Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009 bukti anak-anak kita teraniaya?!!!


Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Tan Sri Alimuddin Mohd Dom telah mengumumkan bahawa keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) meningkat. Jumlah mendapat semua A meningkat daripada 46,641 pada tahun 2008 kepada 48,121 pada tahun 2009. Peratus pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains juga meningkat berbanding tahun lepas.

Pencapaian Matematik meningkat sebanyak 4.2% dan Sains pula meningkat sebanyak 4.7%. Jurang pencapaian Bandar-Luar Bandar juga diumumkan semakin menurun, iaitu diambil dari segi pencapaian semua A, daripada 4.22% pada tahun 2008 kepada 3.64% pada tahun 2009. Bagaimanapun tidak diumumkan sebarang data tentang seramai mana pelajar yang menjawab dalam bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik berbanding yang menjawab dalam bahasa Melayu. (Jika ada dalam akhbar pagi ini, saya akan kemas kinikan analisis ini)
Dalam Bulletin Utama TV3 malam semalam, dilaporkan bahawa seorang murid berketurunan Melayu yang belajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan yang merupakan anak kepada seorang pemandu lori telah mencapai keputusan cemerlang 7A.

Adakah anak-anak kita teraniaya kerana dipaksa mengikuti dasar PPSMI selama ini? Atau, adakah kerajaan telah terkhilaf apabila membuat keputusan berdasarkan data kajian pihak yang sebenarnya tidak berkecuali dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana pihak tersebut sejak dari sebelum pelaksanaan telah diketahui menentang dasar ini?

Apa pun dari segi dasar, anak-anak kita ini yang mencapai keputsan cemerlang dalam UPSR 2009 walaupun sebelum ini mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kohort ini adalah kohort kedua yang mula didedahkan dengan PPSMI sejak tahun 2004. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun lepas, iaitu sehingga Tahun 5 mereka telah belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan sepatutnya masih mempelajarinya dalam bahasa tersebut tahun ini kerana dasar ini hanya akan dihentikan secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2012. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku teks dan bahan bantu mengajar yang dibekalkan dalam bahasa Inggeris.


Pada waktu yang sama, anak Melayu yang mencapai keputusan cemerlang 7A di SJKC membuktikan hipotesis bahawa anak-anak kita boleh beradaptasi dengan baik walaupun diajar dan belajar dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka. Walaupun hanya anak seorang pemandu lori, ia bukan alasan untuk tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Pada waktu yang sama juga, kita boleh perhatikan ramai anak bukan Melayu dan Bumiputera Bukan Melayu di Sabah dan Sarawak di Sekolah Kebangsaan turut mempelajari subjek-subjek UPSR ini dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka.

Benarkah dakwaan pihak tertentu bahawa keputusan peperiksaan awam termasuk UPSR telah dimanipulasikan bagi menyokong dasar PPSMI? Jika ini benar, apakah keputusan UPSR 2009 ini juga turut dimanipulasikan? Kita nantikan laporan penuh dan analisis seterusnya.

5 comments:

Gedung Akal said...

Keputusan UPSR tidak menunjukkan anak-anak kita teraniaya tetapi akan membawa kepada kehilangan satu generasi Melayu.
Kehilangan generasi TIDAK boleh dilihat sesingkat tempoh UPSR atau PMR.
Melayu sudah hilang jawi dalam tempoh 30 tahun kerana dasar merumikan bahasa Melayu.
Melayu akan hilang bahasa dan bangsa kerana dasar menginggeriskan ilmu.

Percayalah generasi kita akan hilang jika ilmu atau sains tidak diajar dalam bahasa ibunda. Percayalah tuan!
Anak-anak kita dalam setahun dua ini tidak teraniaya kerama PPSMI tetapi genaersai pewaris bangsa kita akan teraniaya.
Sama ada tuan UMNO atau tidak cuba fikirkan untuk bangsa dan agama sendiri. Itu sahaja!

taipingmali said...

kena buat dua aliran lah...satu aliran melayu dan satu aliran inngeris...

hazou said...

hmm encik gedung akal, sy terdengar sekarang ni DBP mencari orang untuk terjemah kitab2 matematik and sains dalam bahasa melayu..pergilah mohon kerja tu. Nampak sanagt kekurangan penterjemah..ni lah orang kita..bila nak menentang semua ikut tapi last2nya habuk pun tadak..cam ne

Uji Adam said...

Apa-apa pun.....Mengapa Terengganu.. bukan Selangor, Johor atau Kuala Lumpur ?????Tahniah Terengganu kerana telah mencatat rekod cemerlang sebagai negeri terbaik pencapaain UPSR seluruh Negara selama "9 TAHUN BERTURUT-TURUT"...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

gedung akal - maksudnya bukan psl pencapaian la yg diaorg bising2 tu, tp psl bahasa melayu betul? itu maksud sdr ttg kajian pembina dan upsi tu kan? :)

Popular Posts