Wednesday, April 21, 2010

Taste of own medicine? - hal Zaid, bukti sikap hipokrit PR


Poster yang disebarkan bagi memfitnah dan menyerang peribadi Pak Lah

Hari ini, Pakatan Pembangkang (PR) merasa terhimpit kerana mereka tidak lagi bebas untuk menipu dan berbohong seperti dahulu. Taktik-taktik kotor yang pernah mereka gunakan untuk menyerang peribadi pemimpin Barisan Nasional (BN) melalui internet hari ini telah digunakan kembali terhadap mereka.

Tiba-tiba sahaja, pembangkang mengutuk serangan peribadi. Sedangkan sebelum ini, mereka merupakan pelopor serangan peribadi yang mengotorkan politik dalam negara ini. Siapa tidak ingat apabila pemimpin Pas, Mat Sabu menyerang Anwar Ibrahim secara peribadi dengan menggelarnya al-Juburi. Masih ramai yang belum lupa serangan peribadi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui pelbagai penipuan dan gelaran seperti MahaFiraun dan sebagainya.

Ramai yang tidak lupa dengan serangan peribadi terhadap calon Permatang Pasir, Rohaizat Othman sehingga menggugat rumah tangganya. Begitu juga dengan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang bertali arus sehingga sekarang (klik).

Paling saya tidak lupa gambar-gambar Tun Abdullah Badawi yang disebarkan, kononnya gambar beliau memeluk Michelle Yeoh dan minum arak (klik).

Tiba-tiba saja, apabila menyedari calonnya mempunyai banyak masalah, PR bersikap double standard dan menyerang para blogger yang mempersoalkan kewajaran Zaid Ibrahim untuk dipilih sebagai wakil rakyat. Tiba-tiba saja mereka lupa tentang kebebasan bersuara dan kebebasan untuk menyampaikan maklumat yang diperjuangkan selama ini.

Antara yang hendak dikongsikan oleh para blogger adalah;

  1. Zaid adalah seorang peminum arak. Biarpun ada yang mempersoalkan sama ada gambar itu superimposed atau tidak, tidak ada mana-mana pihak yang berani menafikan bahawa Zaid bukan seorang peminum arak. Sila lihat di sini untuk gambar Zaid dalam satu majlis (klik) dan artikel dari Jocelyn Tan (klik).
  2. Zaid adalah seorang penjudi kuda (klik).
  3. Pegangan agama Zaid adalah tipis sehingga mencadangkan loteri untuk sukan (klik) sehingga menyebabkan Pas memusuhinya
  4. Pandangan Zaid tentang murtad tidak selari dengan pandangan ulama (klik)
  5. Zaid menolak hudud (klik)

Salahkah pengundi diberi maklumat yang tepat mengenai Zaid? Sedangkan dalam kes Tun Dr Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah maklumat yang salah dan fitnah yang disebarkan untuk menyerang peribadi mereka.

Memberi maklumat yang tepat nampaknya salah bagi PR, tetapi apabila mereka menyerang peribadi pemimpin kerajaan, jika ia fitnah pun, tidak menjadi kesalahan. Ini cerminan sikap hipokrit dan
double standard PR - Penipu Rakyat!

Bagaimana pula tuduhan Mustafa Ali bahawa
"Semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol." Adakah ajaran Islam, untuk meyerang peribadi orang yang telah meninggal dunia, sedangkan mereka tidak boleh mempertahankan diri mereka? Tiada yang lebih menjijikkan selain dari perbuatan pemimpin parti yang kononnya Islam ini.

4 comments:

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yg melayari blog ini,

1 Mustahil seorang Muslim 'akil
& baligh tidak pernah tahu arak itu najis & haram. Tapi jika nekad & sengaja mahu meneguknya juga, itulah malangnya - mnjadi hantu di sepanjang usianya kerana akan ada saja orang2 yg besedia mengungkit2kesalahannya, seklipun kalau dia sudah bertaubat nasuha. Malang bagi calon ini. Tapi, sama malang juga bagi yg membuka keaiban sesama Muslim, kerana Allah pun tidak akan menutupi keaiban si pengungkit di Padang Mahsyar kelak. Tapi, kerana ada pilihan raya yg hendak memenangkan calon yg disokong, membujur lalu, melintang patah.

2 Malangnya, tidak adil kepada umat Muslim - majoriti pengundi di H. Selangor - kerana tidak diterangkan sesuatu yg juga ada perkaitan rapat dengan akidah lslam mereka - bahkan suatu KEHARAMAN yg teramat BESAR, yg dosanya TIDAK Allah ampunkan - iaitu: bahawa berhala lebih besar dosa kesyirikannya daripada arak, sehingga Allah amat melarang [mengharamkan] si penyembah berhala diangkat menjadi pemimpin bagi umat Muslim [al-Quran, Srh Ali lmran, ayat 28]. Bukannya diperjelaskan kepada umat Muslim agar larangan itu dihindari, justeru sebaliknya umat dibimbing untuk dijerumuskan ke arah keharaman tersebut.

3 lnilah natijah, apabila lslam tidak menjadi tuntunan berfikir, orang Mukmin sendiri jadi kelabu mana yg kerja dakwah, yg mana pula dakyah.

Wallahu a'lam.

Unknown said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

Unknown said...

Salam Tun,
1.Ana pernah bersama anta di janda baik dulu....

2.Ana setuju dgn Abu Faiq...buka aim seseorang sangat dimurkai ILAHI..100%..tapi realiti politik terkini ialah 'ANDA MEMBUNUH atau DIBUNUH'...

3.Jangan salahkan UMNO dan BN...mahazalim,mahafiraun.gambar super impose PM atas kapal yg diakaui oleh penciptanya, kisah rohaizat di permatang pasir..ada seorang barua besar tu sanggup ke pahang-cari isteri muda rohaizat dan banyak lagi kerja2 amal jariah PAS utk kemusnahan UMMAH....

4.Kisah Zaid yg begitu mudah taubatnya....harap taubat nasuhala..sedangkan saiful bersumpah laknat 7 keturunan menjunjung Al Quran, PM bersumpah dlm masjid dianggap remah dan dipermainkan...macam tu ka cara ISLAM...

5.Kisah saiful dan Dr Halili didakap bapa masing-masing dengan linangan air mata bila 'lari' dari anwar sebenarnya menceritakan segala-gala..kalau kita seorang BAPA..kita akan memahami....

6.Banyak bezanya antara jihad ISLAM dgn Jihad PAS, istiqamah ISLAM dgn Istiqamah PAS......

7.Ana bersyukur sebagai orang ISLAM dan ahli UMNO.....

adibeta,
layarbiru15@gmail.com,
kubang kerian,kelantan

suhaimi7figures said...

Natijahnya, sama2 kita tolak Pas yang telah bersetongkol dengan Parti DAP Komunis Halus nih. Ana sampai mati punx akan pangkah untuk Pas selagi ia bersetongkol dengan Part Dap ala2 Komunis Kamintang/ zionis ini.

Sedarlah, tanggungjawab anda untuk mengelak dari memilih pemimpin yang ada hubungkait dengan parti Dap Gengster ni..OO baru saya teringat, pemimpin Pas kata berkawan dgn Syaitan pun boleh, jika die ikhlas..X gitu bang?

Wassalam
WABKI
(Warisan Anak Bangsa Ketuanan Islam)

Popular Posts