Sunday, July 4, 2010

Nik Aziz kata nasionalis syirik.. fahamkah dia?


Jelas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat kurang ilmu pengetahuannya apabila baru sedar nasionalis sebenarnya tidak sama dengan assobiyah. Mungkin selepas bertapa di gua syaitan di Pulau Pinang, Nik Aziz, kini meningkatkan taraf dosa perjuangan nasionalisme dari assobiyah, iaitu jenis suatu dosa yang diampunkan Allah SWT kepada satu dosa yang lebih tinggi tahapnya, iaitu syirik, iaitu dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.

Pertamanya, pedulikanlah orang tua ini kerana perjuangan UMNO bukan perjuangan nasionalis, sebaliknya perjuangan murni untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Pastinya perjuangan agama, bangsa dan negara bukan sekali-kali perjuangan nasionalisme!. Jangan pula ada menteri atau orang politik UMNO yang melatah dengan kenyataan Nik Aziz ini akibat kekurangan ilmu, kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan UMNO.

Keduanya, kenyataan ini menunjukkan Nik Aziz tidak faham maksud nasionalisme dan assobiyah suatu ketika dulu disebabkan dia kurang ilmu pengetahuan. Rujuk sini untuk memahami tentang pengetahuan dangkal Nik Aziz tentang assobiah (klik).

Ketiga, apabila Nik Aziz menghukum perjuangan nasionalisme itu sesuatu yang syirik, maka pada waktu yang sama, dia juga menghukum ideologi yang lain seperti sosialisme, kapitalisme dan sekularisme sebagai syirik. Ini bermaksud Melayu dan orang Islam di dalam DAP dan PKR yang mendukung fahaman sosialis adalah syirik juga. Jadi kita menanti-nanti Nik Aziz menghukum Tunku Abdul Aziz, Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah, Nurul Izzah, Nik Nazmi, Amiruddin, Zuraida dan ramai lagi sebagi syirik dan sesat. Mungkin juga Nik Aziz boleh menunjukkan sesiapa daripada mereka ini yang telah pun murtad, lebih lagi selepas kenyataan Wanita PKR yang menyatakan ideologi pegangan PKR adalah yang terbaik di antara ideologi-ideologi yang dipegang oleh tiga parti dalam Pakatan Pembangkang (PR).

Keempat, apabila Pas bersekongkol dan bersubahat dengan pejuang sosialisme seperti DAP dan PKR, bagi mewujudkan negeri-negeri sosialis yang diperintah PR di Pulau Pinang, Selangor dan Perak (suatu masa dulu), apakah status Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain? Penyokong amalan syirik? Penyokong pemimpin syirik? Adakah Anwar Ibrahim pemimpin kumpulan syirik?

Anggap sahajalah Nik Aziz sebagai seorang wali selipar yang semakin hilang kewarasannya serta kurang ilmu pengetahuan amnya.


No comments:

Popular Posts