Friday, August 19, 2011

#Yes4ISA: Hishammuddin - 3 orang anggota militan Sikh ditahan di bawah ISA



Selain kumpulan militan dan teroris Islam terdapat juga kumpulan militan dan teroris di kalangan penganut agama lain yang singgah di Malaysia dan menjadikan Malaysia tempat persinggahan untuk gerakan militan dan teroris mereka.

Walaupun sasaran kumpulan ini bukan negara kita, namun kegiatan ini tidak boleh dibenarkan bermula dan dibenarkan bersarang di negara kita. Di sinilah terletaknya keperluan bagi melaksanakan undang-undang pencegahan. ISA juga penting sebagai langkah pencegahan terhadap kegiatan yang dipercayai boleh menjejaskan keselamatan negara berdasarkan sumber risikan.

Pengakuan dalam sumber risikan ini tidak boleh digunakan sebagai bahan pendakwaan, tetapi penting untuk menghentikan kegiatan-kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara misalnya dalam kes sindiket penyeludupan manusia.

Oleh kerana terdapat negara yang tidak mempunyai undang-undang pencegahan seperti ini, ada kalanya negara ini terpaksa bergantung kepada negara lain untuk menghalang kegiatan terorisme yang mencancam negara tersebut. Semoga Allah merahmati bumi Malaysia.


Program 6P dapat sambutan
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


Hishamuddin Tun Hussein (dua dari kiri) bermesra dengan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ibu Tunggal dan Anak Yatim di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Seramai 2,407,090 warga asing telah membuat pendaftaran di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI atau Program 6P sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, warga Indonesia mendahului jumlah pendaftaran paling tinggi iaitu 551,268 orang disusuli dengan warga Bangladesh seramai 241,538.

"Jumlah yang direkodkan melalui program tersebut merupakan satu kejutan kerana ia mendapat sambutan setiap hari.

"Walaupun timbul beberapa masalah seperti penipuan, peralatan yang tidak berfungsi dan kelewatan, jumlah yang direkodkan telah menunjukkan kejayaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Hotel Istana di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, warga asing juga diharap tidak melayan spekulasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu bahawa mereka akan ditahan dan dihantar pulang ketika membuat pendaftaran itu.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin mengesahkan penahanan tiga lelaki militan Sikh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, susulan daripada penahanan yang dibuat pada 4 Ogos lalu, ahli kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) itu telah diusir dan diserahkan kepada pihak berkuasa India kelmarin.

"Ketiga-tiga suspek berkenaan didapati memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan berkenaan selain membekalkan pasport palsu dan bahan letupan," ujarnya.

Beliau berkata, berikutan penahanan militan-militan terbabit, pengganas lain yang masih berada di negara tidak boleh berasa selamat kerana tindakan terhadap mereka juga akan dibuat.

Katanya, pihak berkuasa tidak pernah teragak-agak untuk mengambil tindakan, sebaliknya akan terus berperang dengan mereka.

No comments:

Popular Posts