Anwar - are you ok? (selepas C.I.F.U.T)
Anwar Ibrahim memang ada masalah! Malam tadi MOHD FAIRUS KHAIRUDDIN, 33 bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan menyertai UMNO dalam majlis silat seni gayong pada jam 1030 mlm tadi di Hotel D Palma Ampang, di hadapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ada cerita yang mengatakan bahawa, seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim (klik), Fairus juga sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim. Khabarnya juga, bahawa di Penanti, sudah semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang sudah meluat dengan Pakatan Pembangkang serta hilang kepercayaan terhadap Anwar.
Ini adalah satu lagi bukti tentang cakap-cakap yang saya dengar sebelum ini. Saya pernah menyebut bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri Selangor sudah mula meretak, tetapi beritanya belum sampai kepada pendengaran rakyat ketika itu (klik). Selepas itu apabila ada sejumlah penyokong PKR meninggalkan parti tersebut, saya telah mendekati mereka dan bertanya tentang sebab-sebabnya.
Kata mereka, pertama mereka hilang keyakinan kepimpinan parti yang terdiri dari mereka yang bermasalah (klik). Kedua mereka hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim. Ketiga, mereka melihat tiada hala tuju yang jelas dalam PKR mengenai kedudukan Islam dan agenda Melayu. Keempat, Kepemimpinan Angkatan Muda Keadilan tiada karisma dan personaliti menarik yang mampu menarik minat golongan muda.
Maksudnya apa?
Kepimpinan Anwar memang TERUK!!!! Rakan rapat Anwar sudah lari lama dah - Chandra Muzaffar, Datuk Dr Zambry, Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Annuar Shaari, Zahrain dan ramai lagi. Sekarang, pemimpin-pemimpin yang dulunya berada di tier-kedua pula mula meninggalkannya.
Dapatan bahawa Anwar sebagai antara manusia berpengaruh di dunia mungkin ada masalah!
Terbukti kepemimpinan Anwar Ibrahim memang TERUK!! Jauh lebih teruk daripada kepemimpinan sekutu PKR seperti DAP dan PAS.
Seperti yang pernah saya nyatakan, mungkin elok juga Anwar melantik Diktator Lim Guan Eng sebagai penasihat PKR dengan bayaran RM 1. Atau boleh juga dilantik Mullah Nik Aziz Nik Mat sebagai penasihat PKR; rasanya Anwar juga tidak perlu berbelanja besar - cukup sekadar menaja pakej menunaikan Haji tahun ini ataupun membeli sepasang selipar baru buat ganti seliparnya yang selalu dicuri... :) (klik).
11 comments:
Kemasukan Fairus dalam UMNO jelas menunjukkan bahawa ada satu permasalahan besar yang membelenggu kepimpinan PKR. Bila seorang demi seorang keluar jelaslah kepada kita bahawa mereka dah tak tahan lagi dengan sikap'double standard'. Lebih-lebih lagi yang keluar tu adalah mereka yang berjawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri. Dah pasti mereka ini diberikan tekanan supaya meninggalkan parti. Kebiasaannya jarang kita dengar orang dah dah selesa meninggalkan parti begitu sahaja. Kepada yang lain-lain tu bila lagi nak keluar pakatan masuk barisan.
mmg teruk la kepimpinan anuar 2... lg pun ape yg kite mmg nampak skang ni, tujuan anwar tubuh Parti Komunis Rakyat 2 bkn ade tujuan lain pun selain dr tujuan peribadi... so, org yg bodoh je pergi sokong parti 2...
Kemasukan 77 Pemuda PKR dalam UMNO adalah satu 'plus point' untuk UMNO. Kemungkinan besar, apa yang berlaku dalam PKR, terutama tindakan DAP terhadap Islam mungkin banyak menyedarkan pemimpin dan penyokong PR. DAP boleh dikatakan punca keretakan PR.
Akan tetapi, UMNO tidak boleh terlalu mendabik dada. Perlu terus berusaha dan berbakti untuk rakyat. Perlu lebih selalu turun ke padang dengan kereta kecil untuk membantu rakyat. Tidak perlu masuk berita Utusan dan TV3, jika membantu, pastu rakyat suka ; )
Terlupa... saya baru dalam politik. Sila layari blog kami @ http://wayangkulitmoden.blogspot.com untuk sebarang komen. Tq
Salam Tun ...
I'm taking this as bad news to UMNO ... sape tak kenal Fairus masa jadi Deputy to LGE ... kaki kelentong jenis malas buat kerja ... I prefer Fairus joining PAS.
Singh,
if any1 ikhlas nak join umno, why not we juz accept him. its our task 2 reach out, engage, include, convince & convert anyway :)
Singh,
who ever he is, or how bad is his attitude, we accept him without any prejudice, as long as he sincere to his decision...everyone are welcome to join UMNO...
hari demi hari, makin ramai yg terhantuk di bawah pakatan rakyat...biarlah terhantuk sekarang..n sedar lebih awal dari kemudian hari terhantuk, terguling, dan mati di bumi sendiri!!! SYABAS to Fairus, moga ramai lagi kempimpinan muda di BARISAN ALTERNATIF yang separa sedar cepat2 sikit sedar sebelum terlambat...
Well Tun and Kak Putri ... I sincerely wish Fairus would change for betterment ... especially for UMNO ... Insya Allah
Thanx Singh, i do hope more people out there like you wish/pray to him for his back for good!
amboi2..ko kalau dlm awani tercunggap2 nak bercakap..mcm ni ke minda kelas pertama..kat blog bleh la
syok sendiri sebab ni la umno takleh menang org2 muda mcm ko ni pemikiran xde kelas
Post a Comment