Saturday, June 7, 2014

DNA babi: NGO malu bila Ujian JAKIM disahkan ikut Piawaian Antarabangsa? #Cadbury



Ni apa hal pulak ni? U all kasi setel la berdua. Apapun, ini yang patut u all buat, bukan buat report polis yang meraban-raban - 

1. Tanya KKM sampel yang diuji itu diambil dari mana? 

2. Semak nombor batch sampel tersebut dan cari batch yang sama dalam simpanan kilang. Biasanya ada sejumlah produk dari batch yang sama disimpan di kilang bagi tujuan Kawalan Kualiti dan Ujian Ketahanan/Tarikh Luput

3. Uji sampel batch yang sama yang diambil dari simpanan kilang

4. Jika benar ada kandungan DNA babi, maka kena buat `product recall', sijil halal dibatalkan dan sebagainya

5. Jika tiada, maka KKM kena cari balik peruncit yang menjual sampel asal yang dianalisis oleh KKM. Tanya peruncit dari mana mereka membeli sampel tersebut. Siapa pengedarnya. Ada kemungkinan produk tersebut diambil dari sumber luar negara atau produk tiruan yang dibungkus semula menggunakan logo Halal JAKIM.



Cadbury mangsa sabotaj? Dah la jadi mangsa, ada pula yang nak ambil kesempatan...
Punca utama kegemparan adalah sampel yang diuji oleh KKM dan maklumat yang dibocorkan oleh pegawai KKM. Punca kegemparan kedua adalah kenyataan KKM yang melangkaui bidang autoriti yang diberikan kepada kementerian tersebut. NGO jangan buat benda yang pelik-pelik. 


Anda mungkin berminat untuk mengikuti isu ini dari awal, ikuti pautan di bawah:-

Isu #Cadbury - Ada yang nak sabotaj CADBURY dan JAKIM?

Sampel Coklat #CADBURY yang dianalisis KKM datang dari Thailand?

DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM

DNA babi: Pelik, NGO nak jadi hero tapi macam tak kena gaya #Cadbury


Isu Cadbury : Ujian Makmal Jakim Ikut
Piawaian Antarabangsa – Jabatan Standard

KUALA LUMPUR – Makmal yang digunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguji dua contoh coklat Cadbury yang didapati bebas daripada DNA babi (Porcine), diiktiraf Jabatan Standard dan proses dapatannya mengikut piawaian antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal kerana prosedur yang diguna pakai untuk menganalisis dua jenis coklat berkenaan mempunyai piawaian MS ISO/IEC 17025.

“Makmal Jabatan Kimia memang mendapat pengiktirafan daripada jabatan kami bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

“Apabila ujian ke atas dua jenis coklat mendapati tiada DNA tersebut, maka saya yakin keputusan itu adalah tepat dan rasmi, malah ia seharusnya tidak menimbulkan konflik,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025 menetapkan proses ujian terhadap DNA hanya boleh dilakukan di dalam makmal khas yang mempunyai kompetensi standard seperti kakitangan yang terlatih, peralatan yang ditentu ukur dan pendokumentasian yang sempurna.

Terdapat 18 makmal lain yang turut mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia untuk melakukan pengujian DNA babi dan senarai makmal itu boleh diperolehi dengan melayari alamat www.standardsmalaysia.gov.my. (Nota: Sepatutnya Bernama minta senarai 18 makmal ini, sikit punya susah nak cari di website jabatan ni)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.

Pada Isnin lepas Jakim mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya kini dalam usaha mewujudkan satu standard kebangsaan (Malaysian Standard) mengenai kaedah ujian bagi mengesan kehadiran DNA babi mengikut metadologi yang seragam; mungkin akan dinamakan ‘Malaysian Standard: Test Method for the Detection of Porcine-Based DNA’.

Katanya standard itu dijangka siap dan diumumkan tahun hadapan sebagai garis panduan dan teknik bagi menganalisis DNA babi dengan lebih teratur.

“Kami dalam proses itu tetapi isu ini (Cadbury) meletup sebelum saya boleh umumkan perkara itu.

“Kalau standard ini dapat dilaksanakan, ia akan menjadi yang pertama di dunia mempunyai garis panduan untuk menganalisis DNA babi dan saya yakin isu berbeza pendapat mengenai cara sesetengah pihak melakukan analisis DNA tidak akan timbul,” katanya – BERNAMA

No comments:

Popular Posts