Sunday, February 14, 2010

Chauvinistic Communist-like minded Dictator Guan Eng is a LIAR now?

Tarian seorang 'diktator'


Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin melalui kenyataan dalam blog beliau rembau.net mendedahkan surat yang memaklumkan PEMBATALAN Majlis Perarakan bersempena sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Rakyat secara umumnya mengetahui bahawa majlis yang serupa bukan merupakan suatu yang menjadi masalah besar dan telah menjadi salah satu dari acara tetap dalam sambutan Maulidul Rasul di seluruh negara selama ini.

Walaupun cuba membuat penafian dan menyerang Utusan Malaysia dengan menuduh akhabr tersebut menipu apabila melaporkan PEMBATALAN ini, namun tembelang Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai diktator chauvinis berfikiran seperti komunis oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sukar ditutup, lebih-lebih lagi dengan terdedahnya surat ini.

Rakyat melihat seakan-akan Kerajaan Negeri Pulau Pinang takutkan sesuatu apabila mengeluarkan arahan ini. Apakah motif pembatalan Majlis Perarakan ini?

Jelasnya, pertama, `Diktator chauvinis berfikiran seperti komunis' Lim Guan Eng tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dalam hal suatu acara yang sudah menjadi tradisi bertahun-tahun umat Islam di negeri Pulau Pinang, khususnya dan negara, amnya.


Siapa yang kuat Anwar? 'Mokhtar'?


Kedua, `Diktator chauvinis berfikiran seperti komunis' Lim Guan Eng sememangnya angkuh apabila tidak turun mendapatkan pandangan rakyat, terutamanya umat Islam di Pulau Pinang apabila bertindak membatalkan Majlis Perarakan ini. Jelas 'diktator chauvinis berfikiran seperti komunis' Lim Guan Eng ini langsung tidak mengendahkan politik baru, politik partisipasi, townhall meeting dan politik muafakat dalam pentadbirannya.

Ketiga, dengan PEMBATALAN ini, boleh dikatakan status Majlis Perarakan Maulidul Rasul sebagai satu acara tradisi sambutan Maulidur Rasul hari ini telah direndahkan; lebih rendah dari kedudukan perarakan pengkebumian, perayaan agama tertentu dan demonstrasi jalanan, walaupun Islam merupakan agama rasmi di dalam negara ini.

Keempat, seperti tag line `Amar Maaruf Nahi Mungkar', PEMBATALAN ini menunjukkan kerajaan PR dan 'diktator chauvinis berfikiran seperti komunis' Lim Guan Eng berkebolehan melakukan sesuatu yang berlainan dengan apa yang diperkatakan atau yang menjadi retorik politik mereka. Itu mungkin mencerminkan masa depan Middle Malaysia dan Polisi Bersama PR yang diungkap, tetapi bukan untuk dilaksanakan dan ditunaikan (klik).


Kata Zahrain dalam kenyataannya (klik) semasa mengumumkan perletakan jawatannya, "cara politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan Lim Guan Eng jelas membuktikan sikap cauvinis, ekstremis dan diktatorial."

Masih mahu menafikannya?

1 comment:

Anonymous said...

Saudara Tun Faisal,
Just one question..(perhaps more suitable to readers)...

Based on the headline by Sinar and what stated by DS Anwar, it seems that PR is actually seeing things based on racial division. In other words, they accepting the fact that race factor plays a role in moulding our country scenarios.

If they (DAPs as well as PKRs) are well not racist, they should not say like that. Like PAS is promoting, "PAS for all", which have no racial indication.

For me, what DAP and PKR is doing is nothing more like a rebranding or what Barisan has done for years...

Just my two cents...

Popular Posts