Friday, January 1, 2010

Bangkit dan tentang keputusan terjemah `God' sebagai `Allah'!!!!




Tahun 2010 dimulakan dengan cara yang menyedihkan di Malaysia, apabila Mahkamah Tinggi semalam, memutuskan agar majalah Gereja Katolik, Herald dibenarkan untuk menggunakan nama Allah.

Biarpun Islam merupakan agama rasmi negara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan, namun kedudukan istimewa ini nampaknya tidak membantu untuk memelihara aqidah umat Islam dari dipesongkan dan umat Islam Malaysia dari dikelirukan oleh golongan bukan Islam.

Allah SWT telah memberikan amaran tentang perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud "orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguh jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Rasulullah saw juga ada memberikan amaran kepada umat Islam tentang perkara ini. Sebuah hadis yang disampaikan oleh Abu Sai'd Al-Khudri r.a dan disepakati oleh semua perawi hadis menyebut, Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh-sungguh kamu akan mengikuti tradisi orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang dhob, nescaya kamu akan meniru dan mencontohi mereka. Kami pun bertanya, "apakah (yang kamu maksudkan adalah) Yahudi dan Nasrani? Beliau menjawab siapa lagi?"
Malangnya walaupun amaran ini telah diberi dan firman Allah swt dengan jelas menyebut `setelah pengetahuan datang kepada kamu', kita masih tidak menyedarinya dan ada pula yang sengaja menipu diri kita demi kepentingan dunia yang tidak kekal.

Faisal Tehrani dalam tulisannya bertajuk `Allah', mempertikaikan bahawa `Allah' digunakan di dalam kitab `Bible'. Malah hujah beliau, ia digunakan sebagai salah satu program indigenisasi Kristian bagi menarik golongan pribumi.

Abu Zulfikar di dalam tulisannya `Isu Penggunaan nama Allah oleh bukan Islam' pula menjelaskan bahawa penentangan penggunaan nama Allah apabila ia dinisbahkan kepada Roh Kudus, Jesus dan sebagainya. Beliau juga dengan meyakinkan menolak hujah yang membolehkan penggunaan nama Allah oleh gereja ini melalui tulisannya 'Menjawab Dr Asri - Isu Allah' dan berdebat dengan golongan Kristian dengan hujah yang menyakinkan di sini.

Hari ini kita mempunyai dua pilihan. Pertama, kita boleh duduk sahaja, mengeluh dan membiarkan sahaja keputusan ini yang akan membuka ruang dan menjadi contoh serta rujukan kepada pelbagai tuntutan oleh Gereja Katolik dan pihak-pihak lain di masa hadapan.

Kedua, kita boleh bangkit dan menentang keputusan ini atas dasar tanggung jawab generasi hari ini untuk berusaha melindungi aqidah generasi akan datang dan agar mereka tidak dikelirukan, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara Islam bernama Malaysia.
Ini bukan soal ketidak terbukaan, tetapi soal pemeliharaan aqidah umat Islam dan kemungkinan kewujudan agenda tersembunyi oleh pihak gereja Katolik. Ini juga soal sensitiviti atau kepekaan. Jika hari ini sebagai umat Islam, kita boleh membiarkan perkara yang boleh menggugat aqidah dilaksanakan atas dasar freedom of speech and expression, mungkin pada masa hadapan kita mungkin membenarkan anak-anak kita berbogel kerana kita sendiri suka melihat gambar bogel dan bagi yang berbogel, atas alasan bahawa mereka amat menghargai kecantikan tubuh badan mereka dan tiada salahnya untuk orang lain menghargainya bersama-sama.

Bagi yang menganggap diri mereka liberal, mungkin mereka boleh membaca artikel `Kerajaan Allah, Gereja dan pelayanan' dan `Israel, gereja dan kitab wahyu' sebagai antara ribuan contoh item yang boleh mengelirukan umat Islam dan aqidah generasi masa hadapan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam penghakimannya menyebut bahawa Kementerian gagal untuk mengadakan bukti bahawa penggunaan ayat itu boleh mengancam keselamatan negara dan boleh mendatangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Kita kesal kerana pihak yang diberi tanggung jawab untuk mempertahankan keputusan Menteri Dalam Negeri gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik. Kita mahu mereka memfailkan rayuan dengan SEGERA dan memastikan mereka dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Rayuan selepas ini.

Kepada pihak yang berkaitan, walaupun di dalam mahkamah mungkin pihak defendan gagal membuktikan ancaman terhadap keselamatan negara, tetapi itu tidak bermaksud ia tidak wujud dan kemungkinan itu tidak akan berlaku.

Bagi menunjukkan solidariti, keprihatinan dan kepekaan kita terhadap isu-isu yang akan menjejaskan agama Islam dan penganutnya, saya ingin menyeru agar kita bersama-sama hadir ke Masjid Wilayah hari ini untuk solat Jumaat dan menunjukkan bantahan kita terhadap keputusan ini.

Jika di Switzerland, masjid dilarang membangunkan menara masjid/minarets dan Perancis boleh mengharamkan pemakaian tudung di dalam era hak asasi dunia masa kini kononnya, kita tidak faham mengapa di Malaysia, di mana Islam merupakan agama rasminya, penggunaan nama Allah oleh gereja boleh dibenarkan pula?!!!
* Nota:
- Semakin ramai blogger yang menunjukkan bantahan dan rasa kurang senang dengan perintah mahkamah ini. Datuk Seri Khir Toyo merupakan antara pemimpin UMNO pertama yang menulis di dalam blognya mengenai isu ini. Antara blogger yang turut serta;
  1. Datuk Seri Khir Toyo
  2. rocky bru
  3. another brick in the wall
  4. anwar ibrahim Dot Com
  5. parpukari
  6. pisau
  7. Penglima Perang Cyber
  8. GAP
  9. Faisal
  10. Pejuang Bangsa
  11. zmsegamat
  12. arifomar
  13. garamanis
  14. rajahmas
  15. jeffrydamien
  16. darulehsantoday
  17. anginperubahan
  18. exception
  19. paneh miang
  20. aspirasi bangsa
  21. anak bukit gantang
  22. mummyrokiah
  23. korban-demokrasi
  24. redrooster
  25. waadat
  26. Tam Dalyell
  27. keris putera
  28. WBHIM
  29. Pena Minang
  30. Utusan Che Moq
  31. Segalanya Mungkin
  32. puteri nafishah
  33. zaharuddin.net
  34. Yang Gambi

4 comments:

red rooster said...

salam,
saya turut memberi komen dlm blog saya berkaitan isu ini sejak awal lagi. bukan nak mengenepikan kedaulatan mahkamah, tapi agak kecewa bagaimana isu ini boleh diadili oleh bukan islam (yg sudah tentu krg faham ttg sensitiviti umat islam)??? ..puak2 yg seblm ni sibuk mengaku memperjuangkan islam langsung menikus sejak isu ni timbul...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tq red rooster, saya dah tambah blog sdr dlm senarai yg blogger yg tak berpuas hati dgn kebenaran penggunaan nama allah oleh gereja ini..

Abu Faiq said...

Asaalamu 'alaikum TFI & semua yg melayari blog ini,

Ada beberapa hal berkenaan ayat al-Quran & hadith berupoa amaran itu.

1 Apakah kehendak mereka? Tidak lain agar umat lslam TIDAK BERHUKUM dengan hukum-hukum syara' di dalam mengatur kehidupan & pemerintahan secara kaffah, kerana dengan cara itu lslam tidak akan menjadi ad-deen [sistem/aturan kehidunan], sedangkan Allah menurunkan lslam supaya dijadikan sistem kehidupan. Dan mereka telah pun berjaya di dalam aspek ini apabila di dalam sistem kehidupan bernegara dgn ideologi demokrasi, secara perundang-undangan, hukum-hukum lslam tlh disyarikatkan [disyirikkan] dengan undang-undang sivil yg sama-sama dikongsi oleh umat lslam dan kaum yang sekarang mahu berkongsi nama Allah dengan umat lslam. Soalan: Bagaimana kita masih mahu juga mengharapkan pertolongan Allah sedangkan secara nyata lagi jelas kita yang menolak pertolongan itu [ayariat Allah] at the very fisrt place!

2 'Setelah datang pengetahuan itu' [lslam dengan segala pemikirannya, fahamannya, ideologinya & sistem-sistemnya] melalui al-Quran yang tidak pernah uat lslam pertikai sebagaimana kaum Nasrani telah mempertikai Bible, umat lslam mempertikai pula as-Sunnah Rasul-Nya tentang bagaimana lslam dizahirkan ke dalam kedihupan nyata secara kaffah, iaitu dengan mekasanakan syari'at di dalam pemerintahan. Sebaliknya, mereka pun mengambil idoelogi yang dilahirkan oleh Yahiudi & Nasrani itu [Sekular-Demokrasi-Kapitalis] sebagai ideologi mereka. Mereka telah benar-benar secara redha & sukarela masuk ke dalam lubang biawak itu.

Apa jalan keluarnya? Kembali kepada asas [fundamental], iaitu menegmbalikan kehidupan lslami di atas landasan as-Sunnah, pertama; dengan menggarap kekuasaan lslam mutlak, bukan dikongsi sebagaimana parti-parti umat lslam [baik PAS atau UMNO] lakukan sekarang.

Bukkankah segala kehinaan dan perlecehan kepada lslam dan umatnya adalah bukti jelas natijah daripada sistem pluralisme-liberalsme-moderat-pragmatik yang tidak lslami yang didukung sekerang?

Tidak ada kemuliaan tanpa lslam, tidak ada lslam tanpa syari'at, tidak ada syari'at tanpa Khilafah.rews

Groom said...

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Tanpa mempertikaikan keputusan mahkamah, saya ingin berkongsi pandangan tentang kemungkinan kesan jangka panjang terhadap kebenaran penggunaan nama Allah dalam ajaran Kristian di Malaysia berdasarkan keputusan penghakiman ini.

Dari segi kesan jangka panjang, dikhuatiri bahawa keputusan ini akan menjadi precedent (duluan) bagi tuntutan-tuntutan yang lebih ekstrim terhadap penggunaan terma dan istilah khusus dalam ajaran Islam untuk agama lain. Saya ingin berkongsi kisah yang benar-benar berlaku baru-baru ini untuk renungan bersama. Seorang rakan bukan Islam di pejabat saya telah pergi ke India untuk tempoh beberapa minggu. Sekembalinya beliau ke pejabat, saya telah bertanya kemana beliau menghilang? Apa yang amat mengejutkan saya ialah apabila beliau berkata bahawa beliau pergi ke India untuk mengerjakan ibadat ‘Haji’. Di sana, beliau telah pergi ke ‘Baituallah’ dan beliau telah berjumpa dengan ‘rasul’, para ‘nabi’ dan ‘ulama’ untuk mendapatkan ‘barakah doa’, mempelajari ‘hadith’ dan bagi memohon ‘syafaat’ mereka. Beliau menegaskan bahawa sebagaimana orang Islam, maka adalah ‘fardu’ juga untuk orang bukan Islam mengerjakan ‘ ibadat haji’ sekali dalam seumur hidup. Saya sungguh terkejut dengan kenyataan beliau (seorang yang terpelajar) dan saya mengatakan bahawa terma dan istilah seperti Baituallah, ibadat haji, para rasul, nabi, ulama’ dan hadith hanyalah terma khusus agama Islam. Namun beliau dengan keras menyanggah kenyataan saya dan sebaliknya mengatakan bahawa terma dan istilah-istilah tersebut bukanlah hak ekslusif Islam sebaliknya semua orang tanpa mengira latar belakang agama berhak menggunakan istilah-istilah tersebut. Yang membezakan hanyalah lokasi ibadat haji dan individu yang dipanggil rasul atau nabi tersebut. Bagi beliau orang Islam ada Allah, rasul, haji dan ulama’ mereka sendiri dan orang bukan Islam juga memiliki hak-hak yang sama. Justeru, saya kian marah apabila dengan bangganya beliau mengatakan bahawa beliau juga berhak memegang gelaran ‘Hajjah’ kerana telahpun menunaikan ibadat ‘haji’ walaupun berbeza lokasi dengan orang Islam.

Berdasarkan kisah di atas, saya khuatir sekiranya isu penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian ini tidak ditangani dengan bijak maka keputusan mahkamah ini akan menjadi judicial precedent (duluan kehakiman) terhadap tuntutan-tuntutan yang lebih ekstrim pada masa depan. Tidak mustahil kelak, mereka akan menuntut penggunaan Istilah seperti Haji, Baituallah, rasuluallah, syafaat dan sebagainya seperti mana rakan sepejabat saya di atas, dengan alasan bahawa istilah dan terma-terma ini seperti mana nama Allah tidak ekslusif untuk Islam. Antara, hujah yang sama akan digunakan ialah perkataan Allah telah digunakan berabad lamanya sebelum kedatangan Islam di bawah pimpinan Nabi Muhamad S.A.W. Maka begitulah juga dengan amalan haji yang telah diamal dan digunakan oleh orang bukan Islam termasuklah golongan Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam lagi. Maka istilah ibadat haji sebagaimana istilah Allah tidaklah ekslusif untuk orang Islam sahaja berdasarkan fakta-fakta sejarah.

Akhir sekali, saya juga hairan apakah orang seperti YB Khalid Samad lebih mendalam dan arif dalam pengajian Islam dengan membenarkan tindakan ini berbanding Ahli2 Majlis Fatwa Kebangsaan? Dan yang lebih hairan, apabila orang seperti bekas pemimpin Arqam, Ashari Muhamad dihukum kerana pegangannya yg bertentangan dengan fatwa Majlis Fatwa, tetapi YB Khalid Samad dibenarkan sebebasnya dan tidak diambil sebarang tindakan kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan? Bukankah sebagaimana Ashari, Khalid juga secara terang-terangan menentang pegangan Majlis Fatwa? Bila JAIS nak ambil tindakan pada Khalid

Popular Posts