Saturday, January 2, 2010

Kalimah Allah - Tun M dan Ustaz Nasharuddin nyatakan kebimbangan


Suara yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik sebagai terjemahan kepada perkataan `God' dalam Bible semakin meningkat.

Seperti yang dilaporkan oleh TV3 jam 8.00 malam tadi, turut mengemukakan perasaan tidak senang ini adalah negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Semakin banyak NGO Islam bersuara, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang pula antara yang pertama di kalangan sayap parti UMNO yang menyuarakan bantahan.

Kepimpinan Pas yang menentang puak `Erdogan' dalam Pas juga sudah bersuara. Walaupun sebelum ini pemimpin agung Pas Nik Aziz Nik Mat dilihat bersependapat dengan pandangan Anwar Ibrahim bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain untuk memenggil tuhan mereka, namun hari ini Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Hj Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang saya baca sebagai kenyataan rasmi Pas yang kecewa dengan keputusan tersebut (klik di sini).

Jumlah tulisan di dalam blog juga semakin bertambah. Antaranya tulisan menarik YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru bertajuk "Menyanggah Khalid Samad" dan Dr Novandri, "Perkataan Allah - Gereja perlu prihatin". Zulkifli memberikan hujah-hujah kenapa Khalid Samad salah dan berkongsi tafsiran sejumlah ensaiklopedia ternama mengenai perkataan 'God'.

Jika semalam pemerhatian saya mencatatkan sejumlah 34 orang blogger menulis mengenai perkara ini, hari ini ada beberapa orang lagi yang menulis mengenainya, iaitu Papa Gomo, Mesin Taip Buruk dan Gunung Mat Cincang. Terima kasih juga kepada Panglima Perang Cyber yang telah berkongsi video debat YB Taib Azimuddin yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk Islam (klik sini).

Lebih menarik dalam masa tak sampai 3 hari kumpulan Facebook yang menentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam telah mengumpul lebih daripada 5,800 orang pengikut..!!!

Ada sejumlah rakan-rakan yang turut berkongsi artikel yang dirasakan penting untuk menguatkan justifikasi bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God adalah menyeleweng termasuk pandangan pemimpin agama Kristian sendiri, Dr R Albert Mohler Jr, President The Southern Baptist Seminary dalam The Christian Post. Katanya adalah tidak kena bagi orang Kristian untuk memanggil Tuhan sebagai Allah disebabkan perbezaan teologi antara Kristian dan Islam yang tidak dapat diselaraskan.

Kamus Oxford Fajar menterjemahkan 'God' sebagai makhluk atau kuasa halus yang dipercayai mempunyai kuasa ke atas semua alam tabi'i dan hal ehwal manusia; dewa; supreme being, creator and ruler of universe; Tuhan. Cambridge Advance Learner's Dictionary mendefinisikan `God' sebagai "(in especially Christian, Jewish and Muslim belief) - the being which made the universe, the Earth and its peopleand is believe to have an effect on all things". Merriam-Webster Online dictionary pula mendefinisikan `God' mengikut `Christian Science' sebagai "incorporeal divine Principle ruling over all as eternal Spirit: eternal: infinite mind". Kamus Oxford Advanced juga tidak pernah menterjemahkan God sebagai Allah.

Begitulah jugalah yang dipetik oleh Zulkifli tentang tafsiran Hutchinson Encyclopedia (halaman 27) tentang kalimah Allah iaitu "Allah - Islamic name for God".

Mungkinkah Vatican wajar mengkaji dan menyiasat sama ada Gereja Katholik di Malaysia telah melakukan penyelewengan agama Kristian dengan mengubah apa yang dimaksudkan secara asal oleh Bible tentang kalimah `God' kerana seperti disebutkan oleh Dr Mohler, kerangka teologinya tidak sama?

Atas sebab apakah, Gereja hendak menamakan Tuhan mereka sebagai Allah dalam Bahasa Melayu, sedangkan di dalam versi bahasa Inggeris, dalam mana-mana ensaiklopedia dan kamus dan dalam mana-mana versi asal Bible tidak pernah ditulis perkataan Tuhan bagi orang Kristian adalah Allah?

6 comments:

Kembara Politik said...

Salam,

Sebelum PRU12 iaitu pada Januari 2008 Dewan Ulamak Pas sudah pun 'menggadai' kalimah ALLAH semata-mata gilakan undi. Dewan Ulamak Pas mengeluarkan 'Fatwa Politik' seperti berikut:

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah - Dewan Ulamak Pas Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008

Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

'Fatwa Politik' untuk raih undi PRU Mac 2008 ini sememangnya mendapat pujian dari bukan Islam dan pihak Gereja. Malahan pihak Gereja secara terang menyatakan sokongannya kepada Pakatan Rakyat. Rujuk surat sokongan dari pihak Gereja. Dan keputusannya PR berjaya menafikan 2/3 dan menang di banyak negeri.

Kemenangan PR sebenarnya dengan kos. 'Kebenaran' oleh Pas akhirnya dijadikan hujah oleh Herald dengan memetik bahawa perjuangan Herald disokong oleh Pas.

Sokongan Pas ini dicanang oleh Herald di dalam laman web Herald Malaysia Online. Berikut sedikit sedutan petikan dalam Herald:

"The Malaysia Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church's fight to overturn a government ban on the use of the term 'Allah' to describe God in Christian texts. "I personally believe and Pas as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi racial and multicultural society like Malaysia, is not to deny the right of others to use the name of Allah," Zulfikar Ahmad, a PAS official said."

Inilah yang berlaku apabila PAS sudah hilang kewarasan berfikir secara lebih mendalam dan jauh apabila sudah dikuasai nafsu ingin berkuasa.

Pas gagal membaca (kerana dibutakan oleh sikap bencikan UMNO) agenda tersembunyi pihak yang sememangnya tidak pernah redha akan agama Islam.

Abu Faiq said...

Assalamu 'alaikum sdra TFI & semua yg melayari blog ini,

Kita boleh kumpulkan seberapa banyak protes penuh beremosi dari seberapa banyak pergerakan/jemaah & individu Muslim di dlam isu ini.

Namun, pada akhirnya, kita kena akui bahawa isu ini adalah isu perundangan/perlembagaan yang mesti
diputuskan scara perundangan juga.

Berhimpunlah seluruh mantan para pemimpin yg besar & yg kecil bersama-sama seluruh jemaah lslam untuk memprotes keputusan yang menghalalkan pengunaan nama Allah oleh non-Muslim ini, namun suara penuh emosi mereka tidak berupaya untuk melahirkan keputusan baru; paling banyak itulah sahaja - tertampan pada rasa marah, kesal, sedih dan kecewa.

Selain itu, untuk satu bentuk penyelesaian once & for all: kekal dan utuh, tanpa timbul lagi pada kemudian hari, bukan sahaja 'aib seperti isu ini bahkan segala isu yang dapat menampar wajah lslam di M'sia ini, apakah solusinya?

Kalau benar isu ini ancaman bagi keamanan & kesejahteraan negara,
bersidanglah badan legislatif, atas inisiatif segera oleh kepala kementerian yang telah gagal di dalam kes mempertahankan kesucian nama Allah ini sebelumnya. Buat akta baru. Tutup segala lubang
busuk yang selama ini dapat deksploitasi untuk memperlekah lslam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Jika benar-benar lslam mahu dimartabaktan sebagai agama pengatur segala aspek kehidupan [nizam/ideologi], supaya menepati tempatnya sebagai agama rasmi negara, [dan lebih daripada itu sebagai menyahut suruhan Rabb-nya] legasi hodoh ini wajib didepani dengan sepenuh keberanian, penuh rasa takut akan laknat pencipta agama ini - Allah SWT - jika mengkhianati amanah.

Inilah ketikanya utk berfungsi
sebagai da'i, dan kalau pun akan
'digagalkan', akan dimuliakan martabatnya sebagaimana Saidina Hamzah ra. Itu takrif sebenar seorang politus Muslim, apatah lagi kerana sangat hina bagi seorang mukallaf yang tidak
memasang niat untuk jihad. Maksud sabda Rasulullah SAW: 'Penghulu bagi para syuhada' adalah Hamzah dan sesiapa sahaja [lelaki] yang memuhasabah penguasa zalim, lalu [dia] mati [dibunuh] kerananya".

Namun, kepatuhan ke tahap yang sedemikian hanya disemai oleh ideologi Khilafah. Wallahu a'lam.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sdr abu faiq - ikuti fiqh keutamaan - bezakan strategi jangka pendek dan jangka panjang - pertamanya rapatkan saf, tunjukkan solidariti ummah; jgn berpecah belah - ustaz nasharuddin dan pas pusat sudah membuat kenyataan, jd sama2lah kita tunjukkan bantahan.

Unknown said...

Salam TFIA,

Saya meletakkan kesalahan terjadinya masalah ini di bahu semua politician yang selama ini terlibat...bermula 'the so-called ketelusan' zaman Pak Lah (BN/UMNO)...digemburkan oleh Anwar (PKR) dan disokong oleh Khalid Samad (PAS)..- sekadar menyebut beberapa nama...

Jadi sekarang umat Islam menghadapi krisis yang bakal membawa masalah akidah yang besar...bukan sekarang tapi masa depan...dan masalah ni ditambah pulak oleh sesetengah yang mengaku ulamak dan ilmuan Islam tetapi melihat konflik nama Allah ini sebagai tudingan jari bahawa kita hanya mementingkan nama Allah tetapi akidah tidak kita pentingkan..

Bagi saya mudah...anda yang hebat agama itu sila lah betulkan akidah manusia hari ini..biar kami yang bodoh2 ni cuba bantu membetulkan akidah anak-anak dimasa depan, sebab andai keputusan Mahkamah Tinggi ini berkekalan, maka jangan heran lagi 10 tahun akidah anak-anak kita bakal tergadai...

Salam Tuan...TQ

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

kalau kita bantah penggunaan nama allah sbg terjemahan kpd God dlm Bible oleh gereja katolik, maksudnya kita pentingkan aqidah umat islam lah.. klu sdr tak sama2 berjuang, itu baru maksudnya sdr tak kisah, klu sdr kisah, marilah bersama2 berjuang

Unknown said...

TFIA,

Saya sentiasa berjuang bersama...InsyaAllah, selagi darah Islam mengalir dalam tubuh, selagi itu hati ni tak tenteram bila nama Allah menjadi mainan...

TQ tuan..

Popular Posts