Kartun ini diilhamkan tahun lepas, ia semakin jelas hari ini selepas 17 bulan ia diilhamkan. Too predictable!
Nampaknya old timer perniagaan dan akhbar Cina sedang menggerakkan usaha mempromosikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri `kerajaan yang baru'. Akhbar Sinchew telah memulakan spin ini dan terjemahannya ada di bawah. Ini adalah spin old timer untuk meletakkan semula seorang old timer atau orang tua untuk memimpin Malaysia; satu langkah ke belakang berbanding trend dunia dan mungkin motivasinya sebenarnya bukan RAKYAT, tetapi sekadar untuk menjaga kepentingan dan aspirasi para old timer yang tidak dapat menerima hakikat bahawa ini bukan zaman mereka lagi.
Apa yang JELAS, tenyata mereka tidak yakin dengan kepimpinan sedia di dalam PR ketika ini. Malangnya pilihan old timer ini adalah Ku Li!
Dalam posting saya sebelum ini saya pernah menyebut bahawa "dalam sejarah negara, Ku Li tidak pernah dianggap sebagai seorang Menteri Kewangan yang berjaya. Prestasi Ku Li jauh terkebawah berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Dalam sejarah UMNO pula, Ku Li bukan seorang ahli politik yang berjaya. Ku Li dianggap sebagai seorang `sore loser' yang tidak dapat menerima kekalahan. Dia telah memimpin kumpulan serpihan yang keluar dari UMNO, mengkhianati UMNO dengan menubuhkan Semangat 46, memecah belahkan orang Melayu ketika itu dan kumpulan yang menyokongnya telah mengheret UMNO ke mahkamah sehingga ia diharamkan.
Dalam sejarah UMNO juga, Ku Li telah ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO untuk bertanding jawatan Presiden. Nampaknya tiada siapa yang percaya kepada kepimpinan Ku Li, lebih-lebih dengan `track record' yang dipegangnya sebelum ini.
Mungkin semua ini menyebabkan Ku Li masih berdendam dengan UMNO dan sekarang sedang mengambil peluang untuk membalas dendam dan menyusahkan UMNO. Menyedari UMNO masih dalam proses pemulihan dan pengukuhan, kesempatan ini diambil oleh Ku Li untuk membuat pendirian berlawanan dengan pendirian kepemimpinan parti.
Kenapa Ku Li tidak mahu keluar parti? Mungkinkah pengalaman mengajar Ku Li bahawa jika dia keluar UMNO, dia akan lebih cepat menjadi kurang relevan. Mungkinkah dia mahu dipecat, supaya dia boleh diangkat oleh pembangkang sebagai hero.
Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membaca percaturan politik Tengku Razaleigh ini."
Dalam artikel yang sama juga saya mengingatkan Ku Li bahawa ini bukan zaman beliau lagi. Beliau tidak lagi relevan dalam politik dan perjuangan agama, bangsa dan negara. Saya nyatakan;
"Eloklah kita ingatkan semula Ku Li, beliau sudah semakin tua. Masa depan negara sepatutnya ditentukan oleh golongan yang lebih muda. Berperangailah seperti orang tua dan jangan merosakkan negara dan perpaduan hanya kerana dia pernah mempunyai dendam peribadi dan kepimpinannya ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO."
Ini adalah salah satu dari 5 posting saya mengenai Ku Li. Posting lain adalah:
1. Royalti Minyak - jawapan kepada Razaleigh
2. Ku Li sekali lagi mengkhianati UMNO?
3. Selamatkan Malaysia! Ku Li penipu?
4. Ku Li - Pendirian Pemuda, pendirian saya....
Sila ikuti terjemahan artikel di Sinchew Daily untuk memahami gerakan yang disusun oleh pihak tertentu bagi menghidupkan semula impian Ku Li yang tidak tercapai, iaitu untuk menjadi Perdana menteri Malaysia.
Sinchew Daily News
3 Ogos 2011
Perdana Menteri Bayangan
Tay Ting Hien (Timbalan editorial akhbar)
Kelakuan Anwar Ibrahim di luar hukum alam, kes itu sudah hampir ke penhujungnya, tarikh keputusan mahkamah mungkin sudah tidak jauh lagi, jika benar bersabit kesalahan itu, beliau akan dihukum penjara.
- Siapakah pula yang akan menggantikan pemimpin umum Pakatan Rakyat?
- Siapakah pula yang akan memimpin Pakatan Rakyat dalam PRU nanti?
Jika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menang lebih daripada separuh majoriti siapa pula yang akan menjadi perdana menteri?
Dalam keadaan sekarang ini, semuanya adalah satu andaian sahaja. Tetapi tarikh keputusan mahkamah akan berlaku pada bila-bila masa sahaja dan tarikh PRU juga semakin hampir dan mendesak, ini semuanya perlu mendapat satu kenyataan yang sebenar dan realiti.
Tidak kira sama ada Hadi Awang, Lim Kit Siang ataupun Wan Azizah, mereka itu semua bukan calon Perdana Menteri yang ideal.
Hadi Awang dikatakan bukan pemimpin politik yang menyeluruh, kurang pengetahun tentang dunia antarabangsa, dan kurang tokoh dalam kepimpinan; jika lantik beliau sebagai calon PM ramai bukan Islam akan larikan tiket undi.
Lim Kit Siang pula mempunyai pengelaman yang luas, banyak membaca dan berkemampuan, tetapi dunia politik di negera ini amat realistik, masih tidak boleh terima kaum bukan Melayu menjadi pemimpin tertinggi di negara ini; pasti masyarakat Melayu akan membantah dengan keras.
Wan Azizah pula kurang matang dalam politik, lagipun beliau tidak boleh lagi bertanding kerusi Parlimen, kerana tidak layak.
Berkaitan antara Mat Sabu, Azmin Ali dan Lim Guan Eng, mereka ini bukan masanya lagi untuk jawatan itu, mereka sekurang-kurangnya perlukan masa antara 10 hingga 20 tahun lagi untuk matang.
Dalam pandangan politik dari sudut kanan ke kiri serta dari sudut atas ke bawah, orang yang paling layak untuk memegang jawatan perdana menteri itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah.
Apabila nama ini terungkai ramai orang berkata ia tidak mungkin boleh berlaku, tetapi cuba kita renungkan dan berfikir sejenak selama 60 saat, pasti anda akan sebut “besar kemungkinan boleh!”
Pengalaman politik Tengku Razaleigh lengkap, jika beliau dijadikan biodata pengalaman beliau itu dari yang lepas-lepas sehingga sekarang, pasti beliau mendapat pemarkahan dan kelayakan yang paling tinggi.
Saluran aktiviti dan peranan Tengku Razaleigh amat luas, pernah daripada parti pemerintah bertukar menjadi parti pembangkang, daripada bersikap keagamaan boleh bertukar menjadi pemikiran biasa, daripada berfikiran tertutup menjadi berfikiran terbuka dan bebas, boleh berpusing dari kanan ke kiri, kedudukan beliau di tengah-tengah di antara semua, beliau boleh tarik ramai orang yang duduk di tengah-tengah dan juga mendapat sokongan dari kedua-dua belah pihak.
Kedudukan dan kewibawaan Ku Li boleh meraih undi yang banyak untuk Pakatan Rakyat, dan boleh tambah kerusi serta biangan undi yang besar untuk Pakatan Rakyat; jika berlaku tepu dalam politik di kemudian hari, beliau boleh menggunakan kerabat raja-raja dan pelbagai kuasa untuk mendapatkan sokongan.
Pada dasarnya kelayakan beliau itu lebih menyerlah dan matang.
Pada realitinya Ku Li baru-baru ini telah tubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka.
Pada permukaaannya, NGO ini mungkin dilihat seperti tidak berfungsi dan tiada memainkan sebarang peranan, tetapi ia boleh menjadi tempat dan saluran untuk Ku Li bersuara untuk hidupkan agenda politik beliau.
Adakah Ku Li tiada kesanggupan untuk tujuan itu? Saya tidak berani untuk mengsyakinya.
Ku Li tidak pernah melepaskan matlamat: beliau berkali-kali bertarung dalam politik, semuanya gara-gara mahu rebut jawatan perdana menteri.
Selepas PRU Mac 2008, dan selepas Abdullah letak jawatan, beliau ada 2 kali memainkan peranan dalam poltik pada masa itu, ramai mahu Ku Li menjadi orang ketiga sebagai orang pengaman dalam pemilihan pencalonan pada masa itu.
Pada tahun 1980-an, Ku Li bersama Musa Hitam menentang Mahathir, selepas itu mereka tubuhkan parti semangat 46, bergabung dengan DAP, Pas dan Parti Bersatu, tujuan dan matlamat akhir beliau ialah mahu jadi perdana menteri.
Ku Li sangat mahir dalam permainan politik serta mengatur politik, hari ini mungkin peluang terakhir beliau untuk mencapai cita-cita itu.
Sudah tentu kita kena lihat sama ada Pakatan Rakyat boleh terima beliau ataupun tidak, ini adalah satu pintu halangan yang perlu diatasi; sama Anwar Ibrahim rela atau tidak untuk serahkan kuasa, ini juga salah satu punca halangan yang utama.
No comments:
Post a Comment