Tuesday, April 1, 2014

#BlackOut505 @PDRMsia dah buat kerja, pastikan PeguamNegara & @NancyShukri laksana tugas! @NajibRazak



Pemimpin PR bukan sahaja perlu dihukum kerana kesalahan mengadakan Perhimpunan Haram `Black Out 505' tetapi mereka juga wajar dihukum dan disaman atas kesalahan menipu mengenai dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh dan kejadian black out semasa penjumlahan undi. Pemimpin parti kerajaan dan setiap kementerian, institusi dan badan yang didakwa menipu WAJIB mengambil tindakan undang-undang ke atas penipu-penipu ini. Jika Jabatan Peguam Negara tidak mahu membantu, upahlah peguam-peguam luar agar imej, maruah dan integriti kementerian, agensi dan institusi ini dapat dipertahankan.

Dalam kes berkaitan Perhimpunan Haram 505 dan perhimpunan haram yang lain, termasuk TURUN, yang melanggar Akta Perhimpunan Aman (Peace Assembly Act), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sudah melaksanakan tugas mereka. Sekarang kita mahu Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang bertanggung jawab memastikan agar hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pihak yang melanggar akta ini. 

Jangan lagi ada alasan. Kita tidak mahu alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara dan Menteri yang bertanggung jawab terus mengakibatkan pihak-pihak tertentu terus memperlekeh dan mempersenda undang-undang di dalam negara.

Pastikan Shamsul Iskandar dan mana-mana penganjur dan peserta perhimpunan haram ini dikenakan tindakan. Jangan berterusan jadi lembik dan beri alasan sedangkan bukti sudah ada di dalam tangan.


Shamsul Iskandar mohon batal tuduhan
'Blackout 505'

KUALA LUMPUR 31 Mac — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya berhubung perhimpunan 'Blackout 505' di pekarangan sebuah masjid di sini tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka memfailkan notis permohonan itu melalui firma guaman, Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini.

Shamsul Iskandar memohon agar kes saman mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman itu digantung atau dibatalkan dengan alasan pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan selain penyalahgunaan proses serta mempersenda keadilan.

Beliau juga mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah lebih cenderung bermotifkan politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang.

Pada 5 Ogos tahun lalu, Shamsul Iskandar, 40; timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 37; dan Naib Ketua AMK, Mohd. Nazree Mohd. Yunus, 30; mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berhubung Blackout 505 di Mahkamah Sesyen, di sini.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam pekarangan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di sini antara pukul 12 tengah hari dan 1.15 petang, 22 Jun 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Menurut Shamsul Iskandar, Seksyen 4(2)(b) akta tersebut digubal secara tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di kawasan jarak 50 meter di tempat beribadat.

Beliau berkata, sekatan-sekatan tersebut adalah keterlaluan dan tidak munasabah ke atas hak seorang warganegara untuk berhimpun secara aman dan tidak bersenjata.

Tambah beliau, seksyen tersebut juga memberi akibat langsung kepada hak kebebasan beragama terutama hak penganut agama Islam untuk melakukan ibadat seperti dituntut oleh agama tersebut.

Selain itu, Shamsul Iskandar mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah bertentangan dengan dasar awam kerana beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan melaksanakan kewajipan kepada orang ramai dan negara.

Beliau turut mendakwa hanya menguna pakai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan hak lain yang dijamin oleh Perlembagaan selaras dengan amalan demokrasi negara.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff memohon perintah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Beliau turut memohon agar kes tersebut di Mahkamah Sesyen ditangguh sehingga pendengaran permohonannya itu di Mahkamah Tinggi selesai.




No comments:

Popular Posts