Monday, October 24, 2016
Cara Malaysiakini menipu rakyat dan penjawat awam
Tweet saya mengenai penjawat awam telah dijadikan berita oleh portal pro pembangkang Malaysiakini. Selain dari membuat tajuk yang lari dari maksud asal, Malaysiakini juga membuat berita yang tersasar dari maksud asal tweet tersebut.
Tweet asal berbunyi "Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan. Ramai yang nak ganti..,"
Mari kita lihat penipuan Malaysiakini:-
1. Tajuk berita yang dilaporkan Malaysiakini - "Penjawat awam tak suka Bajet 2017? Berhentilah, kata JASA"
2. Paragraf pertama, Malaysiakini menulis - "Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz meminta para penjawat awam yang 'menentang' Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meletakkan jawatan."
Soalan saya kepada Malaysiakini, di mana di dalam tweet saya menyebut:-
1. Penjawat awam yang 'tak suka Bajet 2017' berhentilah?
2. Penjawat awam yang menentang Bajet 2017 agar meletak jawatan?
Tweet itu mempunyai 2 komponen utama:-
1. Pertama, jika tidak boleh menjadi penjawat awam yang baik.
2. Kedua, jika tidak boleh menyokong kerajaan
Komponen pertama mudah difahami, dengan segala manfaat dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam, sekiranya mereka tidak boleh menjadi penjawat awam yang baik, atau jika mereka masih mahu menjadi penjawat awam yang tidak baik, tidak membantu, jahat, zalim, malas, rasuah, eloklah mereka meletak jawatan. Adakah Malaysiakini mahu penjawat awam yang 'tidak baik' terus kekal dalam jawatan?
Komponen kedua sukar difahami sedikit melainkan bagi mereka yang bijaksana dan teliti. Maksud komponen kedua adalah jika seseorang penjawat awam tidak boleh menyokong kerajaan, iaitu kerajaan sedia ada, maka lebih elok mereka meletak jawatan.
Tidak pula disebut dalam komponen kedua itu mengenai sokongan kepada parti politik atau mengenai hak untuk mengundi. Tidak juga disebut perkataan SETIA atau LOYALTY, tetapi SOKONG atau SUPPORTIVE.
Komponen kedua ini penting kerana hanya penjawat awam yang menyokong kerajaan sedia ada atau 'government of the day' mampu melaksanakan tugas dan dasar-dasar kerajaan sedia ada dengan sepenuh hati. Jika seorang penjawat awam itu tidak menyokong kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya bukankah sukar untuk dia melaksanakan dasar-dasar ini sepenuh hati dan menjadi jurucakap atau wakil kerajaan yang baik untuk menjelaskan dasar-dasar ini?
Bukan itu saja, penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya, berkecenderungan untuk melaksanakan dasar ini secara sambil lewa, berkemungkinan mensabotaj kerajaan dan bercakap secara negatif mengenai dasar-dasar ini kepada subordinatnya dan rakyat yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatannya atau kepada rakan dan keluarganya. Bukankah ini kegagalan untuk menjadi wakil yang baik kepada kerajaan.
Jika kita mengambil GST sebagai contoh, bolehkah seorang penjawat awam melaksanakan GST dengan sepenuh hati jika dia sendiri tidak menyokong dasar tersebut? Jika dia pegawai atasan, bolehkah dia menjelaskan manfaat dan kebaikan GST kepada subordinat, rakan dan keluarganya sekiranya dia sendiri tidak menyokong pelaksanaan dasar ini? Lebih buruk lagi jika dia berada satu pentas dengan pembangkang atau memburuk-burukkan dasar ini menggunakan media sosial.
Mengapa mahu menyiksa diri dan menjadi hipokrit sekiranya tidak boleh menyokong kerajaan dan mempertahankan dasar-dasarnya? Bukankah lebih baik mengundurkan diri.
Agak-agak kalau di syarikat swasta apakah nasib pekerja yang didapati tidak menyokong syarikat dan bertindak berlawanan dengan kepentingan syarikat?
Apa hak saya untuk mencadangkan mereka meletak jawatan? Sebagai rakyat, pertama, saya mahukan hanya penjawat awam yang baik saja berada di dalam kerajaan, yang jahat, yang malas dan yang rasuah, tidak perlu ada dalam kerajaan kan lebih bagus? Kedua, saya mahu penjawat awam melaksanakan dasar kerajaan secara sepenuh hati dan tidak bercakap atau berbuat perkara yang bertentangan dengan dasar kerajaan sedia ada.
Tidak baikkah hasrat saya ini? :)
Untuk pengetahuan Malaysiakini, saya hanya bercakap mengenai SOKONGAN penjawat awam terhadap kerajaan. Rupanya apabila semakan dibuat berkaitan Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tata tertib) 1993-P.U(A) 395/1993, Bahagian II, perkara 4(1) menyebut bahawa "Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan TAAT SETIAnya kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan KERAJAAN"
Hakikatnya penjawat awam bukan setakat kena memberikan sokongan, malah perlu memberikan KETAATAN kepada kerajaan pada setiap masa.
Lain kali fahamkan dan baca tweet saya secara teliti supaya anda jelas akan maksudnya dan tidak terperangkap dengan konteksnya.
Anda boleh lihat sendiri cara Malaysiakini mengolah dan mereka cerita. Tidak hairan jika sebelum JAKIM mengharamkan Pretzel Dog Auntie Anne's, Malaysiakini telah 'mengharam'kannya terlebih dulu melalui berita mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Nota : 12 perkara UTAMA yang menjadi intipati Penghakiman Mahkamah Rayuan pada 11 April 2014. 8 hujahan penting yang menyokong dan memp...
-
Blogger My Massa telah menyiarkan keratan akhbar ini sebagai bukti penipuan pembangkang. Terima kasih dan saya ingin meletakkannya di blog s...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
NOTA : Angin ada. Bunyi ada. Pohon bergoyang. Entah apa kaitannya tak tau la. Tapi mungkin sebab ada monyet... beli popcorn, hot do...
No comments:
Post a Comment