Friday, February 26, 2010

Ku Li sekali lagi mengkhianati UMNO?


Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau hairan dengan pendirian Tengku Razaleigh Hamzah yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan kepemimpinan UMNO dan Barisan nasional (BN) walaupun penjelasan telah diberikan. Tidak puas hati dengan penjelasan yang didakwanya sebagai mengelirukan, Ku Li seboleh-boleh mahu menegakkan pendiriannya yang berbeza, walaupun tindakan itu melanggar disiplin parti.

Sememangnya semua orang maklum akan sejarah Ku Li di dalam UMNO dan negara.

Dalam sejarah negara, Ku Li tidak pernah dianggap sebagai seorang Menteri Kewangan yang berjaya. Prestasi Ku Li jauh terkebawah berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dalam sejarah UMNO pula, Ku Li bukan seorang ahli politik yang berjaya. Ku Li dianggap sebagai seorang `sore loser' yang tidak dapat menerima kekalahan. Dia telah memimpin kumpulan serpihan yang keluar dari UMNO, mengkhianati UMNO dengan menubuhkan Semangat 46, memecah belahkan orang Melayu ketika itu dan kumpulan yang menyokongnya telah mengheret UMNO ke mahkamah sehingga ia diharamkan.

Dalam sejarah UMNO juga, Ku Li telah ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO untuk bertanding jawatan Presiden. Nampaknya tiada siapa yang percaya kepada kepimpinan Ku Li, lebih-lebih dengan `track record' yang dipegangnya sebelum ini.

Mungkin semua ini menyebabkan Ku Li masih berdendam dengan UMNO dan sekarang sedang mengambil peluang untuk membalas dendam dan menyusahkan UMNO. Menyedari UMNO masih dalam proses pemulihan dan pengukuhan, kesempatan ini diambil oleh Ku Li untuk membuat pendirian berlawanan dengan pendirian kepemimpinan parti.

Kenapa Ku Li tidak mahu keluar parti? Mungkinkah pengalaman mengajar Ku Li bahawa jika dia keluar UMNO, dia akan lebih cepat menjadi kurang relevan. Mungkinkah dia mahu dipecat, supaya dia boleh diangkat oleh pembangkang sebagai hero.

Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membaca percaturan politik Tengku Razaleigh ini.

Bagi pemerhati luar, tindakan Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Mustapha Mohamed tentang Wang Ehsan menghairankan. Seolah-olah ada udang di sebalik batu. Apakah `deal' yang telah dibuat dengan Nik Aziz Nik Mat yang kita tahu tidak meletakkan agenda pembangunan sebagai agenda utamanya dan semakin kalut apabila satu demi satu kes amalan kronisme dan korupsi beliau didedahkan oleh mantan blogger Pas sendiri, Kickdafella.

Eloklah kita ingatkan semula Ku Li, beliau sudah semakin tua. Masa depan negara sepatutnya ditentukan oleh golongan yang lebih muda. Berperangailah seperti orang tua dan jangan merosakkan negara dan perpaduan hanya kerana dia pernah mempunyai dendam peribadi dan kepimpinannya ditolak mentah-mentah oleh ahli UMNO. Duit minyak adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz, Husam Musa atau al-menantunya.

Kata Perdana Menteri, Pemberian Wang Ehsan adalah mengikut undang-undang (klik). Penjelasan juga telah dibuat tentang Royalti atau Wang Ehsan. Penjelasannya adalah seperti berikut -

TUNTUTAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

KERAJAAN KELANTAN MEMINTA KERAJAAN PUSAT MENGHORMATI PERJANJIAN AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 DAN MEMBAYAR ROYALTI KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN HASIL DARI PENGELUARAN MINYAK DI PERAIRAN KELANTAN.

KERAJAAN NEGERI JUGA MENUNTUT AGAR ROYALTI MINYAK DISALURKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN BUKANNYA JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN(JPPK) KERANA ROYALTI MINYAK ADALAH HAK KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN

KERAJAAN KELANTAN TURUT MENOLAK PEMBERIAN RM 20 JUTA WANG EHSAN YANG DIUMUMKAN OLEH DATUK SERI MUSTAPHA MOHAMED DAN MENOLAK JEMPUTAN KERAJAAN PUSAT MENGANGGOTAI JAWATAN KUASA PERUNDINGAN WANG IHSAN.


PERJANJIAN KERAJAAN NEGERI DENGAN PETRONAS TAHUN 1975

SEMUA NEGERI TERMASUK KELANTAN BERTARAF SAMA DI SISI UNDANG-UNDANG AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974. SEMUA NEGERI YANG MANANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN PETRONAS PADA TAHUN 1975 HANYA AKAN MENDAPAT BAYARAN TUNAI SEBANYAK 5% DARIPADA NILAI PETROLEUM YANG DIJUMPAI DALAM KAWASAN DAN PERAIRAN NEGERI BERKENAAN. PERKATAAN ROYALTI TIDAK DISEBUT DALAM PERJANJIAN TERSEBUT.

SEJAUHMANAKAH HAK KERAJAAN NEGERI DALAM TUNTUTAN HASIL BUMI DI PERAIRAN NEGARA?

TELAGA MINYAK ATAU HASIL BUMI YANG TERLETAK LEBIH DARI 3 BATU NAUTIKA ATAU 12 BATU NAUTIKA DARI GARIS PANGKAL (BASELINE) PANTAI BUKAN HAK ATAU MILIK MANA-MANA NEGERI TETAPI ADALAH HAK KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. SEMENJAK TAHUN 1969, DENGAN KUATKUASA UNDANG-UNDANG, PERAIRAN WILAYAH SESEBUAH NEGERI HANYALAH 3 BATU NAUTIKA DIUKUR DARI PARAS AIR SURUT.

SETAKAT INI TIADA NEGERI YANG MEMPUNYAI HAK TERBITAN DARI PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI PADA TAHUN 1975 ITU ATAU YANG TIMBUL DARI AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974 TERMASUK KELANTAN DAN TERENGGANU. INTISARI INILAH YANG DIAKUI OLEH YB TENGKU RAZALEIGH, AHLI PARLIMEN GUA MUSANG PADA 1 NOVEMBER 2000. WALAUPUN BELIAU TELAH MENGUBAH PENDIRIANNYA PADA MASA INI, KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG MASIH TIDAK BERUBAH. RAKYAT DAN NEGARA WAJIB MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA.


SUMBANGAN EHSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI

APA-APA SUMBANGAN YANG DIBERI OLEH KERAJAAN PUSAT KEPADA MANA-MANA NEGERI SETAKAT INI ADALAH HANYA EHSAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN. SABAH DAN SARAWAK, SEBELUM TAHUN 1974, SEDIA MEMPUNYAI KEDUDUKAN TERSENDIRI KERANA KUATKUASA PERJANJIAN SERTA KUATKUASA AKTA PELANTAR BENUA 1966.

KENYATAAN KETUA PEMBANGKANG TERHADAP AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974

KETUA PEMBANGKANG DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PADA DISEMBER 2009 PERNAH MENGAKUI AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974 TIDAK MEMPUNYAI KUASA PEMBERIAN APA-APA HAK KEPADA MANA-MANA NEGERI APABILA BELIAU MENCADANGKAN PINDAAN KEPADA AKTA ITU.

KENAPA KETUA PEMBANGKANG CADANG PINDA UNDANG-UNDANG ?

CADANGAN KETUA PEMBANGKANG UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG ITU, SUPAYA HAD BATASAN NEGERI DIPERLUASKAN MELANGKAUI 3 BATU NAUTIKA SEHINGGA 200 BATU NAUTIKA. INI BERMAKNA UNDANG-UNDANG SEKARANG TIDAK MEMBOLEHKAN TUNTUTAN ROYALTI DIKEMUKAKAN.

JAMINAN KERAJAAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN TERUS MENYUMBANG BANTUAN KEPADA NEGERI-NEGERI TERMASUK KELANTAN BERASASKAN KEPERIHATINAN BERSAMA SEPERTI YANG TELAH DAN SEDANG DIURUSKAN PADA MASA INI. APA-APA BANTUAN YANG DIBERIKAN SEDEMIKIAN ADALAH DI LUAR BIDANG KUASA AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974. BANTUAN ITU DILAKUKAN ADALAH SEMATA-MATA ATAS KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB BERASASKAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI. MENGENAI AGENSI MANAKAH WANG ITU AKAN DISALURKAN KEPADA RAKYAT NEGERI KELANTAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.

7 comments:

ISAC said...

Salam Tun,

Isu ini telah disulami/diracuni pemikaran rakyaat Kelantan bahawa Kerajaan BN pimpinan Umno (kerajaan Melayu sendiri) sengaja menindas "Ulamak/Pas", menekan rakyaat Kelantan/tak menafikan pembangunan, peluang untuk hidup selesa dan merampas hak rakyaat Kelantan.

Umno tidak mungkin akan memenangi isu ini ia telah digarab untuk menjadi jadi isu kenegerian dan menekan "ulamak maksum" Pas, dah macam "peperangan", yang menentang adalah musuh rakyaat Kelantan dan rakyaat Kelantan yang tidak bersetuju seperti Tok Pa dan Awang adek dilebel sebagai pengkhianat!!!

Sememangnya penerangan perlu dilakukan secara berterusan dan secara lebih berkesan tetapi dalam konteks sekarang berundur bukan bermaksud mengalah....

Boleh kekalkan nama "wang Ikhsan" tetapi seperti Terengganu, serahkanlah kepada kerajaan negeri untuk mentadbirnya.

Rakyaat Kelantan telah dibutakan dengan sentimen, mereka alpa bahawa "ulamak" mereka telah memperbodohkan mereka selama 20 tahun kebelakangan ini tanpa kemajuan tanpa pembangunan.

Kini tanpa perasaan malu mereka menuding jari kepada Umno di atas kesilapan/ketidak mampuan mereka untuk mentadbir dan mencari sumber ekonomi untuk kerajaan negeri. Perlu diingat tanpa pemimpin2 Umno yang berpandangan jauh, hasil minyak/gas yang mereka tuntut sekarang ini sebenarnya telah menjadi milik Shell, Esso ataupun BP.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

isac - kerajaan negeri gagal utk buktikan pembangunan di kelantan, skrg nak pula duit minyak - mungkin lebih elok kita beri kpd rakyat yg memerlukan bukan kpd so called ulamak, tp korup dan amalkan kronisme spt nik aziz. lihat saja balak yg habih, bilboard yg diberi kpd org tertentu yg kemudian menaja nik aziz utk pergi haji. ianya hak rakyat bukan hak ku li dan nik aziz

Anonymous said...

Tuan,
Amat malang sekali pandangan seperti Isac yang gagal memahami rakyat Kelantan yang pada matanya orang Kelantan 'bodoh' dalam berpolitik kerana mememenangkan PAS selama 20 tahun. Kalau pandangan seumpama masih lagi ada di fikiran ahli Umno, selagi itulah Umno akan terus gagal menawan Kelantan. Isac gagal melihat sejarah orang Kelantan yang telah beberapa kali menukar kerajaan Kelantan sejar merdeka berbanding kerajaan Johor yang cuma bertuankan Umno dari dulu sehingga sekarang. Cuba kaji kenapa? Adakah kerana rakyat Kelantan bodoh dan bangang? Cuba tanya Tun berapa ramai rakyat Kelantan di menara gading di seluruh negara?

Berbalik kepada tajuk asal posting Tun, pada saya Ku Li adalah seperti YB Zulkifli Kulim yang berperanan mewarnai politik negara. Ini menunjukkan kematangan mereka mengemukakan pandangan yang mereka rasa betul di mata mereka tanpa merasa gentar walaupun berbeza dengan pucuk pimpinan parti.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

1 Zakat yang diuruskan kutipan dan diselenggarakan pengagihannya oleh negara/pemerintah, mengapa tidak menjadi pertikaian? Dan harta pusaka, jika dibahagi secara tidak adil, kenapa ke mahkamah untuk diadili, lalu, dengan ketetapan faraidh, semuanya pun selesai dengan aman-damai? Pasti tidak lain, kerana apabila keputusan hukum agama [lslam] yang dipakai sebagai STANDARD KEADILAN, orang yang beriman kepada hukum-
hukum zakat dan faraidh itu pasti dapat menerima ketetapan-ketetapan hukumnya dengan hati yang puas, penuh redha, tanpa sedikitpun berasa ragu-ragu; tiada yng berasa dirugikan, bahkan semuanya berasa sama-sama diuntungkan.

Dua perkara ini sekadar contoh daripada seluruh keadilan yang lslam sediakan dalam mengurus hak-hak kepemilikan.

2 ltulah lslam, agama yang sungguh benar, pasti menepati fitrah penganut yang meyakininya dengan benar, orang yang patuh dengan sepenuh-penuhnya kepada hukum-hukumnya. Dan Allah, Zat Yng Maha Pencipta Hukum, dan Maha Pancipta manusia, pasti Dia SECOCOKKAN hukum-hukum agama-Nya dengan seluruh gharizah [naluri dan nafsu] yang Dia bekalkan kepada manusia, sehingga apabila manusia mengurus gharizahnya [naluri & nafsu] dengan berlandaskan hukum-hukum-Nya, dia PASTI berasa aman, selamat, selesa dan puas. ltulah FITRAH.

3 Hidup dengan lslam adalah kehidupan dalam fitrah; kehidupan yang diatur oleh hukum-hukum yang melapangkan/menjernihkan fikiran dan mententeramkan jiwa/perasaan. Jika tidak, tentulah Dia tidak perintahkan agar agama-Nya ini
dijadikan sistem aturan bagi mengurus seluruh dimensi/aspek kehidupan; baik bidang politik, ekonomi, undang-undang, bernegara dan berpemerintahan, sosial, ketenteraan, pendidikasn, diplomatik dll - iaitu " hendaklah kamu masuk/mengambil lslam secara kaffah..."

3 Mengapa isu petroleum ini tidak mententeramkan, sekalipun semua pihak yang terlibat adalah penganut agama Zat Yang Maha Pencipta Ketenteraman? Apakah lslam tertinggal atau terlupa untuk membincangkannya, atau kita yang sengaja menolak dan sengaja meninggalkan hukum tentangnya?

4 Pertelingkahan dalam isu ini tidak lain, kerana hukum yang
digunapakai sebagai dasar bagi perjanjian-perjanjian untuk menguruskan hak kepemilikan [petroleum] ini BUKAN hukum yang menepati FITRAH. Sebaliknya, yang dijadikan dasar bagi segala perjanjian adalah hukum yang diambil & dirujuk daripada konvensyen dan perjanijan-perjanjian internasional yang SUDAH PASTI bukan bersumberkan hukum syara. ltu pasti.

4 Selagi manusia tidak mahu menepati hukum Allah, dia pasti menungkiri fitrah. Kehidupan yang memungkiri hukum fitrah pasti kehidupan yang tidak tenteram, sentiasa digelorakan oleh ancaman, pertelingkahan dan ketidakadilan.

6 Sayangnya, pada ketika umat lslam mendambakan bimbingan untuk menuju fitrah dan mencari kejernihan, [dalam isu pengurusan hak kepemilikan petroleum], kita sepi daripada suara dan pemikiran para ulama, cendekiwanan lslam dan para juridis Muslim.

7 Namun, paling asas, MAHUKAH dan SEDIAKAH pihak-pihak yang terlibat ini berhukum dengan hukum-Nya? Mungkin itu yang berlegar di dalam benak para ulama, cendekiawan dan juridis Muslim yang ikhlas - lalu menyepilah meraka...menjauh dan
membawa diri...

8 Sungguh malang kita semua dalam keadaan sebegini, selagi Daulah Khilafah belum tertegak.

Wallahu a'lam.

zulkifli said...

Ku Li diperkecilkan sumbnagannya kepada negara kerana dia tidak memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Sayang sekali pengetahuan dan pengalaman Ku Li tidak digunakan untuk negara (bukan UMNO semata mata). Rakyat yang memerhati dari luar (seperti saya)merasa amat ralat kerana budaya mengenepikan pendapat yang berbeda dari pendapat dan polisi tompok pemimpin UMNO terlampau berakar di UMNO. Kalau dibandingkan dengan pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini berbanding Ku Li, tidak dapat dibayangkan jaraknya.
Namun, penulis blog ini bukan keseorangan bersikap demikian. Penyakit ini menjular menjadi budaya UMNO. Belajarlah menghormati pandangan berbeda dan janagn mudah melabelkan orang sedemikian sebagai pengkhianat.

akar umbi said...

Saudara, sebagai salah seorang pimpinan Pemuda parti UMNO, tulisan yang saudara coretkan dilihat tidak setanding dengan jawatan yang saudara jawati. Kenapa Ku Li harus 'dihentam' sebegitu rupa. Barangkali saudara lupa atau buat-buat lupa bahawa Ku Li lebih dahulu merasa masinnya garam politik berbanding saudara yang baru setahun jagung berpolitikus. Gerakan politiknya harus dilihat dari pelbagai sudut, bukan yang tersurat semata-mata. Ada baiknya sekira saudara menjawab isu ini secara umum dan tidak menyerang peribadi seseorang. Jelasnya prinsip saudara agak terpesong berbanding apa yang cuba disampaikan DS Najib. Waima dua watak utama politik Kelantan (DS Mustapha/ Dr. Awang Adek) berlapik dalam memberi ulasan terhadap isu ini. Ibarat menarik rambut dalam tepung, harus hati-hati agar tepung tidak kucar....Saranan saya agar saudara lebih fokus kepada hal ehwal Pemuda UMNO, bagaimana kaedahnya untuk meminimumkan @ mengosongkan liabiliti parti UMNO khususnya sayap Pemuda untuk terus menjadi wacana terbaik memperjuangkan nasib orang muda Melayu.TQ.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

saya melihat zaman ku li mengkhianati umno di depan mata saya. bg saya kemampuan ku li sbg menteri kewangan jauh berada di bawah tun dr mahathir; pd waktu yg sama, ku li sudah kembali kpd perangai asalnya, iaitu mengkhianati umno, sbg pemimpin umno yg veteran spatutnya tidak boleh kecewa dan mengkhianati parti sebaliknya ini merupaka kali kedua dia mengkhianati parti secara terang2an. adakah kerana ada perjanjian material diantara ku li dan Pas? adakan pernjajian mengenai jwtn perdana menteri selepas ketiadaan anwar dgn PR? ini yg kita persoalkan. kenyataan `isteria saya pun takut keluar rumah' adalah kenyataan paling bodoh ku li dan yg plg khianat utk menunjukkan seolah2 malaysia ini sudah begitu huru hara. adakah itu keadaannya? apa tujuannya - sengaja hendak mensabotaj negara?

Popular Posts