Monday, April 5, 2010

Penipuan pembangkang tentang One Israel


Sekumpulan anak-anak muda telah membuat sedikit penyelidikan mengenai One Israel. mereka adalah anak-anak muda yang tidak mahu membuta tuli mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim dan pembangkang yang mengaitkan One Israel dan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Syabas saya ucapkan, jika begini sikap mereka, mereka tidak akan menjadi seperti anak-anak muda yang menyokong pembangkang, yang diibaratkan oleh kumpulan Reformasi 1998 sebagai mudah ditipu dan dimanipulasikan, termasuk mempercayai tentang `dongeng mereka' mengenai keracunan arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk macam teruk sangat dah, lari ke kedutaan Turki sebab nyawa terancam dan sebagainya.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai One Israel seperti yang dikongsikan mereka. Sila petik dan gunakan untuk memerangi kepalsuan pembangkang.

Dari segi definisi 1Malaysia ialah gagasan yang diilhamkan PM untuk membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum manakala "One Israel" adalah pembentukan gabungan di antara beberapa parti politik di Israel dalam pilihanraya Israel pada tahun 1999 di mana Parti Buruh, Gesher dan Meimad telah bergabung di bawah platform “One Israel” ianya juga boleh ditakrifkan sebagai sebuah “Parti Politik”. Ini berdasarkan juga kpd kenyataan Barak yang pernah memaklumkan hasratnya kepada pemimpin Parti Buruh bahawa beliau mahu menubuhkan sebuah Parti Baru di bawah nama “One Israel” dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya Israel pada tahun 1999.

Sila klik link di bawah:

http://www.knesset.gov.il/faction/eng/FactionHistoryAll_eng.asp

http://chareidi.shemayisrael.com/archives5760/mishpatim/anpos.htm

Kalau dilihat pada sejarah, “One Israel” bukanlah datang daripada Ehud Barak, berdasarkan kepada kronologi sejarah politik Israel “One Israel” adalah merupakan sebuah parti politik yang dibentuk oleh Yitzhak Yitzhaky pada 11 Nov 1980 di mana dan dalam tahun yang sama juga parti “One Israel” yang dibentuk oleh Yitzhak telah dibubarkan.

Sila klik link di bawah:

http://www.search.com/reference/One_Israel_(1980)

Malah jika dilihat kebelakang lagi perkataan “One Israel” ini sebenarnya datang daripada Simon Rawidowicz iaitu seorang ahli sejarah terkemuka Israel (1896 – 1957). Beliau telah menulis berkenaan dengan “One Israel” dalam sebuah bukunya yang bertajuk “Israel, the ever dying people and other essays”.

http://books.google.com.my/books?id=3dHjWbgFiH8C&dq=creation+of+%22One+Israel%22+slogan&q=%22one+israel%22#v=snippet&q=%22one%20israel%22&f=false

Few links about SIMON RAWIDOWICZ

http://www.upne.com/0-87451-846-6.html

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.brillonline.nl%2Fpublic%2Fjudaism-philosophy.html&h=1331083a35cdc26337db5e0795ba0b82

http://themagneszionist.blogspot.com/2009/06/david-n-myers-between-jew-arab-lost.html

“One Israel” tidak mempunyai sebarang persamaan dengan 1Malaysia dari segi definisinya dan perlakuannya kita boleh ikuti sendiri Kempen pilihanraya Ehud Barak pada tahun 1999 yang menggunakan platform “One Israel” – “Barak Plan For A Better Israel”.

http://www.knesset.gov.il/elections/knesset15/eoneisrael_m.htm

Tuduhan pihak pembangkang kononnya 1Malaysia meniru “One Israel” adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Malah mereka tidak mempunyai sebarang fakta pun dalam mengaitkan 1Malaysia dengan “One Israel” jika tidak pun mengetahui asal-usul sebenarnya perkataan “One Israel”

3 comments:

En. Sopan said...

alhamdullillah, nasib baik ramai lagi orang kat Malaysia yang actually care to do research over an issue dished out by Golongan Jahat Pembangkang.

Mohd Sufian said...

konsep penubuhan pakatan pembangkang sebijik mcm style One Israel.

AirielKayz said...

Apa yang dipersoalkan sangat tentang 1Malaysia? One Israel?
Pokoknya, memang dah lama kita rakyat Malaysia satu hati. Sepakat. Cuma di bawah pimpinan D.S Najib, diterjemahkan melalui agenda. Pembangkang sibuk menyuarakan modal ni sebab dah takde modal lain.
Kalau pun benar sama dengan OneIsrael, pokoknya perlaksanaan. Malaysia ada acuannya sendiri. Yang penting, 1Malaysia yang dilaungkan tidak melanggar apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan.
Hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan tidak dicabuli. Itu yang penting.
Pembangkang, so pathetic....Cuba lagi lain kali.
Kpd Kerajaan dan D.S Najib khususnya, jangan la ambil kira sangat "bobrak" pembangkang ni. Tak jadi apa pun nanti kalau diikutkan. Selagi 1Malaysia tidak mencabuli Perlembagaan, aku tetap sokong.

Popular Posts