Saturday, August 6, 2011

Akhbar Cina: Dong Jiao Zong terus jadi penghalang satu aliran dan menipu



Video: Merealisasikan Sekolah 1Aliran


Terjemahan akhbar Cina di bawah menunjukkan kumpulan pelobi sekolah Cina, Dong Jiao Zong terus menerus menjadi penghalang kepada penubuhan sekolah 1aliran dan lebih buruk lagi menghasut dan menipu rakyat dengan mengatakan seolah-olah SJKC dianak tirikan.

Dong Jiao Zong menipu bila mengatakan "jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard “kelas ke-2”."

MCA, Gerakan dan masyarakat pendidik Cina di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menghentikan pembohongan dan hasutan yang jahat ini serta menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sebenarnya telah diberi layanan yang adil oleh kerajaan.

Dalam tahun 2007, direkodkan bahawa terdapat 307 buah Sekolah Kebangsaan berstatus bantuan modal. Dari segi layanan kerajaan, semua sekolah berstatus bantuan modal, baik Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan mendapat layanan yang sama.

Malangnya pelobi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat, seolah-olah hanya SJKC yang perlu dibantu kerana dianak tirikan oleh kerajaan sehingga menyebabkan semua bantuan kewangan dari masyarakat, terutamanya masyarakat perniagaan Cina hanya pergi ke SJKC dan bukan Sekolah Bantuan Modal yang lain. Ini akhirnya mengakibatkan keadaan sekolah-sekolah ini jauh lebih dhaif dari SJKC Bantuan Modal, walaupun berada bersebelahan dengan SJKC.

Dalam tahun 2007 juga direkodkan terdapat 406 SJKT dan 150 SJKC bertaraf Sekolah Kerajaan yang mendapat bantuan penuh dari Kerajaan. Bagi 406 SJKT dan 150 SJKC ini, mereka menikmati layanan yang sama seperti mana-mana Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan, baik dari bajet pengurusan, mahu pun bajet pembangunan. Apa yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan berstatus Sekolah Kerajaan dari segi guru, geran per kapita, pembaikan, pembangunan dan lain-lain lagi turut diterima oleh SKJC dan SJKT berstatus Sekolah Kerajaan ini. Jadi siapa yang dianak tirikan? Siapa kelas ke-2?

Kenapa menipu Dong Jiao Zong?!!

Dong Jiao Zong mesti membuang pemikiran sempit dan bersifat rasis jika mereka jujur untuk membina masyarakat malaysia yang bersatu padu. Dong Zong perlu menonton filem Nasi Lemak 2.0 Namewee supaya faham bahawa masakan mereka akan jadi lebih enak jika mereka meninggalkan sifat KECINAAN yang keterlaluan dan berfikiran terbuka untuk merencahkan masakan mereka dengan acuan Malaysia.


Terjemahan berita Sinchew Daily News
Dong Jiao Zong-sekolah-sekolah rendah Cina?
m/s 14; 28 Julai 2011

Sekolah Rendah Cina Masih Dalam Kedudukan Kelas ke-2: Jiao Zong Menyeru Supaya Lepaskan Polisi Pendidikan Yang Sempit

‘Jiao Zong menyeru kepada pihak kerajaan supaya lepaskan polisi sempit dalam pendidikan, mulakan dengan mata sudut pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan cara pembinaan dan perkembangan sekolah rendah kebangsaan pada sekolah Cina, tambah bina sekolah-sekolah rendah Cina mengikut perkembangan dan pertambahan nisbah jumlah penduduk.’

27hb Kuala Lumpur, Jiao Zong berkata, jika kita perbandingkan antara sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina, dengan serta merta kita dapat bezakan polisi kerajaan mempunyai double standard “kelas ke-2”.

Jiao Zong hari ini semasa membuat laporan kenyataan tentang (pembinaan dan perpindahan sekolah rendah Cina) menyeru pihak kerajaan mesti lepaskan polisi sempit yang menjurus kepada polisi pendidikan satu aliran, mulakan dengan pembangunan pendidikan untuk semua rakyat, menggunakan sistem pembinaan sekolah rendah kebangsaan untuk diterima pakai dalam pembinaan dan penambahan sekolah-sekolah rendah Cina.

Ini termasuk pihak kerajaan perlu bertanggungjawab semua kos pembinaan sekolah yang termaktub di dalam kawasan taman perumahan yang disediakan untuk tapak-tapak sekolah untuk kegunaan bangunan sekolah pelbagai aliran, perlu sistematikkan pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina yang berpatutan dan wajar serta mendapat penyelesaian yang normal, supaya dapat selesaikan masalah kekurangan sekolah rendah Cina yang paling asas itu.

Dalam laporan itu menunjukkan, walaupun pihak kerajaan membuat penambah baikkan dalam pembinaan sekolah rendah Cina serta perpindahan tempat sekolah rendah Cina, tetapi ia masih lagi jauh berbeza daripada apa yang masyarakat Cina mahukan, apa yang masyarakat Cina mahukan ialah layanan sama kepada semua aliran sekolah, mendapat pembangunan yang adil dari segi pendidikan bahasa ibunda.

Semua Polisi Pendidikan Perlu Diubah Diperingkat Dasarnya

Laporan itu menyatakan, pihak kerajaan perlu ubah dasar polisi pendidikan, sepatutnya beri jaminan melalui kertas yang bertulis, sehingga ke hari ini, polisi pendidikan negara ini masih tidak membuat sebarang perubahan, semua orang risau kerana mungkin ada kaitannya dengan kuasa dan keperluan dalam politik.

Dalam laporan itu menegaskan, memberi peruntukan, memberi tanah dan membina sekolah itu semuanya adalah tangungjawab pihak kerajaan, sama juga seperti bina sekolah rendah kebangsaan, semua kos pihak kerajaan sendiri yang membiaya serta memberi peruntukkan dan memberi tanah sehingga sekolah siap dibina. Tetapi sebaliknya pada sekolah rendah Cina pihak kerajaan tidak memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul.

Dalam laporan itu juga dinyatakan, walaupun mendapat peruntukan dari pihak kerajaan, pihak sekolah rendah Cina masih lagi hadapi masalah kawasan tapak sekolah, sehinggakan pembinaan sekolah Cina tidak dapat dijalankan dengan lancar serta hadapi halangan.

Dalam laporan itu juga menghuraikan: sekolah rendah Cina di Puchong Selangor terlalu ramai sehingga sesak, sekolah rendah Chin Chi di Bentong Pahang pula terpaksa dipindahkan ke kawasan itu kerana untuk mengatasi kesesakan murid, tetapi sehingga ke hari ini proses pemindahan kerana tiada kawasan tapak, sekolah tersebut tidak dapat dibangunkan dan tidak nampak sebarang kemajuan.

2 comments:

awiera said...

Dong Jiao Zong ni la sebenarnya penghalang intergrasi nasional sampaikan anak-anak Cina cakap Bahasa Melayu pun tak pandai. Dah tu ada niat pulak nak menuntu hak samarata....Tutup saja sekolah jenis kebangsaan ini. Kalau mereka menentang suruh saja mereka migrate ke negara lain kerana mereka sebenarnya tak ada semangat patriotisma. Mereka memang tak akan mempertahankan negara ini kalau terjadi peperangan....

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

awiera,

macam yang saya sebutkan di dalam video tu, bukan mudah untuk ditutup semuanya; melainkan dengan kesungguhan politik semua pihak. Malangnya pelobi SJKC terus menerus menipu dan memfitnah kerajaan untuk memastikan survival mereka. MCA dan Gerakan perlu sedarkan masyarakat Cina dan masyarakat Malaysia yang lain tentang penipuan ini.

Popular Posts