
Mogok peniaga bukti kegagalan kerajaan PR
Dipetik dari blog Hak Malaysia
Kecoh bila 3 bangunan PKNS dijual pada 2 bulan lepas kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT) dan sewa akan dinaikkan mengikut surat yang bertarikh 12 September.

Pada 6 Disember, Bernama pula mendedahkan tindakan anak syarikat kerajaan negeri itu yang menaikkan sewa setinggi 70 hingga 100 peratus dari kadar sewaan asal melalui notis singkat 2 hingga 7 hari.
Akibat tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan ini, Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri menfailkan injuksi bagi menghalang PKNS menaikkan harga sebab PKNS tidak mampu berunding dengan peniaga. Dikhabarkan kira-kira 100 peniaga berkumpul dan mengiringi YDP Persatuan mereka dan peguam ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Didakwa juga anak syarikat kerajaan negeri Selangor langsung tidak menjalankan sebarang kerja penyelenggara dan membaik pulih kemudahan di kompleks ini seperti yang tertera di dalam kontrak sebelum ini.
Hakikatnya:
- Kerajaan PR tidak mempedulikan hak rakyat dan kebajikan peniaga di dalam negeri ini.
- Janji untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan rencana ekonomi baru hanyalah penipuan semata-mata.
- Penjualan aset kepada ARREIT itu menunjukkan bahawa kegagalan PKNS untuk membangunkan peniaga-peniaga kecil
- Dengan gaji pegawai yang tinggi sehingga RM20,000 kenapakah PKNS masih tidak produktif dalam membantu rakyat dan membangunkan ekonomi rakyat marhein?
No comments:
Post a Comment