Friday, August 19, 2011

Azmi Sharom menipu? Baca kenyataan Menteri Pengajian Tinggi

DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Azmi Sharom menipu? Eloklah dibaca kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membuktikan bahawa Azmi Sharom bercakap tanpa fakta yang tepat sebaliknya hanya dongengan yang direka.

________________________________________________

Kenyataan Menteri

UM hilang 123 staf, bukan 146 - Khaled


PUTRAJAYA 18 Ogos - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, hanya 76 staf Universiti Malaya (UM) meletakkan jawatan sejak 2009 manakala 53 bersara dan empat meninggal dunia.

Menurutnya, ini menjadikan secara keseluruhannya UM hanya 'kehilangan' 123 staf dalam tempoh itu, bukannya 146 meletak jawatan seperti yang dilaporkan hari ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) menerusi satu kenyataan akbar yang disampaikan kepadanya hari ini.

"Maklumat yang saya terima hanya 76 staf meletak jawatan, 53 bersara dan empat meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan hanya 123 orang dan bukannya 146 orang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan National Awareness Campaign: Education NKEA EPP 10-Building a Hospitality and Tourism Discipline Cluster di sini hari ini.


No comments:

Popular Posts