Sms dr rakan - Nurulizzah x dihirau pon kt majlis kawen d pantai dlm harini. Org2 dia je sebok2 edar kelender lockerz.com/s/168081943
Semalam seorang kawan menghantar MMS berbunyi - "Nurulizzah x dihirau pon kt majlis kawen d pantai dlm harini. Org2 dia je sebok2 edar kelender". Kenapa ehhhh? Mungkin orang Lembah Pantai masih ingat perbuatan dia tidak mengendahkan mereka?
Kisah di bawah dipetik dari blog Semut Hitam
Kami kat Berita Lembah Pantai ni follow je kes kebakaran Jln Kubur minggu lepas. Iye lah mana taknya,salah sorang dari kami duduk lebih kurang 50 meter je dari tempat terbakar tu, nasib baik la bomba cepat, kalau tak kira rentung lah juga rumah dia, tinggal selai sepinggang je jawabnya.
Dan dengan kaget nya kami peghati je Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan team dia handle kes kebakaran, dibandingkan dengan bagaimana dengan kagumnya kami tengok bagaimana Team UMNO diketuai Ketua Bahagian Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Persekutuan handle isu ini.
Macam langit dengan bumi!
Berikut sequence kejadian dan bagaimana si Nurul menipu hidup-hidup satu dunia dengan twitter nya!
Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Kebakaran bermula jam 5.20 petang, api dipadam jam 6.30 petang.
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Syed, Kamal dan beberapa Pemuda UMNO serta ahli UMNO Caw Spg 3 turun melihat kebakaran dan bantu mangsa apa yg boleh dibantu. Segera maklum pada Raja Nong Chik dan SuPol RNC Sazali Kamilan. DBKL iaitu agensi di bawah Menteri Wilayah Raja Nong Chik juga terus turun buat bancian (gambar bawah).
Gambar diambil seorang Pemuda UMNO masa terbakar!
DBKL buat bancian petang kebakaran
Tindakan PKR Lembah Pantai:
Sapa pun tak nampak muka!
Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib, sekitar 8 malam.
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik dan Pegawai2 UMNO Bhgn turun melawat mangsa di Dewan UMNO Jalan Kubur. Uruskan bantuan dari Yayasan Wilayah, JKM.
UMNO menempatkan mangsa2 kebakaran di Dewan UMNO Simpang 3. Jentera UMNO Cawangan kerja sepanjang malam uruskan kebajikan mangsa; makan minum, tempat tidur, barang-barang perlu. JKM setuju sponsor 3 hari, Jumaat hingga Ahad.
Raja Nong Chik di kawasan kejadian malam kebakaran
UMNO Bhgn melawat penempatan mangsa yg diurus UMNO Spg 3
Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen Lembah Pantai berada di Kuching, berceramah untuk DAP! “charming Sarawakians”, kata Nurul Izzah. Apa lagi yang Puan izzah nak goda tu Puan, bukan ke dah bini orang?
No comments:
Post a Comment