Bersama-sama rakan-rakan dari cawangan Bunga Alamanda, Bunga Kiambang dan pengundi Parlimen Putrajaya semasa Majlis Qurban Parlimen Putrajaya pada hari Ahad, 6 November 2011. Sebanyak 43 ekor lembu dikorbankan. Menariknya lembu cawangan Bunga Kiambang terlepas dan terpaksa dikejar kerana ada yang bijak pandai melepaskan talinya. Sudahlah lembunya besar dan garang. Mujur tidak jadi seperti tahun lepas apabila lembu qurban cawangan Bunga Mawar terlepas lari sehingga ke Dengkil... ha ha ha. Kalau tidak sampai malam la baru selesai kerja qurban.
Apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu cawangan bunga Kiambang dan Alamanda. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semoga Allah murahkan rezeki datuk seri. Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua dan selamat menjalani ibadah qurban. Berdoalah kita semua agar diberi jiwa pengorbanan yang tinggi seperti Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. serta diberikan kesungguhan dan kesabaran seperti Siti Hajar. Amiiin.
Terima kasih Blogger Double-Y kerana sempat merakam gambar semasa kerja qurban dilaksanakan. Sayangnya tidak ada gambar waktu kami berhempas pulas menarik tali lembu yang terlepas. Ada yang tersungkur dan hampir ditanduk... :) Siapa yang sempat merakam gambar waktu tu, sudi-sudikan untuk hantar kepada saya. Terima kasih.
4 comments:
slmt hari raya bro..
plz links my bloq..
http://bujangsenangbn.blogspot.com
selamat hari raya, selamat menjalani ibadah qurban. sudah link bro :) lama sudah :)
uhhhhh hebatnya artikel ni .... boleh jadi modal buat sanggah kat blog pembangkang ni
wah3...sampai terlepas lembu tu... klu terlepas kt cyberjaya, sy hantar g saba restaurant minta buat nasi arab...hehehhe
Post a Comment