Saturday, August 6, 2011

Umat Islam dirasuah untuk murtad bukti pemimpin Islam PR dan negeri berkebajikan PR gagal! #saveSgor


Apa nak jadi dengan umat Islam Selangor? Pastinya amalan merasuah untuk penganut agama Islam menukar agama sudah berleluasa di negeri Selangor. Segalanya ini membuktikan bahawa pemimpin Islam PR di negeri Selangor gagal dalam melaksanakan tanggung jawab mereka untuk memelihara aqidah umat Islam di negeri terbabit. Lebih malang lagi, ini adalah satu lagi bukti bahawa pemimpin PR hanya beretorik tentang soal negeri berkebajikan. REALITInya mereka gagal menghalang amalan rasuah untuk menukar agama yang berleluasa di negeri Selagor kerana mereka tidak mengotakan janji mereka dalam PRU2008 untuk membela golongan miskin dan terpinggir!

Ayuh SELAMATKAN SELANGOR!



Laporan BERITA HARIAN: 6 Ogos 2011

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan. Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam

1 comment:

Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri said...

maaf, bertanya. adakah statistik ini salah? tentang penukaran agama yang diluluskan di selangor?
http://makngohselamoh.blogspot.com/2011/06/statistik-murtad-mengikut-negeri-di.html

Popular Posts