Semalam blogger-blogger DJ Teh Tarik bersama YB telah membuat pendedahan penting mengenai politiking di UNISEL sehingga menyebabkan Naib Canselor UNISEL. Hari ini blogger Angin Perubahan melaporkan pula campurtangan Azmin Ali dan Menteri Besar Kerajaan PR Selangor yang zalim, Khalid Ibrahim dalam konspirasi ini.
Belum pun reda isu penutupan asrama Yayasan Selangor yang dikatakan telah berjaya melahirkan 3,000 orang Profesional Melayu, UNISEL dijangka bakal menjadi mangsa KERAKUSAN kerajaan PR yang seterusnya. Baca Selangor Daily - Unisel Bergelora… Hak Pekerja Dinafikan! Satu Lagi Asset Negeri Bakal Hancur!http://www.selangordaily.com/?p=2211
Kononnya PR mengamalkan good governance, transparensi dan pemisahan kuasa? Nampaknya ini antara janji bohong PR semasa Pilihan Raya 2008. Macam mana nak percaya Buku Jinggay & Manifesto PRU13 PR? Jangan benarkan diri anda ditipu berulang kali oleh Penipu Rakyat!
Khalid tidak nafi politik punca Dr. Rosli letak jawatan
SHAH ALAM 3 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan wujudnya tekanan politik dalaman sehingga menyebabkan Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa hari ini.
Katanya, pihaknya sudah menjangka krisis tersebut akan berlaku dan telah bertindak menubuhkan sebuah pasukan petugas khas lebih awal dengan beberapa perbincangan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Pasukan petugas khas tersebut katanya, dianggotai oleh tiga orang Ahli Lembaga Pengarah Unisel iaitu Datuk Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie yang merupakan bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM); bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr. Mohamed Ariffin Aton dan bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Dr. Adnan Alias.
No comments:
Post a Comment