Syabas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang telah memulakan inisiatif untuk umat Islam Malaysia membuat pendirian dan menunjukkan perasaan tidak senang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan gereja Katolik, Herald.
Perhimpunan secara aman di luar Masjid Wilayah, Jalan Duta selepas solat Jumaat adalah inisiatif pertama PERKASA dan dimaklumkan bahawa pada hari Jumaat hadapan, 8 Januari 2009, satu lagi perhimpunan aman akan diadakan di Masjid Kg Baru.
Kenyataan YDP PERKASA Negeri Perlis, Amier Hassan boleh dilihat di dalam klip Bulletin TV3 dan juga di sini. Mengulas isu yang sama, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memohon agar Majlis Raja-Raja membincangkan isu ini.
Bulletin TV3 turut menyiarkan pandangan peguam mengenai kedudukan istimewa Islam berbanding agama lain dan menyentuh sama ada keputusan penghakiman telah mengambil kira undang-undang dan enakmen lain seperti Perkara 11(4) yang menyebut bahawa undang-undang boleh dibuat bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Selain itu, Bulletin TV3 juga menyiarkan pandangan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abu Syukur Husin, kalimah Allah adalah ekslusif bagi umat Islam dan mempunyai maksud dan pengertiannya sendiri.
Pandangan dan komen daripada umat Islam yang lain di Masjid Wilayah boleh diikuti menerusi video klip di sini.
Sehingga lewat pagi ini, sebanyak 32 blogger turut menyuarakan rasa tidak gembira, kesal, ketidak puasan hati dan marah mereka di dalam blog masing-masing. Di kalangan pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohd Khir Toyo merupakan di antara yang paling awal menulis mengenai isu ini. Selain beliau, kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat disiarkan di Bulletin TV3 malam semalam. Sila klik di atas nama blogger tersebut untuk memahami kegusaran mereka.
Syabas kepada Pertubuhan Kebangsaan Islam Pelajar Malaysia (PKPIM) yang berani tampil untuk menyatakan pendirian membantah penggunaan nama Allah oleh Gereja Katolik ini. Malangnya semasa saya melayari laman-laman blog pembangkang, mereka masih `tertidur' dan menganggap isu ini sebagai satu isu enteng dan hanya sekerat dua yang memainkan isu ini, itu pun bukan untuk menyatakan kegusaran dan bantahan, sebaliknya hanya sekadar memperkecil-kecilkan usaha umat Islam yang lebih sensitif terhadap isu ini berbanding mereka (klik di sini dan di sini). Kononnya berpendidikan agama?!!!
Biarkanlah mereka hanyut dengan tahaluf siyasi yang terpesong dan politik lita'arafu yang penuh tipu daya.
Ingatlah amaran Allah SWT dalam surah al-Baqarah, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah. "sesungguhnya Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti KEMAHUAN MEREKA setelah datang pengetahuan terhadap kamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."
Bagi kementerian dan agensi berkaitan - sila SEGERAKAN rayuan. Lihatlah kes ini sebagai satu kes yang berprofil tinggi dan lakukan persedian yang secukupnya. Jemputlah tokoh-tokoh agama yang tinggi ilmunya dan peguam-peguam yang licik serta berkepakaran dari firma guaman swasta untuk membantu agar kita boleh meyakinkan mahkamah bila tiba waktunya.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir pada perhimpunan semalam, marilah kita bersama-sama hadir pada Jumaat depan di Masjid Kg Baru. Marilah kita bersama-sama tunjukkan solidariti ummah dan keprihatinan yang tinggi terhadap isu ini!!!
9 comments:
Saya sokong Tun bahawa kita perlu segerakan rayuan keputusan Mahkamah tersebut.
Kita perlu jaga nama Allah dari digunakan oleh bukan empunya.
Syabas Tun ! jumpa di Kg Baru minggu depan..
tun
buat sampai menang tun ! ini AGENDA KITA..tolak yang lain...aku support kau..
pls tolong tolak yang lain..FOKUS yang ni !
tq panglima dan GAP, dalam masa dua minggu ni kena buat, so kawan2, mari kita sama2 berusaha, bila nasi dah jd bubur, kita terima sahaja lah jwbnya...
Assalamu 'alaikum TFI & semua yg melayari blog ini,
Kita semua pun tertunggu-tunggu sangat hendak mengucakan tahniah yang serupa kepada majlis raja-raja, majlis legislatif kebangsaan,
majlis fatwa kebangsaan, jakim, majlis/persatuan peguam syari'i kebangsaan, parti-parti politik umat lslam & phak-pihak lain yang berotoriti tentang 'memelihara' dan 'melindungi' lslam.
Namun, jangan terlalu berharap kerana di negara ini yg paling atas adalah Perlembagaan Negara, baru kerajaan, baru raja-raja dan lslam duduk nombor empat di dalam hirarki ikut perlembagaan kita.
Suara rakyat; untung sabut timbul. Yang pasti suara mereka hanya diminta empat atau lima tahun sekali, walau bagaimana kuat sekali pun mereka meranung. Tak percaya, tunggu & lihat sahaja apa yang dapat dilakukan oleh pihak2 yang berkenaan sekaklipun telah banyak diadakan bantahan dan demonstrasi tentang isu ini.
I am willing to stand corrected but as muslim how can we not accept what is stated in the Quran? Please refer to the following surahs and tell me what you think.
Quran in Surah Az-Zukhruf(43:87) and Surah Al-Ankabut (29:63) tell us that the non-muslims at that time were indeed refering to their god as Allah. Further, in Surah Al-Ankabut (29:46) which is translated as “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri".
Tun, blog satuhala (www.satuhala.blogspot.com) ada bg penjelasan apa tujuan sebenar diorang nak gunakan kalimah Allah. 1. Untuk jg kesucian nama Tuhan kristian supaya tak tercemar krn mereka tak tahu cara sebutan yang betul.
2. Agenda kristian dalam projek DAWN.
3. Blogger satuhala tu kata, dia tentang penggunaan nama Allah oleh Kristian kerana diorang bukan hanya guna nama tu untuk refer 2 tuhan diorang saja, malah merujuk kpd firaun, tuhan2 palsu dan berhala-berhala serta tokong2 buatan manusia..
Tun mesti baca dan bawa pengetahuan ni perhimpunan kg. Baru jumaat nanti. semua org mesti tahu.. kalau boleh fotostat artikel 2 banyak2. baca artikel penuh kat link ni..
http://satuhala.blogspot.com/2010/01/gerhana-awal-2010.html
saya berkongsi.. saya tak banyak ilmu tapi saya mahu berjuang dan ini sj sumbangan yang dpt saya bg buat masa ni.. wassalam..
abu faiq - saudara boleh menunggu jika sdr nak; bg saya itu personal responsibility setiap org islam utk memastikan aqidah umat islam terpelihara dan umat islam tidak mudah dikelirukan..
habib, sila rujuk blog yg sebelum ini utk melihat bagaimana faisal tehrani dan abu zulfikar menjwb persoalan berkaitan kristian; keduanya - sdr mentafsirkan ayat itu out of context; dlm konteks ini ayat 120 al-baqarah lebih tepat konteksnya, jd jgn terkeliru.
zachary, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan.. :)
Perhimpunan secara aman di luar Masjid Wilayah, Jalan Duta selepas solat Jumaat adalah inisiatif pertama PERKASA dan dimaklumkan bahawa pada hari Jumaat hadapan, 8 Januari 2009, satu lagi perhimpunan aman akan diadakan di Masjid Kg Baru.
Bro, 8 Januari 2009 ke 2010?
Salam buat rakan seagama yg sedang berkobar2 mempertahankan kalimah " Allah"
Saya mungkin tertinggal jauh pasal tak tau bila permohonan " puak kafir" nie mula dibuat. Pada masa tu tak ade ke rakan2 seagama aku yg cerdik pandai yang sentiasa dapat berita terkini sedar benda nie. Masa tu tak ade ke demontrasi supaya mahkamah gugurkan aje kes nie.
Kenapa dah jdi bubur baru nak melalak.
Mungkin dulu tertidur sekejap... sekarang baru tersedar... Tapi bagus lah. Sekurang2nya dah sedar.
Allah tuhan kita tetap begitu samada kita pertahan atau tidak. Tapi adakah cukup hanya mempertahankan kalimah nya saja. Sedangkan kita tidak mengamal apa yg disuruhnya.
Aku secara peribadi beriman dan berpegang dgn ayat akhir surah Al Fath... jangan main api.. Aku lebih dulu sampai ketempat yang diperlukan dari kalian yg lebih sudu dari kuah.
Wasalam...beragama zahir dan bathin.
Post a Comment