Berikut adalah satu lagi penjelasan tentang 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kali ini oleh Perdana Menteri sendiri dan melalui wawancaranya dengan Bernama.
Baca untuk mengetahui pembohongan dan fitnah pembangkang!
1. Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.
"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.
"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
2. Najib juga berkata idea gagasan 1Malaysia itu adalah cetusan percambahan fikiran beliau bersama beberapa kumpulan pemikir yang bertujuan mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.
"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.
"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming, percambahan fikiran, timbullah idea gagasan 1Malaysia ini," katanya.
baca seterusnya di http://novandri.blogspot.com/2010/04/isu-apco-jawapan-perdana-menteri.html
6 comments:
Bagaimana Gagasan 1Malaysia disebut Malaysia 1.
Kan iru lebih bermakna!!!
Tak faham dengan sikap mereka-mereka yang mahu mencabul pelembagaan negara.
Polisi bersama PR hanya satu penipuan dan janji kosong - boleh baca di sini utk fahami kenapa - http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/konvensyen-pr-antara-penipu-penakut-dan.html
Kalo dah dgn ejen Yahudi pun sanggup bagi kontrak apa kan pulak slogan Yahudi...semua ni auta UMNO...rakyat bukan bodoh...bukti dah jelas..apa lg yg nak menipu rakyat....
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini,
1 Semestinya DS Najib bertindak membuat penjelasn apbla ada cakap2mempropagandakan 1Malaysia berkait dengan APCO; semantara APCO milik Yahudi, dan 1Malaysia dikatakan menciplak One Israel.
2 Hebat bukan perkataan 'Yahudi' ini..!? Tak perlu pun secara wujud dia hadir di depan mata, cukup hanya dengan lafaznya -'Yahudi' - Melayu dari ceruk2 kampung, sampai ke kalangan para intelektualnya, di medan politik penuh kecoh-perbalahan-kebencian-perpecahan Melayu/Muslim, di Bukit Aman, masuk pejabat PM di Putrajaya, & yg mutakhir ke istana; habis haru-
biru dibuatnya; satu pihak mengutuk sesiapa saja yg terkait dgn Yahudi; di pihak lain menepis bermati-matian drp dikaitkan dgn Yahudi.
3 Taboo benar2 makhluk Yahudi ini bagi Melayu/Muslim. Baguslah..
Memang itupun yg Allah ajarkan, agar; bunuh saja Yahudi [yg muhariban fi'lan] walau di mana saja ditemui.
Demikian dahsyatnya kutukan Allah ke atas Yahudi dek hina & buruknya jiwa serta perangai kaum pembunuh para Rasul Allah ini. Taboonya sehingga tidak rela mana2 orang lslam dikaitkan dengan Yahudi, sebagaimana taboonya babi bagi mereka.
4 Tapi, itu bagi yg yakin akan peringatan Allah tentang Yahudi dgn sebenar2 yakin & tlah mendarah-dagingkan keyakinan itu sehingga mnjadi asas pmbinaan sakhsiyyahnya sebagai Muslim yg 'sami'na wa aththo'na' - aku dengar [faham], maka aku mentaati.
5 Trlepas drp dia UMNO, PAS atau
PKR, bagi yg mngambil lslam umpama baju - boleh saja dikenakan atau ditanggalkan bila2 suka - Yahudi baginya bukan apa2. Jadi kawan boleh. Jadi penasihat apatah lagi, krna meyakini konon otak Yahudi the best. Jerat Yahudi...
6 Akibat tidak pernah meyakini bahawa HANYA DENGAN ISLAM SAHAJA is the best, maka kalimah 'Al-lslamu ya'lu wa laa yu'laa 'alaih'
tidak pernah zahir menjadi pimpinan atau tuntunan berfikir. Maka, diizinkanlah Yahudi dalam bentuk pemikiran, peradaban & ideologinya menyerap ke dlam diri, diberi tempat duduk aman2 & selesa di dlm minda & jiwa, & mendarah-daginglah dia di situ, lalu zahir dlm bentuk perilaku - perilaku canaian Yahudi.
7 Natijahnya, inilah, kita - umat Muhammad SAW - kini sedang membazirkan umur & potensi2 lain merekacipta cacian, maki-hamun, sumpah-seranah, cercean, permushan & pertelagahan sesama Muslim ... perilaku yg sangat2 menyeronok & membahagiakan Yahudi serta pemuja2-nya apabila kaum Muslim bermusuhan sesama sendiri & berpecah-belah.
8 Wahai para pembenci Yahudi...
Kamulah itu - drp kalangan semulia-mulia umat mnusia - umat Muhammad -yg sewajibnya menyirnakan syiar2 Yahudi dan menyebarkan nuur [rahmat] lslam ke seluruh muka bumi.
Wallahu a'lam.
Salam Tuan,
Mohon dilinkkan blog ini dengan blog tuan:
http://umno-kselangor.blogspot.com/
Terima Kasih.
Salam,
Telah banyak diperbahaskan dan dipolitikan ide 1Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kedengaran "isu" siapa punya ide 1Malaysia diruang maya blogosphere dan juga di Parlimen.
Pada saya, saya apa peduli siapa punya ide tersebut siapa punya. Apa yang penting RAKYAT DAPAT NIKMAT atas dasar tersebut.
Kita perlu buka minda, tidak semua pencipta akan menjadi cemerlang atau berjaya, tetapi banyak yang mengikut ide orang lain menjadi cukup berjaya seperti contoh berikut'
a. Kereta adalah ciptaan Amerika (Ford). Walau bagaimanapun Jepun menjadi pengeluar kereta terbesar dunia dan lebih berjaya dari Amerika walau Jepun belajar dan meniru ciptaan Amerika. Begitu juga Korea, kini menjadi antara pengeluar terbesar kereta.
b. Komputer desktop dicipta oleh IBM tetapi kini IBM tidak lagi mengeluarkan komputer desktop.
c. Pelayar internet pertama adalah Mosaic & Netscape, tetapi kini yang paling berjaya adalah Internet Explorer dan Mozilla sebagai pelayar internet.
d. Teknologi nuklear adalah ciptaan rakyat Jerman yang di"seludup" oleh Amerika dan Amerika kini menjadi kuasa nuklear terbesar.
e. Kalau kita langsung tak boleh tiru ide orang, macam mana nak hidup?
Jadi apa masaalahnya nak bertegang lidah siapa punya ide "1Malaysia"???
YANG PENTING 1MALAYSIA MEMAKMURKAN NEGARA DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT...tidak kah itu suatu yang tulus?
Baby J
Post a Comment