Thursday, June 4, 2009

ICT di sekolah perlu peningkatan

Seorang rakan saya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah dalam bandar mengeluh daripada 20 unit komputer meja di makmal, hanya enam sahaja yang berfungsi. Pada waktu yang sama akses kepada internet adalah amat perlahan dan ini menyulitkan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu agak susah untuk melakukan `housekeeping’ setiap hari kerana ia memakan masa yang agak lama.

Andaian saya, makmal tersebut mungkin disiapkan pada fasa pertama atau fasa kedua yang mempunyai komputer meja yang lama dan masih belum diganti dengan yang baru. Kedua, difahamkan kelajuan capaian jalur lebar di sekolah-sekolah masih rendah, iaitu pada 2 Mbps dan masih menggunakan teknologi lama. Ketiga, kemungkinan sistem komputer yang lama melambatkan penggunaan pelbagai aplikasi dan perisian baru yang digunakan (atau sesetengahnya tidak dapat digunakan) selain menyulitkan lagi proses `housekeeping’.

Tidak dinafikan memang terdapat sejumlah kelemahan dalam pelaksanaan program ICT di sekolah-sekolah. Seorang rakan yang baru pulang dari luar negara terkejut apabila mengetahui bahawa kelajuan capaian jalur lebar di sekolah hanya pada 2 Mbps sedangkan di kebanyakan sekolah di United Kingdom (UK) dan Australia rata-rata menikmati kelajuan capaian pada 50 – 100 Mbs. Di sebuah sekolah di pinggir London, Pekham Academy, misalnya mempunyai kelajuan capaian pada 100 Mbps bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berkesan.

Dari segi rangkaian setempat, kebanyakan perkakasan di sekolah-sekolah dalam negara masih tidak dihubungkan dengan rangkaian setempat yang berkesan. Rangkaian setempat hanya dibuat di makmal komputer dan jika bernasib baik ada sekolah turut mempunyai di bilik guru. Hanya sekolah yang bernasib baik sahaja mempunyai rangkaian tanpa wayar (wireless), itu pun pergunaannya terhad atau tidak efektif akibat kelajuan jalur lebar yang perlahan.

Difahamkan juga bahawa penyelenggaraan perkakasan ICT masih menjadi isu utama di sekolah-sekolah tertentu dan ada perkakasan yang sudah tamat tempoh penyelenggaraannya. Begitu pun tender penyelenggaraan di peringkat pusat masih belum diputuskan walaupun tawaran mengenainya telah dikeluarkan sejak tahun lepas lagi.

Di sinilah pembayar cukai mengeluh tentang perkhidmatan dan sistem penyampaian kerajaan. Sesuai dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu 1Malaysia; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, diharapkan agar prestasi bahagian-bahagian yang terlibat dalam pelaksanaan ICT di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat dipertingkatkan.

Seperti yang disebutkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan, selain korupsi dan penyalah gunaan kuasa, sistem penyampaian yang tidak efisien dan kualiti khidmat yang diberikan juga merupakan petunjuk penting kepada tahap integriti penjawat awam.

Bagaimanapun sehingga kini kita masih belum dapat melihat senarai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pegawai-pegawai kanan kerajaan. Kita berharap agar ia dapat dibentangkan sesegera mungkin agar kita mengetahui bila masalah yang membelenggu pelajar dan guru di sekolah seperti ini dapat diselesaikan.

Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 3 Jun 2009

2 comments:

PARPUKARI said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Anonymous said...

betul saya pernah pergi ke sekolah di laha datu nak ajar cikgu-cikgu buat e-filing tetapi dengan rasa kecewa dan terkejut tengok KEADAAN KOMPUTER mereka. Ada dkt 30 unit tetapi masih guna Window 98 dan komputer itu takde slot USB!!

Dan lebih teruk lagi komputer itu di perolehi pada tahun 2003..

Utk pengetahuan tuan di daerah Sabah kebanyakkan sekolah memang kedaifan dari segi kemudahan ICT.

Itu lah yg mengejutkan saya apabila Saudara Ketua Pemuda Kalabakan di lantik menjadi Exco Pendidikan kerana dia tak pernah ambil tahu perkara ini.

Popular Posts