Thursday, April 22, 2010

Kepimpinan Anwar Lemah - Hari ini akan ada yang keluar PKR lagi?


Malam tadi ada sekumpulan 30 orang meninggalkan PKR di Ulu Yam. Besok, khabar angin yang bertiup kencang menyebut, ada sekumpulan lagi yang akan meninggalkan PKR. Kenapa agaknya ya?

Saya pernah menyatakan tahun lepas, berdasarkan perbualan saya dengan beberapa kelompok pertama yang meninggalkan PKR, dinyatakan bahawa punca utama sejumlah penyokong PKR ini meninggalkan parti tersebut adalah kerana:
  1. Pertama mereka hilang keyakinan kepimpinan parti yang terdiri dari mereka yang bermasalah (klik).
  2. Kedua mereka hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim.
  3. Ketiga, mereka melihat tiada hala tuju yang jelas dalam PKR mengenai kedudukan Islam dan agenda Melayu.
  4. Keempat, Kepemimpinan Angkatan Muda Keadilan tiada karisma dan personaliti menarik yang mampu menarik minat golongan muda.
Kepimpinan Anwar Ibrahim amat lemah. PKR sudah jadi parti `Pakat Keluar Ramai-ramai' dan AMK hanyalah sekumpulan Anak Muda Keliru yang menunggu masa sahaja untuk sedar akan perbezaan di antara perjuangan individu dan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air, serta mendalami makna sebenar dan jati diri Islam dan Melayu.

Jebat Must Die dalam blognya, telah menyenaraikan 37 orang yang rapat dan terawal menubuhkan parti Keadilan yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim. Ini adalah antara nama-nama individu yang merupakan teman rapat dan hulubalang Anwar Ibrahim. Bukan calang-calang orang;

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)


No comments:

Popular Posts