Nota: Ahli Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) tidak mewakili nisbah sebenar kelompok rakyat dan penganut agama dalam negara ini. Sudah tentulah pandangan MPPN tidak mencerminkan hasrat sebenar golongan majoriti. Sebelum ini sudah ada desakan agar keanggotaan MPPN dikaji semula dan dirombak agar ia lebih mewakili pandangan sebenar rakyat.
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan terkini yang berlaku dalam negara.
Sehubungan itu MPM mendesak kerajaan meneliti lebih mendalam tiga draf rang undang-undang yang dicadang menggantikan Akta Hasutan itu.
"Ini bagi memastikan usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku (melalui cadangan akta baharu) atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional," kata Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, Khamis.
Beliau berkata wujud beberapa asas kukuh yang menjadi kebimbangan terutama bagi orang Melayu dan umat Islam dalam draf ketiga-tiga rang undang-undang itu.
Tiga draf rang undang-undang yang dimaksudkan ialah Rang Undang-Undang Harmoni Nasional, Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, 30 Mei lepas.
Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad, bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa dan 40 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu.
Abdul Aziz berkata MPM bimbang ketiga-tiga draf itu mengenepikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan beberapa perkara seperti kuota dalam perkhidmatan awam yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Dengan menggunakan istilah seperti 'discrimination' (diskriminasi) dan 'racial superiority' (keunggulan kaum), jelas penggubal tidak sensitif terhadap peruntukan-peruntukan itu," katanya.
Beliau mendakwa ketiga-tiga draf itu mahu menghakis kedaulatan perkara asas negara seperti memberi tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (equality) tetapi mengenepikan prinsip 'positive discrimination (diskriminasi positif) yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Penggubal juga gagal merujuk kepada fasal-fasal utama lain dalam Perlembagaan yang merupakan perkara-perkara asas yang membentuk negara ini dan asas perpaduan dan keharmonian khususnya Perkara 3 (1) dan Perkara 37 (1) Perlembagaan, kata Abdul Aziz.
MPM menarik perhatian kepada rujukan yang dibuat penggubal draf terhadap konvensyen hak asasi manusia seperti International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang tidak diratifikasi Malaysia.
Abdul Aziz mendakwa ketiga-tiga draf itu mengenepikan kedaulatan agama Islam negeri-negeri yang tidak pernah diganggu walaupun oleh pemerintahan British dahulu.
"Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara yang meliputi tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, agama negara dan kenegaraan merupakan asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini," katanya.
Abdul Aziz mendakwa 'Unfair Discrimination Tribunal' yang turut dicadang ditubuhkan jelas bertujuan mengambil alih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan Perlembagaan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, maka ia tidak wajar sama sekali diwujudkan.
Nancy sebelum ini dilaporkan berkata Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) telah menyerahkan draf pertama rang undang-undang itu kepada kabinet pada Mei.
--BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
- 
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
 - 
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
 - 
Matawang negara-negara ini jatuh berbanding Dollar AS walaupun tiada 1MDB di negara-negara ini. Baca Why the Greenback Has Rallied T...
 - 
Buku atau Mukhriz yang tidak bijak? 1. Siapa sebenarnya yang menipu? Buku penjelasan isu 1MDB atau Mukhriz Mahathir? Semasa berucap...
 - 
1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam neg...
 - 
1. Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Jeff Sessions sekadar mengulangi kenyataan Peguam Negara AS sebelumnya tanpa menyeda...
 - 
Anwar tidak dipercayai lagi? Malaysian politics The end of Sodomy 2.0 The acquittal of the opposition leader spices up the next...
 - 
Klout score semasa menjelang PRU13 Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begit...
 - 
1. Justo sudah mengaku menjual dokumen dan terlibat di dalam sebuah plot yang bertujuan merosakkan nama Malaysia. Difahamkan bahawa plot ter...
 - 
Heboh mengenai hutang negara. Apa cerita sebenarnya... Di atas adalah senarai negara-negara dan hutang negara dalam USD dan % berbandi...
 

No comments:
Post a Comment