Tidak perlulah menangis umat Islam di Selangor dan di Malaysia. Tontoni video di atas untuk melihat betapa pemimpin pro-PKR memandang remeh tentang isu murtad. Di bawah adalah kenyataan Anwar bahawa Pas juga bersekongkol membenarkan umat Islam murtad.
Jadi tidak perlu hairan kenapa gejala murtad semakin berleluasa di negeri Selangor dan negara ini. Faktor utamanya - bila kepimpinan PR tidak ada dasar yang jelas untuk menangani gejala murtad di kalangan umat Islam sebaliknya menjadi penggalak dan pemangkin kepada gejala ini.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berdasarkan pemerhatian, terdapat sekurang-kurangnya 7 faktor utama yang berkemungkinan menyebabkan gejala murtad semakin menjadi-jadi di negeri Selangor dan di negara ini:-
1. Sokongan terbuka Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR terhadap gejala murtad seperti kes Lina Joy dan sokongan terhadap pembela golongan murtad seperti Ambiga.
2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, golongan agama dalam Pas sibuk berpolitik di masjid, surau dan sekolah serta berpolitiking dan serang menyerang sesama sendiri. Manakala Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty `tidur lena' sehingga ahli-ahli Melayu PKR terus keliru dan sesat dalam ideologi sosialisme, pluralisme dan sekularisme.
3. Sokongan terbuka pemimpin PR terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus melalui usaha menggantikan Biblical God dengan kalimah Allah.
4. Ulama dan golongan agama PR turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia seperti sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau. Ini semakin mengelirukan umat Islam dan lama kelamaan boleh menggelincirkan mereka kepada kesesatan dan kemurtadan.
5. Kegagalan PR menunaikan janji-janji untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diRASUAH untuk menukar agama.
6. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat kedudukan agama Islam di negeri Selangor dan di semua negeri PR.
7. PR Selangor tidak menggariskan sebarang dasar dan pendekatan yang berkesan untuk memerangi gejala murtad di negeri Selangor.
Disebabkan semua ini, saya berani mencabar Ketua Dewan Pemuda Pas untuk melakukan 5 perkara sebagai bukti kesungguhannya menangani gejala murtad!
4 comments:
isu murtad ni dh lama di malaysia ni..sebelum pkr ambil alih selangor lagi...apa tindakan kerajaan dulu...?kenapa sekarang baru nk kecoh...?kerana politik agama binasa...na'uzbillah...
http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/719/paderi-melayu/
" kenapa sekarang baru nak kecoh?"
Are u implying that isu murtad ni tak patut dikecohkan? why? sebab berlaku di negeri PR?
kalau dulu x kecoh, sekarang pun x payah nk kecoh ke?
biasalah PR, dia yg galakkan murtad, skrg nak cuci tangan; ini kesan politik PR. skrg dok perhangat rasa tak puas hati antara kaum, bila berlaku rusuhan kaum, dia akan cuci tangan dan salahkan org lain. itu standard mentaliti PR :)
Arwah opah pernah bercerita satu kejadian yang betul2 berlaku di Pulau Pinang di zaman sebelum merdeka.
Seorang shariffah yang cantik telah murtad dan amat rajin pergi ke gereja setiap hari ahad.
Pada satu hari ahad ketika beliau sampai di hadapan gereja tersebut belum sempat masuk ke dalam gereja lagi...ditakdirkan Allah petir telah datang menyambar shariffah dan beliau mati di situ juga...di hadapan gereja yang selalu beliau kunjungi itu.
Na'uzubillah min zaalik.
Ya Allah janganlah engkau bolakbalikkan hati orang2 islam di m'sia ini setelah engkau beri cahaya keimanan. Hidupkan kami dalam islam dan matikan kami dalam beriman kepadaMU ya Allah..amin..amin ya rabbal 'alamin.
Post a Comment