Thursday, October 13, 2011

#GantilahJanganTido Rakyat dah benci PR, sekarang yang dalam PR pun benci Ahli Parlimen PR



[Nota: Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Kampung Baru diperdebat dengan begitu hebat sekali di Parlimen. Seperti biasa pembangkang cuba mengambil mileage politik seolah-olah penarikan RUU Pembangunan Kampung Baru 2010 adalah hasil perjuangan mereka. Namun begitu seperti yang didedahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik, dalam lebih dari 20 perjumpaan dengan waris Kampung Baru, hanya sekali dua wakil Pas hadir dan itupun tidak dibenarkan bercakap banyak oleh waris kerana dia bukan pewaris seperti mereka.

Tidak perlulah Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim hendak claim mileage kerana memang input mereka tiada dalam mesyuarat dengan pewaris. Tidak perlu juga handak menuduh BN handak menyamun rakyat seperti mereka kerana perancangan yang dibuat oleh kerajaan BN adalah dengan input dan persetujuan pewaris. Akhirnya seperti dijangka, PR tewas dalam undian, apabila RUU tersebut diluluskan dengan 72 orang menyokong dan 28 menentang.

Namun apa yang menarik adalah impak selepas undian itu. Jelasnya kepimpinan PKR bukan sahaja dibenci oleh rakyat namun dibenci oleh penyokong PKR sendiri, termasuk blogger yang menyokong mereka. Di bawah dicatatkan tulisan blogger yang dimaksudkan agar anda semua mengambil iktibar.]



masanya telah tiba untuk kita memastikan
siapa yang perlu kita sokong dalam piliharaya ini
kes kampong baru telah membogelkan
ramai ahli parlimen pakatan rakyat tidak hadir
bukan pula mereka minta maaf kerana tidak hadir
mereka memutar belitkan fakta kenapa tidak hadir

kita nak tahu KENAPA TAK HADIR?
kita nak tahu KENAPA HANYA 28 SAHAJA YANG HADIR?

selama ini kita tidak sedar bahawa ramai yb kita ponteng
selama ini kita anggap semua berjalan lancar
nasib baik ada kes kampong baru
tanah orang melayu ini tergadai
kita tak boleh buat apa apa
tetapi ada pengajaran dari trajedi ini
kita diberi maklumat saheh
bahawa hanya 28 orang sahaja yb pakatan yang hadir ketika mengundi
inilah hikmah trajedi kampung baru

untuk pemngetahuan pembaca
sila beri tahu orang kampong bahawa:

yb ini dibayar
mereka ada elaun tetap
mereka dapat pencen
mereka boleh klim duit perjalanan
mereka dapat AP untuk beli kereta
ketika parlimen bersidang mereka dapat lagi elaun

bagaimana mereka dapat kerja ini?

orang ramai yang menaikkan mereka
orang ramai yang mengundi mereka

mereka berkempen minta diundi
mereka membuat janji
mereka bermulut manis
tetapi lepas diundi mereka tak pergi buat kerja
lepas menjadi yb mereka ponteng bila parlimen bersidang
buktinya hanya 28 orang saja yang datang
ketika rang undang undang kampong baru diluluskan
yang lain mana pergi?
yang lain buat apa?

cuba fikirkan
kalau kita bekerja di pejabat
kalau hendak cuti kita minta pada majikan
kalau di sekolah
kita minta cuti dari guru besar
tetapi
nampaknya YB ini ikut suka hati mereka sahaja
datang tak datang mereka tak peduli
yang penting mereka dah jadi YB

pilihanraya akan sampai
kita jadikan kes kampong bari ini
sebagai batu tanda untuk siapa yang patut kita sokong
semua pembaca tukar tiub wajib meneliti
sama ada yb diwilayah mereka patut disokong atau ditendang
ini tugas suci kita sebagai warga yang bertanggung jawab

sila hantar senarai siapa yang patut kita sokong
dan siapa yang patut kita tendang
tak guna cakap berjuang untuk rakyat
tak guna berbuih buih mulut cakap hal islam
tak guna bertempek: lawan tetap lawan

tapi:

ketika mengundi di kampong baru tak hadir!

SEBAGAI KAJIAN SEJARAH:

NAMA NAMA YB YANG HADIR KETIKA MENGUNDI PADA 4HB OKTOBER 2011

PAS :

  1. Mahfuz
  2. Salahuddin
  3. Firdaus
  4. Hayati
  5. Che Uda
  6. Dr Mariah
  7. Dr Hatta
  8. Khalid samad
  9. Siti Zailah
  10. Wan Rahim
  11. Muhd Husin
  12. Dr Rosli
  13. Nasir Zakaria

PKR :

  1. Tian Chua
  2. Zuraida
  3. Yusmadi
  4. Azmin Ali
  5. Gwo Burne
  6. Ahmad Kassim
  7. Azan

DAP :

  1. Kula
  2. Lim Lip Eng
  3. Charles Santiago
  4. Sim Tong Him
  5. Manogaran
  6. Er Teck Hua
  7. Fong Po Kuan
  8. Fong Kui lun

p.s. Ooooi JINGGA 13, pi la kondem Hishamuddin Rais. Jangan makan gaji buta. Warghkahkahkah!

5 comments:

Remy said...

Salam TF, persoalan sekarang bukan kepada siapa yang hadir and siapa yg tidak hadir. Bagi saya, saya nampak kepada perkara pokok dalam issue ni. Kenapa perlu digadaikan tanah kampung baru ni.. siapa punya cadangan.. dan kenapa cadangan ini di buat.. walau penuh pun kehadiran puak PR ni, bila dah undi for sure BN akan menang sebab more kerusi to BN dalam parlimen.. root cause.. kalau tak ada cadangan.. dah tentu tak perlu ada undi2 mcm ni.. sudahnya nanti habis org melayu duduk dalam hutan.. sebagai org Melayu.. sesungguhnya saya rasa sangat terkilan.. apa yg di laungkan oleh geng2 ca ya nun alif sampai menyebabkan terjadinya peristiwa 13 Mei 1969 akhirnya terjadi jugak secara perlahan2.... tanpa pertumpahan darah.. org melayu di halau keluar dari kuala lumpur secara terancang.. seperti yg dilakukan oleh DAPig di Pulau Pinang.. paling sedih.. silap2 ada waris2 org Melayu yg dulu masa 1969 berjuang mempertahankan org Melayu... tp bila sampai ke anak cucu sokong pulak pengusiran terhormat ni... sekadar pendapat..

SEDARLAH WAHAI UMAT MELAYU..

YY said...

Remy,

Tanah di Kg. Baru hanya boleh dimiliki oleh ORANG MELAYU SAHAJA. Baca Rang Undang-Undang Kg. Baru dulu bro...


http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/10/eksklusif-bersama-rajanongchik-realiti.html

Remy said...

Thanks for your info Bro YY,
Memang betul hanya BOLEH DIMILIKI OLEH ORANG MELAYU.. tapi apa maknanya MEMILIKI tetapi hanya sekadar pemilik yg tidak seperti pemilik.. macam beli kereta.. tp bagi orang lain sewa... so kereta tetap orang lain yg pakai....

SEKADAR PENDAPAT bro YY.. saya bukan racist.. tp saya sedih bila orang Melayu terpinggir di tanahair sendiri disebabkan kerakusan segelintir manusia.

Saya selalu teringatkan lagu Anak Kecil Main api yg dulu saya nyanyikan ketika menghadiri BTN.

Memang tepat sekali.. "kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa"

Versi baru lagi ni dah tak ada "Melayu".. :(


OLD VERSION (still the best)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Remy said...

VERSI LAMA

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Anonymous said...

Paling penting adalah input pewaris; bermaksud BN melaksanakan tuntutan rakyat tanpa perlu kehilangan Kg Baru, kerana terus berada dalam tangan pewaris. Apa saja bentuk pembangunan dibuat dengan input pewaris. Terserah kpd pewaris Kg Baru untuk buat apa. Ia bukan tanah kerajaan pun. Biarlah ia menjana sesuatu yang bermakna kepada mereka.

Popular Posts