih berhati-hati agar tidak terpedaya berulang kali dengan penipu bersiri ini.

Pesan Rasulullah saw;

“Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama.” (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a; diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Ikuti kupasan dari Mymassa:-


Blogger Pembangkang Kantoi Dalam Isu SPR - JPN. Apa Kaitan Dengan Azmin?

Tahniah para blogger BN yang bersatu hati menjawab isu MyPR - MyKad yang dibongkarkan oleh pembangkang.

Blogger Double Y yang kini mengganas dengan pendedahan-pendedahan panas ada buat pendedahan mengenai perkara ini. Anda boleh membaca pendedahan yang dibuat oleh Double Y di sini.

MyMassa juga ada pendedahan yang ingin kami buat iaitu berkenaan modus operandi pembangkang mengenai isu ini. Kesilapan blogger pembangkang akan mendedahkan dan membogelkan siapa wakil rakyat mereka yang sebenar.

Semalam, isu Mismah yang dimainkan oleh Malaysiakini disambut kencang oleh blogger sebelah sana bagai mendapat peluru paling ampuh. Selain daripada isu Mismah, beberapa blogger pembangkang seperti Poji (Perisik Rakyat) dan Tulang besi (Malaysia Waves) ada jugak main isu ini tapi dari sudut berbeza. Berikut adalah isu MyPR-MyKad yang dimainkan oleh Poji dan Tulang Besi (boleh tengok kat sini):


PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"




Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).


Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
1. 530824715008
2. 671219715084
3. 380424715016
4. 650503715054
5. 501124715020
6. 561210715515
7. 600602715505
8. 690510715008
9. 430106715072
10. 470111715030
.
.
169. 610203715099
Buktinya, print screen semakan dilaman Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dibawah:






Dah sah-sah Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap (PR). Pembangkang lagi teruk, bukan pakai penduduk tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin!
Baca selanjutnya klik sini
Malang buat haprak pakatan,pembohongan mereka berjaya dipatahkan,sudah sudah lah kalau nak menipu pun.


No comments:

Popular Posts