Wednesday, May 26, 2010

Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor


Segalanya bermula pada pagi 24hb Mei 2010 apabila Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, ADUN Seri Setia dan Exco Anak Muda Keliru (AMK) Nik Nazmi memanjangkan tweet musang berjanggut yang bertanya sama ada pelacuran juga akan di`halal'kan di negara ini. Akhirnya terbukti bahawa Exco AMK adalah anak muda yang keliru, penakut dan gagal memberi jawapan yang tegas mengenai pendirian kerajaan PR Selangor meneruskan pembukaan premis maksiat di negeri tersebut.

Berikut adalah pertanyaan saya mengenai isu ini yang gagal dijawab oleh Exco Anak Muda Keliru (AMK).

tunfaisal: sgor (Selangor) ada plan nak jdkan pelacuran halal ke? RT @niknazmi: RT @asamadsaid: Kini, judi tampaknya boleh "halal" berjangka. Apakah pelacuran

niknazmi: @tunfaisal tiada nak halalkan pelacuran tak spt BN halalkan judi sukan


Masih ingat kejadian ini? (klik)

tunfaisal: dasar, peruntukan undang2 dan pendidikan negara x pernah halalkan judi utk org Islam RT @niknazmi

tunfaisal: tp x da dasar, peruntukan undang2 dan pendidikan negara yg haramkan judi utk nonMuslim RT @niknazmi

niknazmi: @tunfaisal tiada pertambahan lesen judi / arak di Selangor. Yang ada pemberian lesen dari Kerajaan Pusat

tunfaisal: sgor boleh batalkan/x renew lesen premis judi & arak klu nak, kenapa x buat? RT @niknazmi

tunfaisal: Do u thk selangor shd hv judi n arak premises all over d state? (adakah anda fikir Selangor sewajarnya mempunyai premis judi dan (penjualan) arak di merata tempat di dalam negeri?) :) RT @niknazmi: @tunfaisal tiada pertambahan (cont) http://tl.gd/1evbuq

niknazmi: @tunfaisal we managed to get voluntary regulation of alcohol in Shah Alam, which did not and has not happened in any BN states

tunfaisal: Thts not the q la bro :) do u thk the judi, arak, spa, massage premises shd b all over d state? :) (Itu bukan soalannya saudara. Adakah anda fikir premis judi, (penjualan) arak, spa, urut sewajarnya ada di merata tempat di dalam negeri?) @niknazmi: (cont) http://tl.gd/1f0kks

Seperti Lim Kit Siang yang gagal menjawab soalan saya tentang bukti bila dan di mana, pertama, Ketua Polis Negara dan kedua, Ketua Polis Selangor mengatakan dengan jelas bahawa Aminulrasyid dan Azamuddin adalah penjenayah (klik), Nik Nazmi juga kecut dan takut hendak memberi sebarang jawapan.

Ini merupakan kegagalan kedua Nik Nazmi selepas kegagalan menjelaskan kekeliruan beliau tentang assabiah dan isu Malaysian first (klik).

Hipokrasi PAS memang telah diketahui dalam isu ini kerana mereka memang hanya alat yang menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor dan hamPas di Pulau Pinang. Malah diketahui bahawa PAS tidak berani sama sekali menghalang pertambahan premis-premis arak, judi dan maksiat di Selangor dan Pulau Pinang. Apa lagi untuk mendesak dan berdemonstrasi bagi memastikan lesen perniagaan premis-premis ini tidak diperbaharui dan dikeluarkan (klik).

Di Kelantan, Nik Aziz menghalalkan cukai hasil kegiatan ekonomi dari premis penjualan arak dan lesen anjing. Di Terengganu, semasa Pas memerintah, Hadi Awang memperkenalkan istilah `kharaj' untuk cukai bukan Islam.



Dalam mazhab Syiah, ada diperbincangkan tentang cukai hasil dari sumber maksiat dan bagaimana ia perlu dikendalikan. Saya tidak pasti bagaimanakah pendekatan yang digunakan oleh khalifah-khalifah Islam dalam hal seperti ini.

Mungkin ada yang ingin berkongsi pandangan.....

2 comments:

tamingsari said...

PAS hari ini bermaksud Parti Agama Semalaysia. Pas Baru telah membuka pintu keahlian kepada rakyat bukan melayu dan bukan islam. Hari ini kafir harbi dan penyembah berhala sudah bertapak didalam Pas.

Dengan demikian,dasar,fahaman dan hala tuju perjuangan Pas turut berubah bagi memuatkan prinsip 'satu parti banyak agama'. Perlembagaan Pas juga wajar dipinda untuk meyakinkan saudara baru bahawa Pas tidak seislam seperti dahulu.

Dengan demikian,kegagalan Nik Nazmi memberi jawaban yg islamik
tidak bersesuaian dengan perkembangan terbaru ini. Pas merasakan dirinya telah kuat dan agama boleh menjadi laibiliti sekiranya Pas maseh bercakap tentang islam.

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Adakah Ahlak anda Hebat?

Popular Posts