Sunday, June 6, 2010

Soi Lek: Sokongan undi kaum Cina berpunca dari UMNO?



"Soi Lek: Sokongan undi kaum Cina berpunca dari UMNO" - begitulah tajuk laporan akhbar Sin Chew Daily, 5 Jun 2010, muka surat 10 mengenai kenyataan Soi Lek semasa merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Kampar.

Kalau dulu Soi Lek menggambarkan seolah-olah pengundi dari kaum lain adalah kurang intelek (Chua Soi Lek - kaum lain kurang intelek berbanding kaum Cina?) kali ini dia masih tidak mahu menerima dan mengakui hakikat bahawa masalah dalaman MCA telah menyebabkan jentera parti itu gagal mendekati masyarakat Cina secara berkesan dan mengakibatkan mereka gagal menjelaskan dasar-dasar kerajaan BN dengan baik sehingga ada masyarakat Cina yang beranggapan kerajaan BN menganak tirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sedangkan ada SKJC yang bertaraf Sekolah Kerajaan yang diberi bantuan penuh sama seperti mana-mana SJK Tamil (SJKT) dan SK yang berstatus kerajaan.

Selain masalah dalaman MCA yang berlanjutan begitu lama, ramai penganalisis politik juga berpendapat bahawa skandal PKFZ dan skandal seks Soi Lek turut menjadi punca utama kehilangan kepercayaan masyarakat Cina terhadap MCA.

Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini "MCA lemah dan gagal raih sokongan kaum Cina kerana masalah dalaman", akibat kegagalan mengartikulasikan dasar kerajaan BN yang adil dan saksama dalam pendidikan melibatkan sekolah vernakular, PR dengan begitu mudah boleh mewujudkan tanggapan bahawa semua SKJC dan SJKT ini dianak tirikan oleh kerajaan BN sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Bilakah Soi Lek mahu melihat ke dalam diri; melihat cermin, bukan meneropong ke seberang sungai untuk mencari alasan demi alasan? Cadangan kita kepada Soi Lek - tumpukan kepada perubahan dalam parti anda; pulihkan parti dan jana kekuatan parti terlebih dahulu. Jangan sibuk menyalahkan pihak lain!

5 comments:

siapsiaga said...

lu cakap tak serupa bikin la apek he he he he.......

IES Agencies said...

TF, simpang skit


JOKE OF THE DAY: Haris Ibrahim thinks Pakatan can produce a fair and balanced newspaper....

Read all about it HERE

WARIS PAHANG said...

umno BATU LONCATAN UNTUK KUKUH mca/MIC?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sham, memang joke gila ha ha ha :D

Abu Faiq said...

Salam,

1 Biarkanlah MCA menang atau kalah dek kaumnya sendiri!

2 Tapi Umno sekali-kali tidak boleh berpendirian begitu, sebab jatuhnya Mca [atau mana2 parti politik berbasis kaum dlm Bn] dapat menyebabkan lemahnya atau bahkan jatuhnya Bn. Jatuh Bn, jatuh sekalilah Umno. Kekhuatiran yg ini semakin nyata.

3 lnilah susahnya berkoalisi utk meraih kekuasasn & pmerintahan tapi brlaga matlamat & kpentingan pada perkara yg yg paling dasar: demi agama & kaum masing2. Mustahil dapat mengikat kemas kayu
seberkas. Namun, utk bersendirian tidak mampu. ltu kalau kayu. Air & minyak lain pula. Berkongsi kuasa dlm pemerintahah, koalisi parti politik umat lslam dgn parti politik kaum kafir, lagilah lain, sebab ada hukumnya dari segi syara'. Hanya yg memahami lslam dgn benar saja tahu keharaman tolong-mnolong dlm kemaksiatan. Kecualilah memang parti politik umat lslam itu telah menetapkan utk tidak melaksanakan syariat lslam sebagai matlamat/cita-cita pemerintahannya, sesuai dgn hasrat
parti politik kafir koalisinya itu. [Ali 'lmran:196, Al-Ma'idah:80, Al-Ma'idah:81]

4 lnilah antara dilemma besar yg dideritai oleh mana2 [bahkan SEMUA] parti politik umat lslam di negara ini akibat mendukung lalu terperangkap di dlm jebak ideologi Sekularisme, baik parti yg memakai label lslam atau tidak: berkoalisi dgn parti kafir, tapi masih mahu dilihat memlihara & memperjuangkan agamanya [lslam].

5 Tidak pernah boleh berlaku pemikiran politik lslam + selularisme + prgamatisme-oportunistik + demokrsai- liberalisme, [atau isme2 lain yg tiada sumbernya drp lslam] sebab kesalah-fahaman pemikiran politik yg serosak itu tidak pernah ada di dlm ajaran lslam.

6 Sudah sangat perlu bagi para pendukung parti politik lslam yg terkeliru seumpama ini menghalusi semula kenapa mereka membaca: '...wanusuuki wa mahyaaya wa mamaati lillahi Rabbi al-alamin. Laa syarikalahuu ..."

Wallahu a'lam.

Popular Posts