
Suparman kehilangan kaki kirinya dan cedera parah di kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis semasa melakukan Ops Bersih di Kampung Lalang, Kelian Intan dekat Keroh di Gerik pada 21 April 1981 semasa berusia 25 tahun.Menurut bapa kepada sembilan anak itu, walaupun tidak pernah berdendam dengan komunis atas apa yang berlaku kepada dirinya itu, dia tidak dapat memaafkan cara komunis membunuh anggota keselamatan dan orang kampung dengan kejam.
''Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis. Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.
Dia turut melahirkan kebimbangan wujud usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula ideologi komunisme di negara ini sehingga boleh menyebabkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 berulang. ''Orang kena faham, walaupun komunis telah berdamai dengan kerajaan, mereka tidak menyerahkan senjata dan menyimpannya di tempat lain. Saya hendak tanya berapa ramai anggota PKM yang mempunyai 10 kekuatan menyerahkan senjata mereka,'' katanya.
Suparman juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan istilah perikemanusiaan bagi mewajarkan usaha membawa balik Chin Peng.''Kalau kita bantu orang miskin, mangsa tsunami atau bekas perajurit yang kini hidup susah selepas cacat anggota akibat kekejaman komunis, itu barulah dasar perikemanusiaan,'' katanya.
(Dipetik dari Utusan Malaysia, 30 Mei 2009)
3 comments:
MEMANG HARAMJADAH SI KOMUNIS BABI NI!
Parpu... lebih haram jadah Nik ajis ngan anuar yang sokong komunis ni
inilah akibatnya manusia seperti anwar ibrahim dan sekutunya yang buta sejarah. semata-mata hendak mencari populariti, perkara sebegini rupa boleh dijadikan isu sedangkan anwar nie pun tau, ada antara keluarganya dikelar oleh komunis itu sendiri.
Post a Comment