Monday, January 2, 2012

YDP MPP UPSI kecam Adam dan SMM (`Solidariti Minoriti Mahasiswa)



Demonstrasi SMM dikecam Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan perhimpunan haram di hadapan universiti tersebut malam tadi.

Yang Dipertuanya, Muhammad Afiq Fikri Mislan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja memalukan golongan mahasiswa malah mencemarkan nama baik UPSI yang berdekad lamanya melahirkan ramai negarawan dan tokoh pendidik.

Muhammad Afiq Fikri berkata, pelajar UPSI tidak sepatutnya dikaitkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana hampir kesemua peserta perhimpunan itu disertai pelajar luar.

“Kami sama sekali tidak setuju dengan demonstrasi ini kerana ia mengganggu kehidupan pelajar. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan semuanya mahasiswa UPSI.

“Jika ada pun yang terlibat, mungkin seorang dua dan ia tidak langsung mewakili suara keseluruhan mahasiswa UPSI. Mereka adalah golongan minoriti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Afiq berkata, jika demonstrasi yang diadakan sehingga lewat malam tadi untuk menyelamatkan seorang pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim daripada dikenakan tindakan tegas pihak universiti, ia sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Katanya, pihak universiti sendiri belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan Adam menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.

“Lagipun, sebarang tindakan yang mungkin dikenakan nanti bukan diambil secara sambil lewa tetapi berdasarkan bukti-bukti kukuh mengikut penilaian jawatankuasa khas universiti,” 

2 comments:

bdk kampus said...

mereka ramai kwn kt kampus tu tp tak sehaluan dgn cara adam ni..dgr citenya kwn2 tu kata nk turun mlm tu tp tak jadi, ada pun skdr pemerhati/tepi longkang tgk demo tu.. smuanya bdk2 pelajar luar yg meramaikan demo tu, ada jg bkn plajar ..sj nk meramaikn...ada 2 3 org je bdk kampus join..gempak je lebih bdk2 ni tp tak ada siapa pun suka cara mereka..kononnya wakil mahasiswala sgt, perasan je tu..

Lidah Melayu said...

hehehe Teman pon same ade kat tempat kejadian ... teman sedih biler tengok semua Pelajar MELAYU je yang ade .. pastu teman tanyer kat sahabat teman seorg juga pelajar UPSI dier pon cakap benda yang sama dalam ramai2 tu hanya 2 3 org je budak UPSI yang lain maner datang entah ... YANG JADI PERSOALAN KAT TEMAN SAPE YANG RAMAI2 TU BETUL KE MAHASISWA/WI... ENTAH2 MANER ORG YANG DIUPAH UNTUK MENIMBULKAN PROVOKASI ... SEDIH2

Popular Posts