Apa?
- Perhimpunan seramai 15,000 orang anak muda Malaysia dari pelbagai latar belakang agama dan kaum serta turut disertai oleh pertubuhan-pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Bila?
- Sabtu, 12 Jun 2010, bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 530 petang
- Ketibaan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pada jam 3 petang
Siapa?
- Anjuran oleh Pemuda Barisan Nasional
- Amanat dan ucapan perasmian oleh Perdana Menteri
- Pelancaran bas Jelajah One Malaysia (JOM) oleh Perdana Menteri
- Peserta - terbukan untuk disertai semua anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar belakang kaum dan agama, pertubuhan belia dan NGO
Kenapa?
- Perhimpunan untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
- untuk bersama-sama menghayati keunikan rakyat Malaysia, menghargai kepelbagaian dan kerencamannya, menerima perbezaan yang ada dan bekerja sebagai satu pasukan rakyat Malaysia ke arah pencapaian matlamat yang sama (working towards common goals)
- menghayati, memahami, menterjemah, melaksana dan merealisasikan hasrat gagasan 1Malaysia
- menghayati amanat PM kepada golongan muda
- melancarkan gerak kerja turun padang Pemuda BN, iaitu JOM bagi menjelaskan gagasan 1Malaysia kepada rakyat, terutama golongan muda dan merealisasikannya melalui program2 bersama anak-anak muda yang bertemakan kebajikan dan kesukarelaan, kebudayaan dan keseniaan, serta sukan.
Bagaimana?
- sokongan tidak berbelah bagi 15,000 orang anak muda Malaysia terhadap PM dan gagasan 1Malaysia
- menghargai kepelbagaian dan keunikan seni budaya, tradisi dan aspirasi rakyat Malaysia melalui persembahan
- seni mempertahan diri
- nyanyian artis-artis yang terdiri daripada golongan muda
- lagu 1Malaysia oleh pelajar Lim Kok Wing
- ucapan Pengerusi Pemuda BN
- amanat PM kepada golongan muda
- Satu Hati, Satu Suara, Satu Pasukan, Satu Malaysia - membantah kekejaman Rejim Zionis yang menindas dan membunuh rakyat Palestin serta membunuh dengan kejam sukarelawan-sukarelawan yang ingin menghantar bantuan kepada rakyat Palestin
- KEMUNCAK - pelancaran Bas JOM yang akan membawa pemimpin-pemimpin Pemuda BN turun padang ke seluruh negara bagi melaksanakan pelbagai program bagi merealisasikan hasrat 1Malaysia
Jelajah One Malaysia (JOM)
- program turun padang Pemuda BN bagi menyampai mesej gagasan 1Malaysia dan merealisasikan gagasan ini melalui pelbagai program dengan anak-anak muda di seluruh negara
- turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat dan memahami aspirasi mereka, terutamanya golongan muda
- menterjemahkan hasrat gagasan 1Malaysia melalui program-program yang bertemakan
- kebajikan dan kesukarelaan
- kesenian dan kebudayaan
- sukan
Q&A
1. Kenapa Rally 1Malaysia?
- Perhimpunan untuk mengumpul dan menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
- Untuk bersama-sama menghayati keunikan rakyat Malaysia, menghargai kepelbagaian dan kerencamannya, menerima perbezaan yang ada dan bekerja sebagai satu pasukan rakyat Malaysia ke arah pencapaian matlamat yang sama (working towards common goals)
- menghayati, memahami, menterjemah, melaksana dan merealisasikan hasrat gagasan 1Malaysia
- Dengan kehadiran PM, ini adalah peluang bagi anak muda seramai 15,000 orang ini mendengar secara terus (right from the horse's mouth) dan secara langsung amanat PM kepada mereka; dan tentulah ini akan membantu meningkatkan kefahaman dan motivasi mereka bagi merealisasikannya
2. Kenapa baru sekarang ia dilaksanakan?
- Kenapa sekarang? - ia tepat pada masanya kerana gagasan 1Malaysia telah mula mengambil bentuk; ia bukan saja telah diterjemahkan melalui Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), NKRA dan mKPI, malah melalui Model Baru Ekonomi, NKEA dan RMK10 yang menjadi panduan bagi menggerakkan semua rakyat Malaysia ke arah mencapai hasrat Wawasan 2020
- Kenapa sekarang? - bagi membolehkan anak-anak muda memahami dan menghadam gagasan ini, menterjemahkan melalui kefahaman mereka seterusnya merelisasikan melalui tindakan-tindakan bersama
- Kenapa sekarang? - dengan kefahaman yang ada ini, tidak ada dolak dalik lagi, tidak ada soal keliru atau dikelirukan; tanggungjawab pemimpin muda dalam BN adalah untuk memastikan ia diterangkan kepada masyarakat dan merelisasikannya melalui pelbagai program; manakala tanggungjawab kita semua sebagai rakyat Malaysia adalah untuk memastikan ia dilaksanakan dengan sebaik mungkin
3. Menunjukkan sokongan dan memahaminya adalah perkara yang berbeza. Sehingga kini bagaimana Pemuda UMNO dan Pemuda parti-parti komponen memahaminya?
- Pertamanya, gagasan 1Malaysia tidak berdiri secara sendirian, sebaliknya ia datang bersama-sama dengan hasrat untuk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
- Kedua, ia dibentuk bersandarkan dasar-dasar sebelum ini dan Perlembagaan Pesekutuan dan ia perlu dilihat bersama perancangan kerajaan yang lain termasuk GTP, Model Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan hasrat Wawasan 2020
- Ketiga, ia adalah tentang mengetepikan perbezaan dan bekerja ke arah mencapai matlamat bersama. Apapun tindakan kita, ia perlulah berasaskan kepada kesatuan tindakan bagi mencapai common goals; dan common goals ini perlulah menitik beratkan pencapaian dan mesti sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat
- Misalnya PM pernah menyebut, jika ada seseorang ditimpa kemalangan, adakah kita perlu bertanya tentang kaum apa atau agamanya sebelum membantunya? Begitu juga dalam GTP, melalui NKRA menurunkan kadar jenayah contohnya, usaha mengurangkan jenayah perlu dilakukan tanpa mengira kaum atau agama, sebaliknya rakyat Malaysia keseluruhannya.
4. Bagaimana pula dengan soal melaksanakannya?
- asas paling penting adalah bekerja ke arah mencapai common goals itu tadi
- disebabkan itu Rally 1Malaysia bukan hanya tentang menghimpunkan sokongan tetapi merupakan permulaan kepada gerak kerja yang lebih besar lagi, iaitu turun padang mendekati golongan muda, bukan sahaja untuk memahami aspirasi mereka, tetapi bersama-sama melaksanakan pelbagai program yang diyakini dapat merealisasikan hasrat gagasan 1Malaysia
- Kita telah memulakan BN Youth Lab bagi memahami aspirasi golongan muda dan mendapatkan pandangan mereka tentang bidang-bidang keberhasilan utama yang mempunyai impak langsung terhadap golongan yang amat penting untuk negara kita, iaitu generasi muda
- Terdapat sejumlah bidang yang boleh menyatukan kita, menjadikan kita bersatu hati, bersatu suara, menjadikan kita satu pasukan, 1Malaysia - misalnya dalam sukan. Ini terbukti dalam semua sukan, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama atlet terbabit
- Bidang kesukarelaan juga menemukan persamaan kita - disebabkan itu dalam JOM, memberi khidmat membaiki rumah pihak yg memerlukan boleh menarik kesatuan tindakan
- Perkara yg sama dapat kita lihat dalam soal protes dan kecaman terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dan kezaliman mereka membunuh para sukarelawan yang ingin membantu Palestin.
5. Apakah program yang menarik dalam Rally 1Malaysia?
- bagi saya, tentulah yg paling menarik dan saya nantikan adalah amanat PM kepada golongan muda. Amanat PM mampu menghapuskan kekeliruan yang sengaja dibuat-buat oleh pihak-pihak yang tidak mahu gagasan ini berjaya
- program akan bermula sejak pukul 12 tengah hari lagi; bagi anak-anak muda, penyertaan ikon-ikon golongan muda untuk bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap gagasan 1malaysia ilham PM ini akan menambah daya tarikan program ini. Persembahan daripada artis yang mewakili golongan muda seperti Sasi the Don, Suki dan Meet Uncle Hussain bertepatan dengan cita rasa dan selera anak-anak muda
- turut terlibat adalah Aizat yang akan menyanyikan lagu terbaru beliau yang mempunyai kaitan dengan aspirasi 1Malaysia dalam penentangan terhadap kekejaman Israel.
6. Apakah harapan Pemuda BN melalui Rally 1Malaysia dan JOM?
- Agar anak-anak muda Malaysia mengambil kesempatan rally ini untuk menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kezaliman Israel
- Juga ambil kesempatan melalui rally dan JOM bagi bersama-sama terlibat dalam program-program yang dianjurkan agar kita dapat bersama-sama merealisasikan hasrat gagasan 1Malaysia
- Sama-samalah kita ketepikan perbezaan dan bekerja keras untuk mencapai matlamat bersama - JOM, lakukan bersama-sama; JOM Satu Hati, Satu Suara, Satu Pasukan, 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment