Friday, April 16, 2010

Kenapa Pembangkang takut dan serang APCO?

Benarkah hari ini kredibiliti Anwar dipersoalkan oleh komuniti
antarabangsa hasil penjelasan dari APCO?

Apa yang perlu rakyat Malaysia ketahui tentang APCO sebenarnya? Rakyat Malaysia mungkin berasa pelik, kenapa dengan tiba-tiba saja Anwar Ibrahim membangkitkan tentang APCO dan mendesak agar kontrak perkhidmatan APCO ditamatkan segera. Premisnya - Anwar mendakwa bahawa ada penglibatan dengan Yahudi dan Israel. Benarkah?

Bukankah ramai rakyat Malaysia tahu SELAMA INI yang lebih rapat dan akrab dengan pemimpin Amerika Syarikat yang disokong Israel dan yang terlibat dengan penindasan Palestin, perang di Afghanistan dan Iraq, tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar sendiri. Kenapa tiba-tiba Anwar bersikap double standard pula hari ini? (klik untuk baca kenyataan bekas rakan baik Anwar, Chandra Muzaffar tentang Anwar).

Apa yang rakyat Malaysia tidak tahu, selama ini begitu banyak penipuan dan fitnah dibuat terhadap kerajaan Malaysia di luar negara dan ini menyebabkan sesetengah negara ini memandang serong terhadap Malaysia. Sumber penipuan ini tidak lain dan tidak bukan adalah daripada pembangkang, NGO pro pembangkang dan media pro-pembangkang.

Dekad ini adalah dekad PR (Perhubungan Awam). Peperangan dan sekatan ekonomi terhadap Iraq adalah akibat PR dan lobi berterusan pihak tertentu. Siapa yang mempunyai pendedahan tentang bagaimana lobi dilakukan di kalangan wakil komuniti antarabangsa di badan-badan dunia mungkin akan faham betapa hebat dan mungkin juga kotor PR dan usaha melobi ini. Disebabkan ini, mahu tidak mahu, di peringkat antarabangsa perlu ada tindakan untuk melaksanakan usaha PR dan lobi untuk memastikan fitnah, penipuan dan usaha memburuk-burukan negara tidak dilakukan secara berterusan. Pada waktu yang sama pembinaan imej yang baik tentang negara perlu dibuat dengan agresif kerana usaha merosakkannya telah dilakukan secara berterusan selama sekian lama - dan itulah harga yang perlu dibayar oleh kita semua akibat perbuatan honar pihak yang tidak bertanggung jawab.

BarkingMagpie telah menulis dengan panjang lebar tentang semua perkara yangperlu rakyat Malaysia ketahui tentang APCO. Katanya;

"Here is everything you want to know about APCO but you are either afraid to ask or you would rather believe the lies spread by Opposition leader Brother Anwar Bin Ibrahim. Here is one of the stark naked facts to show that he was indeed lying through his teeth. On Tuesday of last week when challenged to identify a link between APCO, 1Malaysia and 1Israel, he failed to answer, why because such links do not exist. Let us begin with some facts, and the government is assured that:

- APCO does not work for the government of Israel;

- APCO had nothing to do with One Israel;

- APCO was not responsible for 1Malaysia;

- APCO is not part of any country's security services;

- APCO does not work for dictators;

- The security company in which APCO has an investment is not involved, and has never been involved, in Malaysia.

First and foremost, APCO is a communications company – nothing more and nothing less – the only information or facts to which they have access are those the Government wants to make public. Apco works with multiple ministers of the government.

Anyone who knows this government knows it will never compromise our national interest or our national security. There is no hanky panky about hiring APCO to help the government. The information disclosed about APCO's work globally is publicly available and can be found on the Internet. Far from being secret or sinister, the details of APCO’s work are on the internet for the entire world to see.

APCO helps the government communicate with the people of Malaysia more effectively so that the people understand how the reforms we are making will benefit them – from the New Economic Model to the 10th Malaysia Plan; how together these reforms will help to deliver a better life for themselves, their families and their country.

Consistency and clarity in the government’s communication activities – from community messages to major policy initiatives and crisis response – is not something that happens overnight. And the systems providing this clarity will belong to the people of Malaysia through the civil service and not any one government.

Baca artikel penuh di:

Pada waktu yang sama, penjelasan panjang lebar tentang kenapa Anwar takutkan APCO ada dibuat oleh Malaysia-Instinct.com. Dijelaskan di sini;

"Oppositions supporters cheered when they heard the disclosure of Anwar Ibrahim that Datuk Seri Najib Tun Razak use Jews expertise to raise his image in the eyes of the people and to the world.

What makes them so proud is Anwar came forward with a variety of evidences including a letter of agreement between APCO and the government of Malaysia and the alleged agreement between APCO Worldwide and the Government of Israel.

Still a mystery though on how did Anwar grab copies of aggrement signed between a global company with the government of Israel?

Even Harakah, in its latest edition, played a story entitled 'Israel in the Prime Minister's office' on it front page based simply on Anwar's statement.

Many were shocked with Harakah exposure. Even I felt the same initially.

But after chatting with some old friends, including a former spy who had communicating experiences with Israel's agent in Singapore and Jakarta in the 70's and 80's, finally I came to understand the real picture behind the story.

For me personally, it was a surprise as the former spy was still interested in following the development of this rumor especially involving the APCO.

`` You know who told Anwar to blow the stories about APCO?''

`` No '' ..... I answered him.

`` This is Aasil Kazi Ahmad's work," said the former officer.

Everybody knows who this chap Aasil Kazi is.

He is Anwar's strategic media advisor. An American-Pakistani which plays important roles to potray Anwar as a fighter of democracy, human rights and establish good relationship between Islam and the west through dialogues.

What is interesting about this Aasil is his good media networking which entitled him to obtain a special treatment from the West and the international media, especially one that is owned by Rupert Murdoch, a Jews who has monopoly of the world's major media organizations.

Sila baca artikel penuh di sini:

6 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, mengapa ? mereka takut segala tembelang Anwar dan sekutu-sekutunya terbongkar bahawa selama ini mereka adalah barua yahudi-israel untuk menguasai Malaysia....

Unknown said...

Bro, Tun Mahadir pun marah Malaysia bayar kt APCO...nak pertahan apa lg??? semua org tau APCO mmg ditadbir oleh YAHUDI!!!!!!! bodoh punya org UMNO.Nak pertahankan lg Yahudi sampai sanggup bersongkokoldgn Amerika nak kena sekatan terhadap IRAN..negara Islam..mmg UMNO tali barut Yahudi..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

yg penting, AI dan pembangkang marah sbb tembelangnya terbongkar :) tak boleh menipu org selama2nya :)

ISAC said...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

Penyelia e-Direktori said...

Terimakasih atas maklumat di atas. Walau kesahihannya dipertikaikan tetapi logiknya masih ada dan perlu dipertimbangkan.

Blog sdra telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia di dalam kategori Bloggers T. Sdra dijemput menggunakan logo e-Direktori di blog sdra sekiranya sudi.

Bersama kita berkongsi maklumat untuk menambah ilmu pengetahuan dan berlatih membuat pertimbangan yang wajar. InsyaAllah.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,

1 Semua hiruk-pikuk tentang APCO ini bukti kepekaan umat Muslim kalau2 ada musuh masuk ke dalam selimut; merosakkan lslam & umatnya dari dalam. Apatah lagi kalau ada yg berbau2 Yahudi & lsrael - APCO, misalnya.

2 Namun, musuh sebenar-benar musuh bagi lslam & umat Muslim bukan APCO, tetapi adalah kafir Barat; diikuti oleh agen2 mereka berupa individu atau jemaah drp kalangan umat lslam sendiri.

3 Bagi Barat kafir, lslam yg dianut sebagai agama ritual, bukan masalah. Biarkan umat lslam bebas dgn majid besar2 & cantik2, haji, nikah-kahwin ikut adat & hukum agama mereka, belajar tajwid, tauhid, fiqih ke tingkat paling tinggi, atau hafaz al-Quran. Semua itu bukan masalah bgi Barat kafir.

4 Yg menjadi masalah - bahkan kekhuatiran besar - bagi Barat ialah apabila lslam masuk ke dalam lapangan kehidupan, yakni apabila lslam kembali kepada asalnya - sebagai agama dan sekaligus sbagai ideologi - IDEOLOGI ISLAM atau ISLAM IDEOLOGIS - yang mengatur seluruh aspek kehidupan di atas landasan syara' [sistem syariah].

5 lstilah itulah - IDEOLOGI ISLAM atau ISLAM IDEOLOGIS - yg Barat sangat2 usahakan agar JANGAN sampai dimengerti oleh umat Muslim & MESTI dijauhkan sejahu2nya dari pemikiran umat Muslim. Sebagai ganti dimasukkan pemikiran2 & jiwa peradaban [hadharah] Barat spt Demokrasi, Kapitalisme, liberalisme, Hak Asasi Manusia, pasaran bebas [Kapitalisme], PBB [dgn segala institusinya], dsb yg menjadi senjata paling ampuh bagi Barat mendominasi dunia, khasnya Dunia lslam. Kenapa Dunia lslam?

6 Sebab, Barat sangat tahu, jika ideologi lslam berjaya dihidupkan kembali, pasti bergema seruan2 kpd ukhuwah lslamiyyah, kesatuan Negara & kepimpinan lslam [Khilafah & Khalifah], jihad, lslamisasi dsb, yg semnauanya itu akan membangunkan kekuatan lslam sebagaimana ketika lslam menguasai dunia dgn penuh kerahmatan pada masa lalu dlm tempoh yg panjang. Barat sangat tahu jika seruan2 ini didakwahkan kpd umat Muslim, dan berjaya direalisasikan, tiada kekuasan & kekuatan yg dapat mengalahkannya. Dan, Yahudi lebih tahu lagi, jika lslam kembali kuat lalu bebas drp dominasi Barat [& AS], Yahudi & lsrael pasti mati tanpa tempat pergantungan.

7 lnilah usaha berterusan oleh Barat [dgn otak Yahudi di belakangnya], yg sehingga kini telah dan sedang berjaya memerangkap umat Muslim, khususnya para pemimpin mereka, yg secara sedar atau tidak menjadi agen bagi Barat mengukuhkan domonasi mereka.

Maka, bukan apa-apa pun bagi Barat percakaran atas isu APCO ini selagi umat Muslim masih mendukung ideologi mereka.

Wallahu a'lam.

Popular Posts