Sunday, December 20, 2009

Konvensyen PR - Antara Penipu, Penakut dan Hipokrit?

Sejumlah peserta dalam Konvensyen Pertama Pakatan Pembangkang (PR) agak kecewa apabila 1 Polisi Untuk Semua PR dilihat tidak menterjemahkan aspirasi dan retorik politik yang dijanjikan selama ini kepada mereka.

Misalnya, apabila pernyataan polisi ini masih mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mereka anggap bersifat RASIS, terutamanya dari aspek untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Ini jelas amat bertentangan dengan prinsip persamaan dan assobiyah yang mereka pegang selama ini.

Polisi ini juga dilihat sebagai masih meneruskan agenda Negara Islam Barisan Nasional (BN) apabila turut mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sedangkan yang mereka harapkan adalah agar negara ini dijadikan sebuah negara sekular dengan kedudukan semua agama adalah sama tanpa ada sebarang perbezaan.

Ada juga yang kecewa kerana mereka masih terpaksa menerima Institusi Raja-raja Melayu sedangkan selama ini mereka mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara sosialis mirip republik tanpa golongan Raja-raja, lebih-lebih lagi yang berketurunan Melayu. Ini amat bertentangan dengan prinsip mereka yang menentang amalan feudalisme dan menganggap kehadiran golongan aristokrat hanya sebagai ancaman dan manifestasi ketidak adilan terhadap golongan rakyat.

Di sudut yang lain, sejumlah ahli Pas kecewa, kerana aspirasi perlembagaan ciptaan Lord Reid dikekalkan dan kehendak mereka untuk melaksanakan hudud tidak dinyatakan dengan jelas di dalam polisi ini. Ini bermaksud dengan menandatangani polisi ini, mereka telah mengkhianati perjuangan Islam dan menjadikan diri mereka sama seperti UMNO yang dianggap kafir kerana tidak menghukum dengan hukum Allah swt, sebaliknya tunduk patuh dengan Perlembagaan ciptaan manusia.
Pada waktu yang sama, apabila Anwar Ibrahim menyebut dalam ucapannya ia adalah atas dasar untuk membentuk sebuah negara
bangsa, mereka menganggap ucapan ini hanyalah mengukuhkan perjuangan nasionalis yang mereka tentang selama ini.

Bagi saya, tidak ada sesuatu yang baru dalam polisi PR ini, melainkan retorik sama yang mereka ulang berkali-kali. Kalau ada satu perkara yang baru adalah rasa TAKUT pemimpin PR untuk walk the talk atau berpegang kepada prinsip perjuangan yang dijanjikan kepada pengundi mereka selama ini. Akhirnya, mereka terpaksa berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan walaupun selama ini mereka mahu menghapuskan peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan ini.
Bagi Pas mereka takut untuk mempertahankan hudud dan perjuangan untuk penubuhan sebuah Negara Islam tafsiran mereka. Apalagi untuk memperjuangkan konsep pemerintahan Khalifah Islam yang diperjuangkan oleh Hizb-ut Tahrir kerana mereka yakin ia akan ditolak mentah-mentah oleh DAP dan bukan Islam dalam PR. Rasa takut ini hanya akan menjadikan ramai ahli mereka dalam kedudukan serba salah kerana sebelum ini standard ini digunakan untuk mengkafirkan orang UMNO. Pada waktu yang sama mereka akan kembali mempersoalkan sama ada tahaluf siyasi yang dipegang pemimpin mereka masih selari dengan ajaran Rasulullah saw atau sekadar kaedah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Bagi DAP dan ramai sosialis dalam PKR pula, walaupun polisi ini bertentangan dengan idealisme sosialis dan kehendak mereka, mereka terpaksa menerimanya kerana mereka sedar, jika mereka terlalu mendesak agar keistimewaan Islam dan orang Melayu dihapuskan maka mereka akan kehilangan sokongan orang Islam dan Melayu yang masih merasakan keistimewaan ini masih diperlukan.

Kedua, saya melihat pernyataan dasar mengenai perlembagaan, tidak konsisten dengan apa yang hendak mereka laksanakan jika mereka menekankan soal merit lebih daripada keadilan sosial. Walaupun mereka menyebut tentang keadilan sosial, saya percaya ini hanya sekadar hipokrasi dan retorik kerana ia bertentangan dengan perjuangan mereka selama ini dan berbeza berbanding tindakan mereka di negeri-negeri yang diperintah, iaitu mencerminkan bahawa mereka lebih percaya kepada konsep persamaan berbanding keadilan.
Ketiga, apabila Lim Guan Eng bercakap tentang `amar makruf nahi mungkar', saya percaya dia bukan benar-benar yakin, beriman dan beramal dengan kata-katanya, sama seperti imannya kepada ayat-ayat al-Quran yang dibacanya. Buktinya? Jelas di negeri Selangor dan Pulau Pinang, amar mungkar nahi makruf yang sebenarnya berleluasa.
Nampaknya gagasan "1Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai impak yang tersendiri ke atas PR. Mungkin kerana itu, semalam, mereka merasa amat TAKUT untuk meletakkan perjuangan yang menjadi retorik mereka selama ini di atas kertas, sebaliknya sekali lagi bertindak MENIPU rakyat dan berpura-pura atau menjadi HIPOKRIT!!!
Adakah apa yang mereka kata selama ini semasa berkempen dan di pentas-pentas ceramah mereka sama dengan apa yang mereka letakkan di dalam polisi bersama ini? Apa yang rakyat perlu nilai bukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas kertas semata-mata, sebaliknya rakyat perlu menilai tindakan-tindakan mereka selama mentadbir negeri-negeri di bawah kuasa mereka.
Berjayakah PR untuk terus menipu rakyat dan menyapu masalah perbezaan ideologi mereka ke bawah permaidani (sweep under the carpet) atau ini hanya muslihat para sosialis untuk merebut kuasa dan akan mengubahnya bila mereka berkuasa (macam tragedi Kg Buah Pala)?

3 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

habis laa...Pas..hilang Iseelee. hilang hudud. hilang gigi. hilang gusi.

Alfonso2009 said...

Kepada pengikut PR tidak kira PKR,DAP dan PAS sedarlah bahawa kepercayaan anda selama ini telah diputarbelitkan oleh pemimpin kamu sendiri. Janji pilihanraya hanya tinggal janji.Usaha hanya tumpu mencari kesalahan BN dan kerajaan. sedarlah sokongan anda telah disalah guna oleh pemimpin anda yang begitu ghairah untuk ke Putra Jaya. Mereka tidak langsung melihat anda yang dilihat hanya kerusi PM.

Hamdan said...

Salam saudara-saudara ku ahli PAS dan PKR.

Tak sangka pemimpin hangpa sanggup tipu hangpa lagi.

Yang disurat lain yang disuruh buat lain.

Popular Posts