Sunday, January 3, 2010

ALLAH itu ESA - hari ketiga yang memberansangkan!!!


Alhamdulillah, nampaknya semangat jihad umat Islam masih lagi kuat. Kefahaman tentang fiqh keutamaan juga masih kukuh, justeru perbezaan fahaman politik, keturunan dan latar belakang diketepikan. Hari ini semakin ramai yang bertindak melakukan sesuatu; baik menulis di dalam blog, berceramah, membuat laporan polis, menghantar memorandum dan berkumpul menunjukkan bantahan, hatta yang paling mudah, iaitu memberi komen menyokong jihad ini di Facebook. Masing-masing mempunyai peranan; apa yang penting adalah kesungguhan untuk menyumbang sesuatu dalam jihad ini dan semangat untuk menunjukkan solidariti ummah!!!


Hari ini saja terdapat sejumlah bantahan berlaku di beberapa tempat dalam negara. Seperti yang dilaporkan oleh TV3, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan sejumlah NGO telah menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pagi tadi. Di Pekan, sejumlah NGO yang diketuai oleh ABIM telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di Melaka pula, Pemuda UMNO Negeri Melaka juga telah menggerakkan suara bantahan.

Petang tadi pula, sekitar pukul 3.00 di balai polis Sentul, sejumlah NGO dan peyokong parti-parti politik UMNO, PKR dan Pas yang datang atas inisiatif individu telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

8 Januari 2010, selain perhimpunan yang akan dianjurkan oleh PERKASA di Kg Baru, pada pukul 3.00 petang GERAKAN KEBANGKITAN RAKYAT (GERTAK) iaitu gabungan 20 NGO Terengganu juga akan mengadakan RAPAT UMUM FISABILILLAH di Pantai Batu Buruk selepas solat Jumaat di Masjid Ladang. Sama-samalah kita tunjukkan solidariti ummah nanti.


Bantahan di Pulau Pinang



Bantahan di Melaka

Kumpulan Facebook `Menentang Penggunaan nama Allah oleh Bukan Islam' yang baru dibuka tidak sampai tiga hari telah mengumpulkan sejumlah 19,000 orang pengikut sehingga jam 700 malam tadi.

Atas rasa tanggung jawab untuk mempertahankan aqidah Muslim juga, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan borang petisyen dalam talian untuk bantahan ini.

Bagi umat Islam, marilah kita menunjukkan solidariti untuk sama-sama menyokong petisyen dan kumpulan Facebook di atas. Tunjukkanlah, biarpun kita tidak dapat bersama rakan-rakan menunjukkan bantahan, kita tetap bersama mereka di dalam minda, hati dan perjuangan.

Difahamkan di pelbagai peringkat dan di masjid-masjid, semakin ramai orang Islam yang berbincang tentang apa yang hendak dilakukan agar generasi masa hadapan tidak dikelirukan dan dapat dipertahankan.

Hari ini, jumlah blog yang menyatakan bantahan sudah melebihi ratusan dan tidak sempat untuk dipantau lagi. Rata-rata menyatakan kemarahan, tidak puas hati dan kerisauan mereka tentang masa depan umat Islam.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin juga menulis pendek dalam kenyataan pertama beliau mengenai isu ini mungkin kerana merasakan bahawa kenyataan beliau sebelum ini bermasalah dan telah mendatangkan masalah.

Blogger serius yang lain turut mengemukakan pandangan masing-masing mengenai isu ini, misalnya A Kadir Jasin, Nobisha dan Voice.

Antara blog yang memaparkan artikel yang baik hari ini adalah Tahu, Faham dan Amal, AhmadJailani dan Naim.

Walaupun Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (dilaporkan oleh TV3) dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad (dilaporkan di sini) dan telah membuat kenyataan masing-masing, namun Harakahdaily masih mengurangkan spin mengenainya. Hanya dimaklumkan bahawa Pas akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membincangkan isu Allah ini. Pada waktu yang sama masih banyak penulis dan blogger Pas yang hilang arah, tidak sehaluan dengan Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan Pas Pusat serta masih bersikap negatif dan sinikal untuk berjuang bersama-sama umat Islam yang lain.

Apa pun hari ketiga ini menampakkan kesan yang jauh lebih memberangsangkan dalam jihad ini. Mudah-mudahan esok akan menjadi lebih baik dan kita dapat berjuang memastikan aqidah muslim terpelihara. ALLAH itu ESA!!! Bukan tiga dan bukan berbilang!!! Pelihara Aqidah Muslim.

5 comments:

Tam Dalyell said...

Salam Tun Faisal;

When Khalid Samad wrote

"... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " in his blog and infered that, quote "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, unquote, in the Qur-an, he has blasphemed.

NO ONE beside Allah s.w.t. say or utter the "allah" in the Qur-an.

All words in the Qur-an are Allah's word. It's Allah who say "Allah" in the Qur-an.

None of Khalid Samad's Christian or Jewish frinds has any share of words in the Qur-an. The Qur-an is NOT Khalid Samad's bible.

Khalid Samad has said something of Allah that he has no knowledge of.

About this, Allah has turned against Khalid Samad and his kind, 1400 years ago saying (9:30) ".... That is a saying from their mouth; (in this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. Allah's curse be on them: how they are deluded away from the Truth!"
----------------------------
Apabila Khalid Samad menulis

"... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " di dalam blognya serta condong kepada maksud , "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, di dalam Al Qur-an, dia sudah melakukan syirik kerana meletakkan hamba setaraf di sisi Allah iaitu menduakan Allah pada perkataan dan perbuatan.

TIADA SIAPA SELAIN ALLAH yang berkata-kata di dalam Al Qur-an.

Semua perkataan di dalam AlQur-an adalah Qalam un Qadiim. Hanya Allah menyebut "Allah" di dalam Al-Quran.

Tiada seorang pun kawan Nasrani atau Yahudi Khalid Samad berkata sesuatu di dalam Al Qur-an.

Khalid Samad telah memperkatakan sesuatu tentang Allah yang dia tiada ilmu mengenainya.

Berkenaan dengan pekerti dan dakwaan Khali Samad sedemikian rupa, Allah telah menghujjahnya 1400 tahun dahulu dengan berkata, "..... Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (9:30)

UMNO Cawangan Bukit Ampang said...

ISU KALIMAH ALLAH
Menjelang tahun 2010, isu yang hangat diperkatakan pada ketika ini adalah berkenaan isu yang membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh umat Katolik di dalam majalah Herald Catolic. Pelbagai percanggahan pendapat yang didengari ketika ini. Pelbagai persoalan yang banyak ditimbulkan salah satu darinya adalah seperti Apakah nas dan dalil yang mengatakan agama lain dilarang menggunakan kalimah tersebut? dan pelbagai lagi. Sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan untuk melarangnya. Ini seolah-olah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh dipertikaikan dan dianggap remeh oleh agama lain.

Saudara seislamku,

Pelbagai nas dan dalil yang mengatakan Allah itu adalah tuhan yang satu. Apakah umat katolik ketika ini telah mempercayai bahawa tuhan mereka adalah satu. Jika benar maka bersyukurlah. Jika tidak dalam alquran telah menyebut maka bagimu agamamu dan bagiku agamaku.

Di dalam isu ini pelbagai perkataan yang boleh digunakan oleh umat katolik untuk mentafsir tuhan seperti 'ilah' yang bermaksud tuhan tetapi mengapa dipilih perkataan 'Allah'. Apakah ianya bertujuan untuk memesongkan akidah umat islam? Jika demikian maka wajiblah seluruh umat islam memeranginya.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah ini ianya harus diberi perhatian kepada tujuannya dan niatnya. Mengapa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam? Allah bermaksud tuhan yang satu dalam tafsir. Ianya berteraskan kepada tauhid dan akidah umat islam yang mengatakan bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Perkara ini telah dinyatakan dengan terang bahawa agama Islam mempercayai Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Mengapa Katolik tidak boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam urusan agamanya. Ini adalah kerana agama mereka mempercayai tuhan yang tiga dan bukannya satu. Mereka mempercayai Isa ( Jesus ) adalah anak Tuhan dan ada sesetengah doktrin mereka mempercayai Isa (Jesus) itu tuhan. "Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu." -http://malay.bismikaallahuma.org/asas-asas-ajaran-kristian/

Oleh yang demikian wajarkah perkataan 'Allah' digunapakai oleh agama lain dan khususnya agama Kristian dalam isu ini. Jika mereka benar-benar mempercayai tuhan mereka adalah satu maka kita semua harus bersyukur. Ada sesetengah pendapat dari ahli doktrin PAS menyatakan perkara ini tidak salah seperti di laman web ibnu hasyim : http://www.ibnuhasyim.com/2009/03/tunjukkan-nas-dalil-bukan-islam-tidak.html. Tetapi ada juga artikel yang menarik untuk dibaca di http://rausyanfikir.com/2010/01/isu-kehilangan-adab-dalam-penggunaan.html.

Saudara seislam ku,
Peliharalah agamamu dan janganlah mempersendakannya. Ini bukan soal berdakwah tetapi soal tauhid dan akidah. Fikirkanlah wahai saudara seislamku.

-Biro Agama UCBA

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

salam dan tq Dal.. :)

Abu Faiq said...

Assalaam 'alaikum TFI & semua yang melayari blog ini,

1 Telah terang lagi bersuluh makar
musuh-musuh lslam yg tidak pernah berhenti misi penghancuran lslam mereka. Itu kita semua maklum benar, dan pasti usaha yang sedang digerakkan di sini pun juga satu daripada tangan-tangan panjangnya. Terima & ambillah fakta pilu ini & hadapinya dengan penuh sedar serta antisipasi. Juga terhadap orang/ kelompok yang dilihat senafas dgn
mereka, apatah lagi jika drp umat Mualim sendiri, awas-awas, selain
kita bongkar makar busuk mereka. Teori & kaedah infiltrasilah yang telah berjaya merosakkan pemikiran lslami umat lslam [terumatama para pemimpin mereka] dengan ideologi- ideologi thaghut sehingga Daulah Khilafah berjaya diruntuhkan.

2 Jika fiqh keutamaan yang mahu direalisasikan, maka TIDAK ADA YG LEBIH UTAMA daripada menjadikan lslam sendiri melindungi lslam, sebgaimana Allah sendiri bersumpah
[berjanji] akan selamanya menjaga al-Quran/lslam-Nya]. Terlepas drp menafikan apa yg sedang dilakukan sekarang sbagai aksi jangka pendek untuk solidariti, maka solidariti yang telah dibina itu sewajibnya diperkukuh pula dengan matlamat jangka panjang, bahkan matlamat utama perjuangan umat lslam, iaitu membina idea & melaksanakan usaha ke arah merealisasikan hukum-hukum syara'[syari'at] sebagai satu-
satunya ad-deen [nizam/ideologi/
peraturan kehidupan] yang pasti mampu menjadi penyelamat kepada lslam, umat lslam, umat manusia & alam seluruhnya [rahama[tan] lil'alaamin].

3 Berpaut kepada kontrak sosial untuk menjaga maruah lslam & apa-apa yg berkaitan dengannya, [sprti yang war-war & diharapkan selama ini] TIDAK LAKU bagi sesiapa saja yg ada niat & mahu mengingkarinya. Bahkan, isu mereka mahu berkongsi kalimah 'Allah' ini pun terjadi natijah daripada sikap ingkar akan kontrak sosial itu. Jelas, kontrak sosial adalah hukum maya, ilusi; muafakat tanda tinta yang tidak boleh dibawa berhujah dengan bukti dan fakta nyata. Di mahkamah undang-undang, benda mujarad tidak ada nilai. Dan mereka telah menang kerana ini.

Apa alternatif kita? Kembalilah, wahai umat lslam, kepada asas: berpegang hanya kepada syara' sebagai ad-deen. Kepada saudara-saudara Muslim saya drp PAS, UMNO mahupun PKR, berubahlah dari
'berdalih' kepada 'berdalil'.

TIADA KEMULIAAN TANPA ISLAM, TIADA ISLAM TANPA SYARI'AT, TIADA SYARIAT TANPA DAULAH KHILAFAH.

Anonymous said...

The concern here is the manner of such translation. Here are my questions:

1.
Is it the publication is just for Christians (as outlined in the hearing), and the content will not be used to preach other non-Christians? [Adakah penerbitan itu hanya untuk penganut Kristian, dan kandungan terjemahan itu tidak digunakan untuk berdakwah kepada bukan Kristian?]
2.
Are the current Malaysian Christians do not understand that God (in English) is “Tuhan” in Bahasa Malaysia? (I’m sorry, but I have to ask this.. because this shows how good is your English and Bahasa Malaysia. :) ) [Adakah penganut Kristian di Malaysia tidak memahami "God" (dalam Bahasa Inggeris) adalah "Tuhan" dalam Bahasa Malaysia"? (Maaf, tetapi saya terpaksa bertanya.. kerana ini menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia juga. :) )]
3.
Why the translation of God to be Allah being done now? Even though it is said hundreds years ago, why now? Why wouldn’y it be done years ago? [ Kenapa terjemahan itu dilakukan sekarang? Walaupun dikatakan sudah beratus tahun, kenapa sekarang? Kenapa tidak bertahun dahulu?]
4.
Why just the translation of God to be “Allah” just in Bahasa Malaysia”? Will it be used in other languages? [ Kenapa terjemahan "God" kepada "Allah" cuma dalam Bahasa Malaysia? Adakah ianya akan digunakan didalam bahasa lain?]

* I’ve taken the liberty of translating the questions to be answered either in Bahasa Malaysia or English.

I do hope somebody can give me an honest answer.

Thank you.

~ OnDaStreet
http://ondastreet.wordpress.com

Popular Posts