Bagaimana sepatutnya rakyat menilai kepimpinan Anwar Ibrahim?
Semakin ramai pemimpin dan pengikut PKR meninggalkan parti itu. Terbaru Ahli Parlimen Bayan Baru dan Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrain Hashim. Katanya, dia hilang keyakinan terhadap Anwar. Dia kecewa dengan kegagalan Anwar menunaikan janji. Nasihatnya, rakyat jangan meletakkan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Pakatan Pembangkang (PR).
Dua bulan yang lalu, apabila saya melihat terdapat trend semakin ramai ahli dan penyokong PKP meninggalkan parti tersebut, saya telah berjumpa dengan mereka dan bertanyakan sebabnya. Dari rungutan yang saya kumpulkan, boleh disimpulkan, mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap PKR kerana beberapa sebab, antara yang paling utama -
- PKR dilihat sebagai parti dengan pemimpin yang bermasalah, dari pemimpin nombor satu sehinggalah ke bawah; dari masalah kes liwat, isu moral (klik), rasuah seks dan sebagainya
- Hilang keyakinan terhadap Anwar
- PKR tiada pendirian dan hala tuju yang jelas dari aspek perjuangan Islam dan agenda Melayu
- Pemimpin-pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak mempunyai karisma dan personaliti menarik kepada golongan muda
Kesimpulan-kesimpulan ini telah saya kongsikan di wall Facebook (FB) kelolaan penyokong pembangkang dan mereka tidak bersetuju dengannya. Jelasnya mereka ini hanya anak-anak muda yang menghidapi penyakit sindrom penafian (denial syndrome) yang amat parah.
Masihkah kau ingat? Janji Anwar - "We have the numbers!"
Sindrom ini adalah sindrom yang sama dipunyai penyokong Pas, apabila saya menulis bahawa semakin ramai orang Islam dan Melayu yang menjauhkan diri daripada Pas kerana tahaluf siyasi Pas yang menyimpang (klik). Hanya selepas dibuktikan oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Zentrum Future studies dalam Seminar Pemerkasaan Politik Pas, barulah mereka ternganga dan terkebil-kebil malu menerimanya.
Cuma berbeza dengan PKR, Pas mempunyai mekanisme cuci otak yang ampuh. Ditambah pula dengan amalan assabiyah kepartian dan assabiyah tok guru serta kebebalan pemimpin Pas yang sanggup melakukan bid'ah berbaia'ah talak tiga (klik), ahli-ahli Pas lebih mudah dihalang dari meninggalkan parti berbanding ahli-ahli PKR yang cenderung mengimani fahaman liberal dan sosialis.
Katak oh katak, kenapa nkau tak muncul-muncul
Dalam Bulletin Awani, Profesor Sains Politik, Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan keadaan Anwar ini boleh dianggap sebagai goyah. Mungkin Dr Siva bercakap secara berlapik. Hakikatnya, kepimpinan Anwar Ibrahim sememangnya bermasalah.
Satu demi satu pemimpin kanan dan rakan-rakan rapat Anwar meninggalkannya. Chandra Muzaffar, Lokman Nor Adam, Ezam Mohd Noor dan Zahrain adalah antara yang utama. Ini tidak termasuk blogger, editor dan golongan reformis jalanan 1998 yang dahulu merupakan pejuang bagi membebaskannya dari penjara. Alasan mereka hampir sama - hilang keyakinan terhadap Anwar!!
Seperti yang saya pernah sebutkan dalam wawancara Astro Awani
(klik), cabaran Barisan Nasional (BN) adalah untuk menguruskan kejayaan; sedangkan bagi PR mereka belum mencipta sebarang kejayaan lagi. Cabaran PR adalah untuk menguruskan kepercayaan - bukan setakat kepercayaan rakyat, tetapi yang lebih asas dari itu, iaitu kepercayaan rakan dalam pakatan haram mereka.
Maksudnya apa ya? Kepemimpinan Anwar Ibrahim memang TERUK!! Jauh lebih teruk daripada kepemimpinan sekutu PKR seperti DAP dan PAS.
Mungkin elok juga Anwar melantik Diktator Lim Guan Eng sebagai penasihat PKR dengan bayaran RM 1. Atau boleh juga dilantik Mullah Nik Aziz Nik Mat sebagai penasihat PKR; rasanya Anwar juga tidak perlu berbelanja besar - cukup sekadar menaja pakej menunaikan Haji tahun ini ataupun membeli sepasang selipar baru buat ganti seliparnya yang selalu dicuri... :)
No comments:
Post a Comment