Tuesday, December 20, 2011

Pinjaman Bank Dunia: Penjelasan dalam konteks sebenar. @RafiziRamli masih belajar dan belum tahu apa-apa ketika itu.. @NajibRazak





Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia. Hairan, bagaimana PKR mempunyai seorang pengarah strategik yang gagal membuat kajian yang terperinci dan memahami konteks Krisis Mata Wang pada tahun 1998. Andaian saya satu sahaja, pada waktu itu Rafizi baru berumur 21 tahun, masih belajar dan tidak berada di Malaysia untuk benar-benar memahami apa yang berlaku.

Biarlah kita jelaskan kepada Rafizi, pertamanya - Malaysia telah menerima bantuan teknikal dan pinjaman-pinjaman untuk sektor sosial dan pendidikan dari Bank Dunia sejak tahun 1970-an lagi kerana pada waktu itu Bank Dunia memberi pinjaman bernilai tinggi kepada negara-negara yang sedang membangun. Pada tahun 1999, Malaysia masih menerima bantuan teknikal yang sama dan juga pinjaman yang sama dari World Bank, tanpa sebarang syarat yang boleh menyebabkan negara tergadai.

Apabila berlaku Krisis Mata Wang Asia pada tahun 1997, IMF mengumpul dana dari pelbagai sumber rasmi termasuk dari IMF sendiri, Bank Dunia dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya dan menawarkan bantuan kewangan ini dengan syarat-syarat yang `menggadaikan negara' - ini yang dimaksudkan sebagai menjadikan `negara terjajah semula secara ekonomi'. (Lihat syarat-syarat yang dikenakan oleh IMF untuk memaksa Korea membuka ekonominya di sini.)

Tawaran ini dikenali juga sebagai `Rescue Package' ataupun Pakej Penyelamat yang ditaja oleh IMF.

Ketika negara-negara jiran sudah mula menerima tawaran IMF ini kerana tidak mampu bertahan dengan serangan spekulator mata wang asing, Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad masih bertahan kerana tidak mahu menggadaikan negara ke tangan kapitalis dunia, walaupun diberitakan Menteri Kewangan ketika itu berulang kali memuji-muji IMF dan melaksanakan preskripsi IMF dan Bank Dunia tanpa bantuan daripada mereka.

Sebaliknya Tun Dr Mahathir mengambil langkah yang berbeza, iaitu;

1. memperkenalkan `currency pegging' yang menambat nilai mata wang Ringgit Malaysia kepada nilai tertentu agar kegiatan spekulasi mata wang dapat dihalang

2. memperkenalkan kawalan modal

3. menurunkan kadar faedah bank ketika itu yang menyebabkan begitu banyak syarikat milik warga Malaysia bankrap dan berada dalam keadaan tenat

4. melaksanakan langkah-langkah susulan untuk meningkatkan semula pertumbuhan bidang ekonomi yang indikator utama ekonomi negara ketika itu.

Semua ini dilakukan dalam keadaan penuh kepayahan kerana Malaysia menolak paksaan kapitalis dunia yang mahu menjajah negara menggunakan senjata ekonomi dan globalisasi yang masih belum difahami ketika itu.

Jangan kita sekali-kali lupa pada tahun 1997, apabila ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang sehingga ia jatuh menjunam dan memiskinkan semua pihak di dalam negara, pada 21 Ogos 1997 Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia masih merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Semua ini hasil kebijaksanaan Tun Dr Mahathir dan keberanian beliau menggunakan kaedah un-orthodox bagi menyelamatkan negara. Anwar Ibrahim? Kenyataan dan tindakannya ketika itu menyebabkan ramai yang menganggapnya tidak lebih dari boneka pihak tertentu. (Baca artikel ini untuk menghayati kebijaksanaan Tun Dr Mahathir.)

Bagaimana saya tahu semua ini? Berbeza dengan Rafizi yang masih belajar di luar negara, ketika itu saya sudah bekerja dan dapat melihat sendiri kesan terhadap ekonomi dan perniagaan di dalam negara, termasuk syarikat tempat saya bekerja, sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Kewangan dari seorang Menteri yang tidak kompeten (baca tulisan ini) dan mahukan preskripsi IMF digunakan.

Di mana kegagalan Rafizi?


1. Tun Dr Mahathir tidak pernah menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah menerima pinjaman Bank Dunia, tetapi pinjaman yang secara tradisinya telah diterima sejak tahun 1970-an tanpa syarat-syarat yang boleh menyebabkan negara terjajah semula.

2. Rafizi gagal membezakan di antara `pinjaman tanpa syarat yang menekan' dan Rescue Package IMF/Bank Dunia/negara maju dengan pelbagai syarat yang boleh menggadaikan negara 

3. Tun Dr Mahathir tidak pernah menulis surat memohon dan menerima Rescue Package, seperti yang dilakukan oleh sejumlah Presiden dan Perdana Menteri negara-negara Asia ketika itu. Jika surat sedemikian ada - SILA MINTA Anwar Ibrahim tunjukkan kerana sebagai penasihat kepada Bank Dunia sudah pasti Anwar boleh mendapatkannya dengan mudah!

Rasanya lebih mudah mencari surat itu, berbanding mencari JAM OMEGAnya yang hilang baru-baru ini.


16 comments:

Tulang Besi said...

perjanjian dgn bank dunia tu sebut jelas untuk membantu memulihkan ekonomi Malaysia.

Ko baca ke tidak perjanjian tu?

reformis tegar said...

Aduyai Tun ingqtkan. Source ko hebat pungutkata veteran umno ni jer? Blom kuat tu jgn org u syok sendiri jew

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Jangan lupa baca kat sini ya -Pinjaman Bank Dunia: Blogger Tulang Besi @Malaysiawaves dan @RafiziRamli kantoi!

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/pinjaman-bank-dunia-blogger-tulang-besi.html

Anonymous said...

TERIMA KASIH KEPADA ANWAR KERANA SEBUT SEMULA MENGENAI KRISIS EKONOMI 1997/98..WALAUAPAPUN TUDUHAN BELIAU TERHADAP TUN YANG PENTING RAKYAT GENERASI BARU AKAN TAHU BAGAIMANA TUN SELAMATKAN EKONOMI MALAYSIA DAN MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA...ANWAR AMAT TERDESAK DAN AMAT MEMERLUKAN PUBLISITI..TUN ADA SAKSI...ANWAR ADA??SURUH ANWAR CARI JAM OMEGA DIA DULULAH X PUN TULANG BESI BOLEH TOLONG CARIKAN....

Anonymous said...

PAKAR2 EKONOMI SELURUH DUNIA AMAT MENGAGUMI LANGKAH TUN M MENGATASI MASALAH KRISIS KEWANGAN 1997/98...JIKALAU TUN M MENGAMBIL BANTUAN DARI BANK DUNIA SEMATA MATA UNTUK MAENGATASI MASALAH KRISIS TERSEBUT XKAN DI PUJINYA LANGKAH TUN M..APALAH GENG2 PAKATAN NIE :)

Anonymous said...

@Tulang Besi

1. Kamu ni memang bodoh betul, Nak tanya kamu balik, kamu baca tak dokumen perjanjian tu? Di Muka 2? Clear Cut tulis Malaysia and IBRD (INTERNATIONAL BANK FOR RECONSTRUCTION AND DEVELOPMENT) Mana dia IMF???

2. Kamu sedar dokumen yang lembu2 PR nak pakai kutuk Mahathir tu sebenarnya boleh jadi BAHAN BUKTI utk membongkar penipuan PR sendiri hahaha.

3. Dan IBRD ada permilikan kerajaan Malaysia jugak bersama 187 negara lain. Dan IBRD bagi loan on project basis bukannya rescue package. Clear Cut Dokumen yang lembu2 PR pakai tu menunjukkan Project Appraisal. Bodoh betui, dah kantoi Hahaha.

4. Projek JKR, JPS ke dan mana2 agensi kerajaan boleh pakai Project Loan dari IBRD tau, tak percaya? Ko bukak mana2 Class A Kerajaan punya tender terbuka, Lepas tu ko bukak Kenyataan Tender di muka surat 2 dibawah pembiayaan, perkara 1 Pinjaman Bank Dunia - dimana terbuka mana penender dari negara2 ahli Bank Dunia yang nak pakai fund bank dunia. Ia adalah Projek Financing dari IBRD la bodoh bukannya Rescue Package IMF yang Anwar temberang tu.

5. Next Komen perbezaan antara World Bank dan IMF dari ownership, modus operandi. Hehehe. Sedap kantoi Lembu2 PR menipu ni.

Anonymous said...

@Tulang Besi

Perbezaan IMF dan World Bank.

1. Pertama sekali, hang tau ka apa tu World Bank? World Bank is not even a Bank!! Ni dia dari wall World Bank sendiri

2. We are not a bank in the common sense; we are made up of two unique development institutions owned by 187 member countries: the International Bank for Reconstruction and Development (IBRD) and the International Development Association (IDA).

3. World Bank adalah gabungan 2 organisasi iaitu IBRD dan IDA yang dimiliki oleh 187 negara.

4. Daripada 2 organisasi ni pulak di bantu oleh 3 organisasi lain iaitu (IFC), (MIGA) dan(ICSID).

5. Malaysia dok pakai financing IBRD ni semenjak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, semenjak kita jadi member BODOH!!

6. So kesimpulannya World Bank ni ada 5 Group bawah mereka yang dimiliki oleh 187 negara.

7. So di Mana IMF? IMF dalam group World Bank lain!!, Modus operandi Lain, Ownership pun lain, Mode of Funding pun lain. Cukup berbeza dengan World Bank yang Tun Mahathir buat dealla BODOH!

Anonymous said...

@Tulang Besi

Perbezaan IMF dan World Bank

1. Walaupun IMF dan World Bank IBRD duduk dalam satu nama, tetapi mereka cukup berbeza. Walaupun IMF dipunyai oleh 187 negara juga, tetapi pembahagian kuota cukup berbeza dimana ia melebihi negara barat dalam voting power dia sebab ia menggunakan currency SDR. Tidak spt World Bank IBRD.

2. IMF lebih kepada utk selesaikan masalah ekonomi sesuatu negara dan antara syarat pentingnya negara tersebut perlu mengorbankan sempadan atau kawalan ekonomi sesuatu negara. Secara pendek, IMF akan run negara tersebut secara ekonomi utk masa tertentu.

3. World Bank IBRD pula hanya lebih kepada project financing utk promote economic development. Bukannya rescue package. Dan ia tidak perlu mengorbankan sempadan atau kawalan ekonomi sesuatu negara.

4. Dan sistem currency utk pembayaran atau voting power ia cukup berbeza, IMF memakai currency SDR iaitu sistem perkiraan berdasarkan market exchange rate, dimana ia boleh dispekulasikan. Ini penerangan detail SDR http://www.imf.org/external/np/fin/data/rms_sdrv.aspx. Risiko besar dia jika matawang kita masih diserang maka hutang kita bertambah berdasarkan exchange rate. Inilah salah satu sebabnya Mahathir tolak IMF.

5. World Bank IBRD lak tak pakai SDR ia pakai USD, so kita boleh buat tambatan USD, tanpa masalah dari World Bank IBRD.

6. Ini adalah dokumen rasmi dari IMF yang memberitahu betapa berbezanya IMF dan World Bank. Dan ini turut membuktikan Rafizi telah menipu lebih 27 juta rakyat Malaysia. Ia menunjukkan perbezaan dari segi Tujuan, Saiz dan Struktur, Sumber Pembiayaan, Penerimaan Pembiayaan dan Operasi. http://www.imf.org/external/pubs/ft/exrp/differ/differ.htm.

7. Akhir kata dengan Group World Bank mana Tun Mahathir deal pada 1998? adakah IBRD atau IMF? Dokumen yang kononnya Rafizi kata bahan bukti ada jawapannya iaitu IBRD bukannya IMF hehehe.

8. Lembu PR kantoi lagi, ade hati nak kelirukan rakyat antara World Bank dan IMF, sorilah bro, tak semua rakyat malaysia bodoh k.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Heh3, tq kawan2 di atas sumbangan dan maklumat.

Jelasnya Tulang Besi ni cakap je lebih, tapi dia tak tahu pun apa yang dia cakap. Tak de credibility langsung.

Seronok juga tengok si Tulang Besi ni kena balun sebab dah kantoi :)

azizanjang said...

aku dah kata tulang besi konon atau prof serba bangang ni nk berckp jgk ekonomi mcm terror tp hancus satu apa pun tk tau, makan karipap byk sgt jd mcm tu plak dah...

Anonymous said...

sape yang putar alam skang? ha ha ha

thanks tun faisal for making this issue clear.. saya berkali2 baca blog rafizi tp x paham apa point die sebenarnye.. and other commentators for the info too..

Anonymous said...

@Abg Tun Faisal

1. Yang aku nak tergelak tu lembu2 PR spt Rafizi tak sedar yang dokumen yang mereka jaja tu adalah BUKTI UTAMA membongkar penipuan mereka. Hahaha.

2. Dokumen tu CUKUP JELAS menunjukkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan IBRD bukannya IMF. Dan CUKUP JELAS mengatakan Project Appraisal dimana ia berdasarkan project financing.

3. Dan mereka pun tak tau World Bank ni bukannya Bank pun tapi gabungan 5 organisasi iaitu (IBRD), (IDA),(IFC), (MIGA) dan(ICSID) yang dimiliki oleh 187 negara termasuk Malaysia!!. MANA DIA IMF??!!! Takde pun.

4. Cukup Jelas dari Website World Bank sendiri mengatakan spt perkara 3 di atas iaitu World Bank bukan Bank tetapi gabungan 5 organisasi.DAN YANG PENTING SEKALI TIADA IMF!! http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/EXTABOUTUS/0,,pagePK:50004410~piPK:36602~theSitePK:29708,00.html.

5. So dimana IMF? Dalam group lain la tak termasuk pun dalam 5 Grouping WOrld Bank ni...

6. Dokumen rasmi ini dari IMF sendiri, cukup jelas membezakan IMF dan World Bank dari segi Tujuan, Saiz dan Struktur, Organisasi dan Entiti, Sumber Pembiayaan, Penerimaan Pembiayaan dan Operasi.http://www.imf.org/external/pubs/ft/exrp/differ/differ.htm

Anonymous said...

@Tun Faisal

1. Dan apa Tun Mahathir kata betuila, dia tak pinjam World Bank dan IMF pun, SEBAB WORLD BANK bukannya BANK pun!! tetapi gabungan (IBRD), (IDA),(IFC), (MIGA) dan (ICSID). Dan Kerajaan Malaysia pinjam dengan IBRD sebagai project financing hahaha!!. Nah baca ni, apa sebenarnya World Bank iaitu bukan organisasi banking pun...- JK. http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/EXTABOUTUS/0,,pagePK:50004410~piPK:36602~theSitePK:29708,00.html.....

2. BODOH BETUL LA RAFIZI NI

Anonymous said...

Tulang Besiiiii....kenapa hang diam? Speechhless kah?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Tulang Besi lari sebab dia baru tahu penyokong2 BN dan atas pagar jauh lebih bijak dari budak2 PR, jd bukan senang dia nak kelentong :) Tq kepada semua yang menyumbang..

Sekolah Bahagia said...

walaupun fakta dan hujah diberikan mengenai apa yang dilakukan tun itu benar tetapi yang pasti pada tahun 2015 umno akan menuju kehancuran sedikit demi sedikit dan ketidak percayaan sebahagian besar rakyat malaysia (kecuali melayu umno) telah wujud hasil dari segala macam skandal dan kebodohan pemimpin umno (GST, 1MDB d apa bagai)... pembuktian tun dalam hal ini tidak boleh menyelamatkan umno dengan krisis yang sedia ada kini.. arios...

Popular Posts